Kakashi berdiri di luar bangunan T&I. Pandangannya merenung ke hadapan jalan utama sambil tangannya mengepal tumbukan.
Dua jam yang lalu, sekumpulan jounin telah dipanggil untuk berkumpul. Apa yang membuatkan jantungnya terasa seperti ditikam adalah perkara yang disampaikan oleh Ibiki kepada mereka.
"Lima ANBU telah dihantar untuk penyiasatan di Otogakure, hanya seorang daripada mereka kembali dengan selamat."
Kata-kata Ibiki terus berputar seperti kaset dalam telinga Kakashi. Dia tahu Tenzou adalah salah seorang daripada lima ANBU itu. Dan yang kembali bukan Tenzou. Konoha terpaksa menghantar beberapa jounin untuk misi pencarian itu, jika ANBU itu tidak membuat keputusan terburu-buru untuk membunuh diri.
Kakashi menggigit bibir. Protokol ANBU dan shinobi biasa adalah berbeza. ANBU akan mengambil tindakan terus membunuh diri dan menghancurkan jejak mayat mereka sendiri jika mereka ditangkap atau tidak melihat pilihan untuk kembali lagi.
Sudah sebulan mereka menunggu Tenzou untuk kembali, tetapi ANBU itu masih tidak pulang. Selalunya, Iruka adalah orang yang akan menenangkan mereka berdua. Tetapi kini, Iruka adalah orang yang paling terkesan atas kehilangan Tenzou dan Kakashi tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
"Tidak apa, Tenzou akan kembali nanti. Misi ANBU kadang-kadang tidak berjalan seperti yang dirancang, awak juga ANBU, awak pasti tahu."
Senyuman Iruka pada waktu itu tidak seperti biasa, Kakashi sangat tahu. Guru itu berperang dengan dirinya sendiri, cuba menenangkan hati yang penuh dengan kebimbangan dan ketidakpastian.
Kakashi berdiri di luar pintu utama, teragak-agak untuk membuka pintu. Dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Iruka dan menerangkan keadaan sebenar. Setiap kali dia pulang dan melihat wajah Iruka yang masih menanti kepulangan Tenzou, itu sangat menyeksa batinnya.
Pintu itu terbuka sebelum Kakashi sempat membukanya. Iruka berdiri di sana, berpakaian kemas dengan standard pakaian shinobi. Dia tersenyum, dan Kakashi tidak pernah membenci senyuman Iruka.
Tetapi, senyuman itu... Kakashi lebih rela melihat guru itu marah kepadanya, menangis sekalipun dia tidak kisah, kerana dia tahu Iruka akan menumpahkan perasaan sebenarnya, bukan bertopengkan senyuman palsu.
Namun, guru itu terus tersenyum dengan senyuman yang penuh luka. Kakashi menarik topengnya ke dagu dan mendaratkan satu ciuman di alis Iruka.
Itu adalah ciuman lama yang Iruka rasa. Kakashi gelisah. Iruka tahu itu. Pemilik Sharingan itu cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya, tetapi Iruka yang peka sudah merasakannya.
Apabila Kakashi menarik diri, dia melintasi tubuh Iruka untuk masuk ke dalam rumah mereka. Iruka masih berdiri di sana, merenung Kakashi yang hilang ke ruang tamu.
Iruka ke dapur untuk menyediakan minuman hangat buat Kakashi. Itu adalah satu rutin wajibnya setiap kali menyambut kekasihnya pulang.
Iruka kembali ke ruang tamu, melihat Kakashi duduk di hadapan meja kotatsu sambil menarik kakinya ke dada. Wajahnya kosong, tidak ada lagi senyuman yang biasa terukir di bibirnya.
"Ada sesuatu yang berlaku?" soal Iruka lembut setelah meletakkan segelas minuman di hadapan Kakashi. Dia duduk di sisinya dan membelai wajah Kakashi dengan penuh kasih sayang.
"Tenzou..." Kakashi mengambil masa yang agak lama untuk membalas. Pergerakan tangan Iruka juga menjadi kaku serta-merta. Iruka mahu menarik tangannya, tetapi Kakashi menariknya ke dalam genggamannya.
"Saya percaya dia akan kembali," Iruka sedikit berbisik, memberikan senyuman seindah mungkin, namun ada keraguan yang tersirat di dalamnya.
Kakashi menggelengkan kepala. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. Dia sudah cukup terganggu dengan kehilangan Tenzou dan senyuman palsu Iruka yang berusaha menyembunyikan kebenaran.
KAMU SEDANG MEMBACA
milik kita
Fanfiction📑kakaTenzIru 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typo itu pasti.