Bab 16

97 15 19
                                    

Iruka dan Tenzou duduk di kotatsu, Iruka sedikit mendesis apabila menyedari lengannya terluka. Dia mengeluh, dan saat itu, Tenzou menarik tangannya untuk memeriksa luka tersebut. Tiba-tiba, cahaya hijau menyinari tangan Tenzou, mengalir ke tubuh Iruka, merawat luka dengan penuh berhati-hati.

"Saya tak tahu awak tahu jutsu perubatan," kata Iruka, agak terkejut.

Tenzou hanya mengangkat bahu, tersenyum sedikit. "Saya belajar sedikit untuk kecemasan," jawabnya ringkas.

"Bagaimana boleh awak terluka, sayang?" Tenzou bertanya dengan nada lembut, matanya fokus pada luka yang mulai sembuh.

"Mungkin ketika saya dibuang ke dalam semak," jawab Iruka, cemberut sambil meletakkan kepalanya yang dilapik tangan lain di atas meja kotatsu.

"Maaf untuk itu," kata Tenzou dengan ikhlas, matanya tidak lepas dari luka Iruka yang kini sudah tertutup sepenuhnya. Iruka berkelip beberapa kali, kemudian terus merenung keluar melalui pintu gelongsor yang terbuka. Dari situ, dia dapat melihat tanaman bunga yang indah di halaman rumah. Hati Iruka terasa sedikit tenang melihat keindahan alam itu.

"Kenapa?" tiba-tiba Kakashi muncul membawa dulang berisi teko teh dan tiga gelas. Iruka masih merenung bunga-bunga indah itu, manakala Tenzou sudah selesai merawat luka Iruka.

"Dia cedera kerana awak lemparnya tadi," desis Tenzou dengan nada sedikit kesal, memandang Kakashi.

Kakashi memandang Iruka yang terus merenung keluar, dan dengan lembut, tangannya mengusap rambut guru itu sebelum menarik ikatan rambut Iruka. Iruka tidak membantah, membiarkan Kakashi menyentuhnya dengan penuh perhatian.

"Awak tidak sakit kepala, Iruka? Ikatan rambut awak terlalu ketat," kata Kakashi, duduk bertentangan dengan mereka. Iruka mengangkat kepalanya, dan rambutnya yang lepas jatuh ke bahu dengan lembut.

"Saya sudah biasa" jawab Iruka sambil bersandar pada bahu Tenzou. "Jadi apa yang mahu awak bincangkan?" Iruka terus merenung ke arah Kakashi, entah kenapa hatinya berdegup kencang.

Kakashi menarik topengnya dan tersenyum mesra. Iruka mengecilkan matanya, cuba mencari maksud disebalik senyuman itu. Sementara itu, Tenzou memegang sebelah tangan Iruka dalam genggamannya sebelum memberikan kucupan singkat di tangannya.

"Saya mahu kita bertiga tinggal di sini bersama-sama," kata Kakashi dengan tegas. Iruka terkedu, mengerdipkan matanya beberapa kali, cuba mencerna apa yang baru saja didengarnya. Dia kemudian menoleh ke arah Tenzou, yang tersenyum dan mengangguk setuju.

"Saya tahu rumah ini agak jauh di pinggir desa dan akademi tentunya. Saya tak akan memaksa awak untuk berpindah keluar terus dari apartment awak. Awak boleh kekalkannya," tambah Kakashi lagi. Iruka masih terkejut.

"Saya dan Kakashi mungkin akan selalu keluar untuk misi. Jadi, awak boleh kembali ke sana jika terasa sunyi di sini," kata Tenzou dengan lembut, memberi Iruka pilihan untuk tetap merasakan kenyamanan rumahnya yang lama.

Iruka mengangguk singkat, menandakan dia menerima, walaupun hatinya masih penuh dengan rasa ingin tahu dan sedikit kebimbangan.

Iruka tersenyum, merasa sedikit lega dengan keputusan yang dibuat. "Saya akan gembira untuk tinggal di sini bersama awak berdua. Dan apa-apa pun, saya masih perlukan apartment itu. Anak-anak murid saya masih perlukan tempat untuk bermalam jika mereka merajuk dengan ibu bapa mereka," katanya, dengan nada yang santai. Kakashi dan Tenzou bernafas lega, mereka tahu ini keputusan yang tepat.

Sesuatu yang mereka pelajari tentang Iruka adalah bahawa dia akan selalu menyelitkan ruang untuk anak-anak muridnya dalam setiap aspek kehidupannya. Iruka benar-benar seorang yang penyayang, dan itu membuatkan Kakashi dan Tenzou lebih menghormatinya.

milik kitaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang