Kakashi pulang dalam keadaan cedera parah. Memandangkan misinya adalah misi peringkat S, dia perlu melaporkan terus kepada Hokage. Selesai membuat laporan, dia terus teleport ke apartmennya dan rebah di hadapan Tenzou yang sedang menyediakan air minuman.
"Senpai!" Tenzou menjerit risau lalu berlari mendapatkan Kakashi yang hampir tidak sedarkan diri. Lalu membawanya ke bilik mandi untuk membersihkan segala kotoran misi. Dengan penuh cermat, dia merawat luka-luka di tubuh Kakashi.
"Senpai, awak perlu berehat. Saya akan keluar sekejap untuk mencari makanan." kata Tenzou sambil menolak Kakashi ke tempat tidur dan menarik selimut untuk menutup sebahagian tubuhnya. Tenzou mengeluh perlahan. Senpainya itu sering pulang dalam keadaan yang mengerikan atau dengan cakra yang hampir noktah.
Tenzo tertanya-tanya sama ada dia perlu mencari Iruka untuk memberitahu keadaan Kakashi. Namun, mungkin ini bukan waktu yang sesuai. Minggu tersebut adalah minggu peperiksaan, dan Iruka kelihatan sangat sibuk. Jika dia diberitahu tentang keadaan Kakashi, tentu fokusnya akan terganggu.
Tenzo pulang bersama hidangan ringkas yang dibelinya dari sebuah restoran berdekatan. Restoran itu diusahakan oleh sepasang bekas shinobi yang kini berusia lewat lima puluhan.
Dia menghidangkan makanan tersebut sebelum membangunkan Kakashi untuk makan malam. Kakashi tidak menolak, sebenarnya dia sangat lapar. Dengan bantuan Tenzou, dia duduk di kotatsu untuk menikmati hidangan mereka.
"Sepanjang misi, saya terfikirkan sesuatu," Kakashi memecah kesunyian antara mereka. Tenzo memandangnya dengan penuh minat.
"Saya ingin membaiki rumah keluarga saya, dan saya mahu kita tinggal di sana. Apa pendapat awak?" soal Kakashi, berharap dalam diam agar Tenzo bersetuju.
Tenzou tersenyum, lalu meletakkan penyepit makanannya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Kakashi. "Saya akan bantu awak dengan jutsu saya," katanya. Kakashi tersenyum cerah mendengar jawapan itu.
"Adakah awak mahu memberitahu Iruka-sensei? Atau menyimpannya sebagai kejutan?" tanya Tenzou sambil meneguk airnya. Kakashi termenung sejenak, seolah-olah memikirkan sesuatu.
"Mungkin selepas minggu sibuknya selesai. Awak rasa dia akan setuju? Rumah Hatake agak jauh di pinggir kampung dan akademi," keluh Kakashi.
"Mungkin dia akan setuju, tapi dengan berat hati. Tapi kalau kita kekalkan apartmennya untuk situasi kecemasan atau kalau kita berdua perlu pergi misi jangka panjang, dia boleh kembali ke apartmennya buat sementara waktu," cadang Tenzou. Kakashi mengangguk setuju.
"Saya suka idea itu," kata Kakashi sambil segera menghabiskan makanannya.
Seminggu berlalu, kini Kakashi dan Tenzou berdiri di hadapan rumah tradisional keluarga Hatake. Mereka telah membaik pulih setiap inci ruang di rumah itu.
Dua ninja itu tersenyum puas. Halaman rumah yang dulunya kelihatan terbiar dan kering kini dihiasi beberapa jenis bunga. Kolam ikan yang lama tidak terjaga sudah dibersihkan dan kini diisi dengan beberapa ekor ikan. Tenzou juga telah membangunkan sebuah gazebo berhampiran kolam ikan itu.
"Jadi," Kakashi bersuara, memecahkan kesunyian. Tenzou berkerut sedikit.
"Jadi?" Tenzou bertanya kembali.
Kakashi mengeluh, "Adakah sekarang waktu yang tepat untuk menculik seorang sensei akademi?" katanya dengan nada bergurau. Tenzou tertawa kecil. Mereka berdua sudah tidak sabar melihat reaksi Iruka.
"Baiklah, mari kita culik sensei terbaik Konoha," kata Kakashi dengan penuh semangat. Kedua-dua shinobi itu pun melompat pergi.
Sementara itu, Iruka sedang berjalan pulang. Badannya sangat letih; minggu peperiksaan yang penuh cabaran membuatkan dia tidak cukup tidur. Dia mengurut bahunya yang terasa lenguh dan tidak punya tenaga untuk bergerak dengan cepat.
KAMU SEDANG MEMBACA
milik kita
Fanfiction📑kakaTenzIru 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typo itu pasti.