Bab 8

104 13 2
                                    

Sekembalinya Kakashi dari misinya, dia segera mencari Iruka, namun hanya menerima berita bahawa Iruka baru sahaja dihantar untuk misi pengiring ke Tanah Teh. Kakashi merasa sedikit kecewa, tapi sebagai seorang ninja, dia tahu bahawa tugasan itu bukan sahaja penting untuk keselamatan desa, tetapi juga menunjukkan kepercayaan para atasan terhadap Iruka.

Misi pengiring itu memerlukan Iruka dan dua orang chunin lain untuk mengawal seorang pedagang dari Konoha yang perlu menghantar barangan perubatan penting ke Tanah Teh. Perjalanan yang dijadualkan memakan masa selama tiga hari itu dijangka mencabar, bukan hanya kerana jaraknya, tetapi kerana kemungkinan ancaman dari penyamun atau ninja-ninja upahan yang sering mengganggu laluan.

Selama dalam perjalanan, Iruka menumpukan perhatian penuh terhadap keselamatan rombongan dan perancangan laluan yang terbaik. Dia sangat menyedari tanggungjawab besar sebagai ketua kumpulan kecil mereka, memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk keselamatan pedagang dan ahli kumpulan.

Misi itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar, dan Iruka bersama dua chunin lainnya dapat memastikan pedagang serta barang dagangan sampai ke Tanah Teh dalam keadaan selamat, tepat seperti yang diminta oleh pelanggan mereka. 

Dalam tiga hari perjalanan, mereka menghadapi hanya beberapa halangan kecil—sekumpulan penyamun biasa yang cepat dihalang oleh kecekapan mereka. Tidak ada ancaman serius, dan perjalanan berlangsung dengan lebih baik daripada yang dijangkakan.

Setibanya di Tanah Teh, Iruka berasa lega kerana dapat menyerahkan tanggungjawab pengiring kepada pihak keselamatan tempatan. Pedagang yang mereka lindungi mengucapkan terima kasih kepada mereka bertiga, menghargai perlindungan yang cekap dan dedikasi mereka sepanjang perjalanan.

Sambil menunggu persiapan untuk perjalanan pulang, Iruka sempat menikmati suasana tenang Tanah Teh yang terkenal dengan pemandangan bukit-bukit menghijau dan ladang teh yang luas terbentang. Namun, di balik ketenangan itu, fikirannya mulai kembali kepada Konoha dan... Kakashi serta Tenzou. Dia terfikir bagaimana sambutan mereka sebaik dia kembali ke Konoha.

Seperti bak kata pepatah, Malang tidak berbau..

Dalam perjalanan pulang, ketiga-tiga chunin itu diserang hendap oleh sekumpulan ninja pelarian. Iruka, sebagai penjejak dalam kumpulan itu, merasa kesal dan menyalahkan dirinya apabila dia tidak dapat mengesan keberadaan musuh lebih awal. Serangan yang datang secara tiba-tiba dan pantas itu memerangkap mereka dalam keadaan yang amat genting.

Dalam kekacauan serangan itu, mata Iruka sempat menangkap detik yang menghantui sanubarinya, dua rakannya berusaha mempertahankan diri, ditumbangkan oleh ninja-ninja pelarian tersebut. Tidak ada peluang untuk membantu, hanya sekelip mata sebelum satu letupan besar menghentam kawasan itu.

Tubuh Iruka terlempar jauh akibat letupan, menghentak keras ke batang pokok besar yang berdekatan. Dia merasai keperitan luar biasa meresap ke seluruh tubuh, dunianya berubah menjadi gelap. Terbaring di atas tanah hutan, Iruka tidak sedarkan diri, hanya dikelilingi oleh senyap sunyi dan serpihan pertempuran yang berlalu.

------------

Tsunade menyandarkan diri di kerusi dengan wajah penuh kegelisahan, meneguk saké dengan keluhan yang semakin mendalam. Shizune, yang berdiri tidak jauh darinya, mengerutkan dahi melihat keadaan Tsunade.

"Tsunade-sama, awak sudah terlalu banyak minum," tegur Shizune dengan lembut tetapi tegas. "Ada sesuatu yang mengganggu fikiran?"

Tsunade menghela nafas panjang, meletakkan cawan saké di atas meja dengan hentakan kecil. "Pengetua akademi datang lagi hari ini," katanya, suaranya penuh keletihan. "Iruka masih belum kembali mengajar, dan ini sudah beberapa hari dia dilaporkan hilang dalam misinya. Sepatutnya dia dan dua shinobi lain kembali dari Tanah Teh beberapa hari yang lalu."

milik kitaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang