Bab 19

54 13 10
                                    

Tenzou mengangkat wajah apabila Iruka melangkah masuk ke bilik mereka. Dia tersenyum mesra melihat guru itu menjatuhkan beg yang berisi bahan kerjanya sebelum menanggalkan rompinya, lalu menyangkutkan dengan kemas pada penyangkut kayu.

"Awak nak teh?" soal Iruka, sambil matanya tertumpu pada barang-barang yang sedang dikemaskan oleh Tenzou. Guru itu tahu bahawa Tenzou akan keluar untuk menjalankan misi ANBU-nya. Sebagai seorang shinobi, Iruka faham untuk tidak bertanya apa-apa mengenai butiran misi tersebut.

Namun, jauh di lubuk hatinya, perutnya selalu terasa memulas resah setiap kali kedua-dua teman lelakinya terpaksa pergi untuk tempoh yang lama tanpa dapat berkongsi sebarang maklumat tentang misi mereka.

"Sayang, sini," panggil Tenzou sambil menghulurkan tangan ke arah Iruka, yang sudah berdiri di ambang pintu bersedia untuk ke dapur.

Iruka tidak menolak. Dia menyambut tangan Tenzou, dan ANBU itu menarik chuunin kesayangannya untuk duduk di atas ribanya.

Tenzou memeluk erat tubuh Iruka seperti itu kali terakhir dia dapat menyentuh Iruka. Iruka membiarkan teman lelakinya mencium lembut lehernya. Dengan lembut Iruka mengusap lembut rambut coklat milik Tenzou. Merangkul tangannya di leher lelakinya.

"Saya akan rindukan awak," bisik Tenzou lembut. Namun, sebelum sempat Iruka membalas, dia merasakan satu lagi tangan memeluknya dari belakang. Iruka dan Tenzou tahu, itu adalah Kakashi.

"Jadi, boleh saya tahu berapa lama awak akan pergi?" tanya Iruka sambil menoleh sedikit, memberikan senyuman kecil kepada Tenzou. Dia kemudian menghadiahkan ciuman selamat pulang kepada Kakashi.

"Boleh, sayang, paling awal saya akan pulang dalam masa dua minggu" jawab Tenzou.

Iruka tersenyum lebar mendengar jawapan itu. "Kalau begitu, saya akan sediakan makan malam," katanya sambil bangun dari pangkuan Tenzou, meninggalkan kedua-dua lelaki itu bersama.

Selesai memasak, Iruka memanggil kekasih-kekasihnya untuk makan. Tanpa berlengah, Tenzou dan Kakashi menyahut panggilan itu dengan ceria. Mereka tidak pernah mampu menolak masakan Iruka, walaupun kadangkala mereka sudah makan dalam perjalanan pulang.

Ketika mereka menikmati makanan di meja, Iruka tiba-tiba membuka bicara. "Genma bertanya kenapa saya menolak mengambil sebarang misi luar," katanya dengan nada biasa, namun jelas ada maksud di sebalik kata-katanya.

Tenzou dan Kakashi saling berpandangan. Mereka tahu itu bukanlah soal 'menolak' sepenuhnya, tetapi lebih kepada tindakan mereka yang terlalu melindungi Iruka. Dua kekasih yang terlalu risau, sehingga mereka sering menghalang Iruka daripada mengambil sebarang misi di luar Konoha.

Keadaan menjadi senyap seketika, namun di antara tiga hati itu, semuanya penuh dengan perasaan sayang yang tidak terucap.

"Apa yang awak jawab?" soal Kakashi, memandang Iruka dengan minat. Tidak ramai yang tahu tentang hubungan mereka bertiga. Kemungkinan besar, hanya Asuma, Gai, dan Kurenai yang sedar, itu pun mereka mungkin menyangka hubungan itu hanya antara Iruka dan Kakashi.

"Saya cakap, saya ada dua teman lelaki yang melarang saya mengambil misi luar," jawab Iruka, sengaja mengusik.

Serentak itu, Kakashi dan Tenzou terbatuk, hampir tercekik makanan mereka.

Iruka tertawa kecil sambil menyerahkan segelas air dan tisu kepada kedua-dua kekasihnya.

"Awak serius, sayang?" tanya Tenzou, masih cuba mengatur nafas. Kakashi pula hanya terdiam, matanya melebar seolah-olah kehilangan kata-kata.

"Tidak! Saya bergurau," jawab Iruka sambil tersenyum nakal.

Kakashi dan Tenzou menarik nafas lega, hampir serentak.

milik kitaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang