Umino Iruka, guru akademi ninja sedang mengajar seperti biasa. Chunin itu sedang menjelaskan kepada pelajarnya tentang sejarah lima negara besar dan pembentukan lima kampung shinobi yang diketuai oleh lima kage.
"Dalam dunia shinobi, kita memilik banyak negara dan dari negara-negara yang bertebaran di dunia ini ada lima negara yang dianggap sebagai negara yang paling kuat dan berpengaruh ia adalah Mizu no Kuni, Hi no Kuni, Kaze no Kuni, Kaminari no Kuni dan Tsuchi no Kuni" kata Iruka sambil menulis setiap nama negara di papan hitam.
Iruka kembali berpaling kepada anak muridnya. "Tiap-tiap negara mewakili lima elemen iaitu air, api, angin, petir dan tanah. Setiap negara-negara besar ini memiliki sebuah kampung shinobi. Kampung-kampung ini dikenali sebagai kampung tersembunyi yang dipimpin seorang Kage dan-" Iruka berhenti dan kaku saat merasakan satu suar cakra asing membasuh derianya.
Hanya sesaat muncul seorang ANBU di luar tingkap kelasnya. Iruka menoleh begitu juga para pelajarnya. Dengan pantas melangkah merapati tempat di mana ANBU itu berdiri. Dia sempat melihat ke arah anak muridnya yang terdiam kaku saat ANBU itu muncul. Ketakutan jelas terpancar di riak wajah mereka tetapi ada juga diantara mereka terpesona melihat shinobi itu.
"ANBU-san, boleh saya bantu?" Soal Iruka sopan sambil menghadiahkan senyuman manisnya walaupun kegusaran mula mengambil hatinya. Dia mendekati lelaki itu.
ANBU tersebut menjawab dengan hormat, "Tsunade-sama meminta kehadiran awak di hospital segera, Iruka-sensei." Dia sedikit menundukkan kepala, memberikan penghormatan pada guru akademi tersebut.
Iruka mengerutkan dahinya, penuh kerisauan. Dia bertanya-tanya siapa yang mungkin sakit. Dengan ekspresi serius, dia menjawab, "Tentu, saya akan segera pergi. Bolehkah saya tahu apa yang terjadi? Adakah Naruto kembali? Adakah dia cedera?" Kecemasan menghiasi wajahnya, dan dia merasa tidak selesa dengan ketidakpastian tentang keadaan Naruto.
Dia terdengar ANBU itu sedikit ketawa. Lalu lelaki bertopeng itu memegang bahu guru muda itu supaya kembali tenang. Iruka menarik nafas dan menghembus semula. "Awak akan tahu sebaik tiba di hospital nanti. Sekarang, bolehkah kita pergi?" Soal ANBU itu di hujung ayat. Tangannya masih memicit lembut bahu guru yang terganggu itu.
"Ah! Maaf, tapi saya perlu maklumkan perkara ini kepada guru lain untuk menggantikan saya. Saya akan menyusul kemudian" kata Iruka lalu berpaling kepada anak muridnya.
"Semua dengar! Saya ada perkara yang perlu di uruskan dan akan ada guru lain menggantikan saya. Saya mahu awak berkelakuan, adakah saya jelas?!" Kata Iruka dan jelas kedengaran anak didiknya mengeluh dengan berwajah masam kerana ditinggalkan dengan guru lain
"ANBU-san, kenapa awak culik Iruka sensei dari kami!" Suara Konohamaru tegang kepada ANBU yang masih berdiri ditempatnya.
"Konohamaru, jangan biadap! bersikap baik, guru lain akan masuk, faham!" Tegas suara Iruka dalam nada gurunya. Anak muridnya mengeluh tidak terima. "Faham atau tidak!?" Sekali lagi suara tegas Iruka bergema seluruh kelas tertutup itu. Saat itu juga semua anak muridnya meluruskan badan tegak.
"Iya! sensei!" Serentak mereka bersuara. ANBU yang melihatnya tersenyum kagum di bawah topengnya melihat seorang chunin mampu mendisiplinkan hampir tiga puluh pra-genin.
Setelah itu Iruka bergerak keluar dari kelasnya dia sempat sekilas melihat ANBU yang masih berdiri ditempatinya.
Setelah bercakap dengan pengetua dan guru ganti, Iruka keluar dari pejabat guru. Tujuannya kini cuma satu, berjumpa Tsunade. Dia menyentuh bahagian dadanya, jantungnya berdebar hebat.
Dengan fikiran yang sarat dengan pelbagai persoalan dan dipenuhi wajah ceria Naruto. Umino itu melangkah keluar akademi.
Baru saja dia buka langkah ingin melompat ke atas bumbung. Satu tangan melingkari pinggangnya, dengan tindak balas naluri shinobi dia melompat dan mengeluarkan kunai untuk mempertahankan diri.
"Bertenang sensei, ini saya"
"ANBU-san! Jangan kejutkan saya seperti itu!" Iruka menjerit geram. Wajahnya memerah marah bercampur malu. Dia mendengar ANBU itu ketawa lagi dan meminta maaf. Itu kedua kali dia mendengar shinobi elit itu ketawa selama ini dia tidak pernah mendengar mana-mana ANBU ketawa. Itu agak aneh. Iruka kembali menyimpan kunainya.
"Saya akan bawa awak pergi, sensei" ANBU itu berkata. Lantas mengeratkan pegangannya di pinggang Iruka dan melakukan jutsu ke atas mereka. Iruka sekali lagi terkejut dan tidak sempat mempersiapkan diri hampir saja rebah di hadapan Tsunade.
Nasib baik, ANBU itu menahan tubuh Iruka untuk tetap berdiri teguh. Chunin cuba mengawal pernafasannya. Sungguh dia marah dengan tindakan tiba-tiba ANBU itu. Setidaknya beritahunya dengan jelas supaya dia bersedia atau hanya beritahu di mana Tsunade berada kerana dia juga mampu menggunakan jutsu telepotasi sendiri. Dia ingin menjeling tetapi dia masih menghormati lelaki itu.
"Maaf sensei" bisik ANBU itu lalu melepaskan Iruka. Umino terakhir itu memandang sekelilingi dia berada di pejabat Tsunade di hospital. Di hadapannya kelihatan Tsunade yang merenungnya. Apa yang mengejutkannya, bukan Tsunade saja yang berada di sana, beberapa jounin juga berada disana. Iruka menunduk hormat kepada mereka.
"Adakah saya bersalah?" Sejujurnya, dia takut dengan pandangan shinobi tingkat atasnya yang merenung tajam. Dia melihat Tsunade masih membisu ditempatnya. Memandang dan menganalisis setiap inci tubuhnya. 'adakah saya akan mati hari ini' hatinya menangis.
"Jangan risau awak tidak buat salah. Saya perlukan pertolongan awak" Tsunade bersuara. Saat itu juga Asuma menghampirinya dan menyentuh belakangnya sambil tersenyum.
"Sejujurnya saya tak mahu adik saya terlibat" Asuma bersuara disisinya. Sejak Hiruzen membawa Iruka masuk ke kediaman Sarutobi, dia telah menyayangi lelaki itu sebagai keluarganya walaupun mereka sempat berpisah kerana dia telah meninggal Konoha untuk seketika tetapi hubungan mereka tetap tidak terputus.
"Apa maksud awak? Adakah Naruto?" Iruka sangat risau
"Iruka sensei, bertenang. Ini bukan tentang Naruto" Shizune bersuara tersenyum melihat telatah ibu ayam Iruka.
"Seperti Asuma, saya juga tidak mahu awak terlibat dalam perkara ini, Iruka. Terlebih lagi Gai dan Asuma telah cedera." Tsunade bersuara. Iruka terus menoleh melihat Asuma.
"Awak terluka?" soal Iruka risau. Asuma tersenyum lalu menepuk kepala guru itu. Si bongsu itu menepis malu. Dia bukan anak kecil lagi. Asuma hanya ketawa. Iruka terus memeriksa tubuhnya. Guru itu melihat ada beberapa tanda lebam dan juga luka terbakar di lengan Asuma.
"Awak lebam dan terbakar" bisik Iruka. Dia tidak terlalu risau kerana lebam dan shinobi ibarat isi dengan kuku dan luka terbakar itu juga tidak terlalu serius.
"Ikut saya, Iruka" panggil Tsunade tiba-tiba. Iruka tidak membantah lalu dia bersama jounin yang lain mengikut wanita itu untuk masuk ke sebuah bilik yang berada tidak jauh dari pejabat wanita itu.
Langkah Iruka terhenti sebaik sahaja melihat sebuah penjara kayu di dalam bilik itu. Apa yang lebih mengejutkannya adalah dia mengenali siapa yang berada di dalam kurungan itu. Ninja terbaik Konoha, pemilik sharingan tunggal, penguasa seribu jutsu, ninja salinan atau apa sahaja yang mereka panggil.
Kemudian mata mereka bertatapan.
Bersambung...
KAMU SEDANG MEMBACA
milik kita
Fanfiction📑kakaTenzIru 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typo itu pasti.