"Majlis Suna melamar saya," kata-kata itu membuatkan ketawa Tenzou dan Kakashi mati. Gerakan tangan Tenzou juga kaku. Iruka tersenyum, dia dapat mendengar jantung Tenzou yang tiba-tiba berdegup kencang. Dia sangat mahu ketawa.
"Apa maksud awak?" Kakashi menyoal dengan nada retak, menghampiri guru itu dan menarik tangannya. Tenzou cuba memberi sentuhan lembut kepada Kakashi supaya dia tidak meninggalkan lebam pada tangan guru itu.
Iruka jelas kalah dengan renungan tajam Kakashi dan Tenzou. Dia mengeluh lalu cuba bangun untuk duduk, tetapi ANBU itu tetap menyematkan dirinya untuk terus berada di atasnya.
"Awak tahu, Suna mula menubuhkan satu pusat latihan shinobi. Mereka tertarik setelah melihat akademi semasa ujian Chunin dahulu. Mereka memberi tawaran untuk saya mengajar di sana dengan gaji yang agak lumayan. Memandangkan tempat itu masih baru dan memerlukan pengajar yang berpengalaman," jelas Iruka. Kedua-dua lelaki itu sedikit menghela nafas lega.
Iruka tersengih. "Apa yang awak berdua fikirkan sebenarnya?" Iruka bertanya geli. Kakashi melepaskan tangan Iruka dan memicit hidung guru itu sebagai ganti.
"Kashi! Sakitlah! Kenapa awak tidak lebih lembut seperti Tenzou?" Iruka merengek, lalu membenamkan wajahnya di sekitar leher Tenzou.
"Awak tidak terfikir untuk tinggal di Suna, bukan?" Tenzou bersuara apabila mereka masing-masing membisu. Kakashi duduk di atas tikar tatami sambil bersandar di sisi sofa yang diduduki Tenzou dan Iruka, menoleh melihat mereka seolah lupa dengan kenyataan Iruka ditawarkan untuk mengajar di Suna.
"Saya sebenarnya terfikir untuk terima tawaran itu memandangkan gaji yang ditawarkan sangat tinggi." Iruka tersenyum walaupun mendapat jelingan maut dari Kakashi.
"Oleh kerana Naruto juga tiada di sini, saya terfikir ada baiknya saya terima. Mungkin mengubah angin," kata-kata itu membuatkan Tenzou menarik wajah Iruka supaya menatapnya. Iruka mungkin menyesal kerana mengatakan Tenzou lebih lembut dari Kakashi.
"Diam dan dengar!" Iruka bertegas apabila pemilik Jutsu Kayu itu ingin membuka mulut. Iruka kembali meletakkan kepalanya di bahu Tenzou.
"Saya menolaknya. Saya tak mungkin tinggalkan Konoha untuk mengajar di Suna walaupun gajinya lebih tinggi. Saya juga sangat sayangkan anak-anak saya. Dan walaupun tiada Naruto, saya memiliki dua insan yang lebih berharga daripada gaji yang ditawarkan." Iruka berkata lembut, sambil tangannya bermain dengan surai perak Kakashi.
"Jika dalam hidup Umino Iruka yang sekarang ini tiada Hatake Kakashi atau Yamato Tenzou, saya mungkin menerima tawaran itu." Bisik Iruka lagi.
(Saya telah meletakkan Yamato sebagai nama keluarga Tenzou)
"Jadi bagaimana mereka tahu awak seorang guru?" Kakashi bertanya sekilas sambil menikmati elusan tangan Iruka di kepalanya.
"Sandaime mengenalkan saya kepada Kazekage terdahulu bersama beberapa pengiringnya. Saya juga bertanggungjawab membawa mereka melawat Akademi beberapa hari sebelum penyerangan berlaku." Iruka hampir tidak dapat menghabiskan kata-katanya saat kata Kazekage meniti di bibir.
Mereka tahu siapa sebenarnya di sebalik topeng Kazekage sewaktu itu. Kemudian Iruka dapat merasakan usapan lembut di belakangnya dari Tenzou.
"Dan Gaara, saya bertemu Gaara. Katanya dia pernah bertemu Naruto dan Jiraiya-sama ketika dalam misi. Sepertinya Naruto tidak boleh diam untuk memberitahunya siapa Iruka-sensei," mood Iruka berubah ceria.
Dia menuturkan nama Gaara seolah-olah dia menyebut nama Naruto. "Dia telah dicalonkan sebagai Kazekage seterusnya. Selama ada masa luang di sana saya membantu Gaara dan saudaranya. Gaara menjadi pengajar shinobi masa depan." Jelas Iruka. Tetapi Kakashi dapat menangkap kesedihan di hujung ayat.
KAMU SEDANG MEMBACA
milik kita
Fanfiction📑kakaTenzIru 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typo itu pasti.