Bab 17

72 13 14
                                    

Iruka menguap, rasa mengantuknya semakin kuat. Asuma ketawa kecil apabila Iruka berjalan dengan mata terpejam. Mereka hampir sampai ke Konoha. Hanya beberapa kilometer saja lagi.

"Sensei, awak mahu ke mana?" Raidou menyoal apabila guru itu berjalan terus, sedangkan laluan yang mereka perlu ambil adalah ke kiri. Iruka tersentak, pantas memerhatikan arah langkahnya. Hanya "oh" kecil keluar dari bibirnya.

Asuma menggelengkan kepalanya, lalu mengambil tangan guru itu dan memimpinnya. "Maaf kerana terpaksa menyekat waktu tidur. Kita perlu sampai ke Konoha hari ini juga," Asuma berkata di sisi Iruka.

Mereka hanya berjalan ketika itu, memandangkan guru akademi itu sudah seperti mayat hidup, keletihan kerana kekurangan tidur. Mereka tidak tidur sejak meninggalkan Suna, hanya berehat seketika. Asuma terus mengheretnya seperti anak kecil yang sesat.

Apabila mereka akhirnya tiba di Konoha, Iruka menjerit kegembiraan. Dua penjaga pintu turut terkejut melihat guru itu.

"Jadi, adakah awak mahu bertemu dengan Tsunade-sama dahulu atau terus balik?" Asuma tidak melepaskan tangan Iruka.

Iruka berkelip beberapa kali sebelum menarik tangannya dan menyelongkar begnya. Sebaik tangannya mendapat dua skrol dari Suna, dia menyerahkannya kepada Asuma.

"Tolong... Tsunade-sama... saya... tidur..." Iruka tahu dia mula meracau dalam perkataannya, membuatkan tiga jounin itu ketawa. Iruka tidak peduli lagi. Dia melambai mereka sebelum membuka langkah pergi.

Apabila dia kembali ke apartmennya, perkara pertama yang dia cari adalah tempat tidur. Sebaik kepala menyentuh bantal, dia terus tertidur.

Apabila jam menunjukkan enam petang, Iruka bangun dan sudah pasti rasa lapar. Selesai mandi, dia menjelajah dapurnya. Hanya terdapat ramen segera di sana. Dia hanya berserah untuk mengalas perut dengan ramen itu sebelum mendapatkan Kakashi untuk memasak buatnya. Iruka tersenyum sendiri.

"Untunglah ada kekasih yang tahu memasak," bisik Iruka sambil menunggu mi-nya matang.

Usai makan, Iruka hanya mahu mengganggu dua orang tertentu. Sebaik pintu terbuka, berdiri Kakashi. Jounin itu sudah mengangkat tangan ingin mengetuk pintu.

"Wah, sesuatu yang tidak dijangka. Apa yang membuatkan Copy Ninja berdiri di hadapan apartmen guru akademi miskin ini?" Iruka sengaja mengusik.

"Malangnya, saya fikir ini adalah rumah seorang gadis cantik yang saya bertemu beberapa hari lalu. Nampaknya saya tersesat lagi. Adakah sensei yang baik hati sudi membantu saya mencarikannya?" Kakashi membalas usikan itu.

"Hmmm..." Iruka terfikir seketika sebelum melangkah keluar dan menutup pintunya.

"Maaf Hatake-sama, saya bukannya tidak mahu membantu. Tetapi saya perlu mendapatkan kekasih saya yang mungkin sedang menangis kerinduan di rumah," balas Iruka, membuka langkah. Kakashi terus mengikutinya.

"Kekasih awak sangat bertuah, bukan? Jadi, tak mahu membantu saya?" usik Kakashi lagi, lalu meniup telinga Iruka, membuatkan guru itu sedikit melompat. Iruka membalas dengan menampar bahu Kakashi.

"Awak tidak kisah orang memandang? Awak berjalan dengan chunin. Tidakkah awak fikir besok akan heboh tentang jounin perak kebanggaan dan kegilaan wanita ditangkap berjalan dengan seorang sensei berpangkat chunin-" kata Iruka sambil memberi tatapan nakal dan tersenyum.

Kakashi mendengus, cuba menangkap tangan Iruka. Tetapi guru itu melarikan tangannya. "Jangan berani! Kekasih saya seorang yang kuat cemburu," kata Iruka lagi. Dia ketawa apabila Kakashi mendengus kesal.

Kakashi merenung sekeliling, memastikan tiada sesiapa yang melihat, sebelum menangkap guru itu dan mengangkatnya ke bahu seperti karung beras.

Iruka sedikit menjerit dan minta dilepaskan. Kakashi terus menggunakan jutsu pemindah dan mereka berdiri di halaman rumah Hatake.

"Awak dah tinggal sini?" soal Iruka sebaik Kakashi meletakkannya.

"Tak, tapi kita yang sudah tinggal sini. Jadi masuk, Tenzou ada di dalam," kata Kakashi. Mata Iruka membulat teruja. Jika mereka bukan di luar, Kakashi pasti akan menariknya ke dalam ciuman.

Iruka terus berlari masuk selepas menanggalkan sandalnya untuk mendapatkan atau mungkin mengganggu ANBU tertentu yang sedang berehat.

"Saya pulang!" Iruka sedikit menjerit apabila melihat Tenzou sedang bersantai di atas sofa, bersandar di tempat letak tangan.

Tenzou tersenyum lalu meletakkan bukunya di atas meja. Matanya menganalisis setiap inci tubuh Iruka, mencari luka dan cedera. Tetapi nampaknya guru itu kembali tanpa sebarang calar.

"Selamat pulang," kata Tenzou sambil menguntumkan senyuman mesra.

"Selamat pulang," Kakashi pula membalas sambil melingkari tangannya di pinggang Iruka dan mengucup ubun-ubunnya. Iruka membalas dengan menempelkan hidungnya di pipi Kakashi.

"Saya rindukan awak berdua," bisik Iruka.

"Saya juga. Awak lapar?" soal Kakashi.

"Ya, sangat! Saya sebenarnya mahu berjumpa dengan awak berdua sebaik sahaja tiba di Konoha. Tapi malang, tempat tidur lebih menarik daripada dua shinobi elit tertentu," kata Iruka lagi, membuatkan Kakashi menggigit pipi bulatnya.

"Sakitlah!" Iruka menolak Kakashi sambil menggosok pipinya, berharap tidak meninggalkan kesan. Dia tidak mahu bersoal jawab dengan pelajarnya tentang gigitan di pipinya. "Awak fikir pipi saya roti?" Iruka menjeling, membuatkan Kakashi ketawa dan duduk di atas sofa lainnya.

"Tenzou, Kashi gigit saya," Iruka mengadu kepada Tenzou dan pura-pura menangis, lalu berbaring di atas tubuh lelaki itu. Kakashi yang semakin kuat ketawa dibaling kusyen oleh Tenzou. Kemudian, Tenzou menarik wajah chunin itu dan mencium tempat di mana Kakashi menggigitnya.

"Jadi, macam mana misi?" soal Tenzou apabila guru itu meletakkan kepala di dadanya.

"Misi, baik saja. Kami diserang sebaik meninggalkan Suna," kata Iruka, membuatkan Kakashi dan Tenzou tegang. "Hei, dengar dulu. Tiada siapa yang cedera. Asuma dan yang lain bertindak pantas. Kemudian Gai membawa saya pergi," cerita Iruka. Mereka dapat melihat kilatan tidak puas hati apabila dia berkata Gai membawa dia pergi.

"Gai lakukan sesuatu?" soal Kakashi tajam. Perutnya memulas tidak menyenangkan. Jika Gai berani menurunkan satu jari pada kulit Iruka, saingan atau tidak, rakan atau tidak, Gai harus membayarnya.

"Tidak! Tidak ada yang buruk, hanya dia bawa saya seperti seorang puteri! Walaupun saya minta dia turunkan saya. Saya lebih suka dia mengheret saya daripada menggendong saya, itu memalukan!" kata Iruka geram sambil bermain dengan tepi pakaian Tenzou.

"Kemudian dia berkata, 'Demi masa muda awak, Iruka-sensei, dan masa depan Konoha yang cemerlang sepanjang musim bunga dan kecintaan, saya tidak boleh melepaskan awak!' Ia sangat bersilau dengan senyuman," kata Iruka malas.

Kakashi dan Tenzou ketawa, mereka dapat bayangkan reaksi Iruka saat itu. Iruka terus mencubit lengan Tenzou, berharap lelaki itu berhenti ketawa.

"Aduh! Sensei, berhenti mencubit. Adakah awak ketam atau seumpamanya?" Tenzou melarikan tangannya ke atas kepala guru itu dan bermain dengan surai coklat Iruka.

"Majlis Suna melamar saya," kata-kata itu membuatkan ketawa Tenzou dan Kakashi mati. Gerakan tangan Tenzou juga kaku. Iruka tersenyum, dia dapat mendengar jantung Tenzou yang tiba-tiba berdegup kencang. Dia sangat mahu ketawa.

BERSAMBUNG...

milik kitaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang