Iruka bangun lebih awal pagi itu untuk menyediakan sarapan—roti bakar manis, telur dadar, sosej, dan sedikit salad. Dia teringat bagaimana ibunya dulu sering menyediakan sarapan yang sama setiap kali Iruka menghadapi hari yang panjang.
Iruka meletakkan tiga hidangan di hadapannya sebelum kembali ke ruang kongsi mereka untuk mencari Kakashi dan Tenzou. Pintu ditolak. Iruka tersenyum mendengar bunyi air dari kamar mandi. Tentunya Tenzou, kerana dia dapat melihat Kakashi masih meringkuk di tempat tidur.
"Sayang," panggil Iruka sambil mengetuk pintu. Dia hanya mendengar suara Tenzou yang menyahut singkat. "Sarapan sudah siap," kata Iruka tanpa menunggu jawapan Tenzou, dan dia mengorak langkah ke arah Kakashi.
"Kashi," panggil Iruka perlahan, sambil menarik selimut yang hampir menutupi seluruh tubuh Kakashi. Kakashi merengek sedikit apabila tidurnya diganggu, membuka mata dan melihat Iruka yang berdiri di sebelahnya, mencekak pinggang dan memandangnya.
"Selamat pagi, sayang. Ada apa? Saya masih mahu tidur," kata Kakashi sambil kembali menutup matanya. Iruka merengus.
"Bangunlah! Saya sudah siapkan sarapan," kata Iruka sambil menarik tangan Kakashi untuk membangunkannya. Namun, lelaki itu malah menariknya kembali dan membuat Iruka terjatuh di atasnya.
"Di mana ciuman selamat pagi saya?" tanya Kakashi sambil tersenyum, suaranya masih serak akibat baru bangun tidur.
Iruka membalas senyuman itu dan mendaratkan satu ciuman singkat di pipi Kakashi. Apabila dia cuba menarik diri, Kakashi melingkari tangannya di belakang leher Iruka, menariknya kembali untuk mencium bibirnya dan memperdalamkan ciuman pagi mereka.
Kakashi segera menukar kedudukan mereka tanpa memisahkan bibir mereka. Iruka menolak lembut dada Kakashi apabila dia hampir kehabisan nafas, dan kepalanya terjatuh ke bantal yang baru saja digunakan Kakashi.
Jounin itu terus mencari leher Iruka untuk dicium. Ketika Kakashi mulai meneroka lebih dalam, Iruka tahu dia perlu menghentikan Kakashi walaupun hatinya sangat mahu terus dibawa oleh lelaki itu. Malangnya, dia perlu mengajar.
"Sayang," Iruka berbisik lembut. "Kita perlu hentikan. Saya ada kelas pagi ini," jarinya terbenam dalam surai perak Kakashi.
"Tidak bolehkah guru lain ganti?" Suara Kakashi kedengaran kecewa. Iruka terus menarik dagu Kakashi supaya mata mereka bertentangan, dan Sharingan Kakashi berputar merakam wajah Iruka ketika itu.
"Maaf," bisik Iruka tulus, lalu menarik Kakashi untuk satu lagi ciuman. "Saya tahu Tenzou tak akan kecewakan awak," Iruka tersengih, mencari alasan untuk melarikan diri. "Dia masih ada beberapa jam sebelum pergi. Tapi kita perlu sarapan dahulu." Kata Iruka sebaik sahaja meleraikan ciuman mereka.
Kakashi mengeluh sambil meletakkan wajahnya di bahu Iruka. Iruka tergelak kecil melihat rajuknya.
"Mari sarapan atau saya akan lambat, jika kita terus begini," bisik Iruka sambil bermain dengan surai perak kekasihnya. Tenzou pula sudah selesai mandi dan berpakaian, tersengih melihat guru muda itu cuba membangunkan jounin yang merajuk di atasnya.
Kakashi bangun dengan malas, menguap beberapa kali. "Kami tunggu di dapur," kata Iruka sambil menyambut huluran tangan Tenzou untuk berdiri.
Kakashi tidak menunggu lama, terus merangkul tubuh guru itu dari belakang dan meletakkan dagunya di bahu Iruka. Chunin itu sedikit menoleh, berkerut dahi.
"Bawa saya ke dapur," rengek Kakashi lagi, matanya terpejam. Iruka mengeluh. Manakala Tenzou mengusutkan rambut Kakashi. Iruka terus berjalan sambil memperhatikan langkahnya, tidak mahu tersandung kerana Kakashi terus memeluknya.
Tenzou hanya menggelengkan kepala melihat Iruka mengheret senpainya ke meja makan.
Mereka bersarapan seperti biasa, seolah-olah perbualan semalam tidak pernah berlaku. Setelah sarapan, Iruka bersiap untuk ke akademi, manakala Tenzou pula berkemas untuk bertolak ke destinasi yang ditetapkan dalam misinya beberapa jam lagi.
Kakashi adalah Kakashi yang bermalasan di rumah kerana tiada misi yang perlu diselesaikan, memandangkan dia baru saja kembali dari misinya.
"Selamat Tinggal! Saya pergi dulu," Iruka pantas berlari ke arah pintu setelah memberi kucupan di pipi kedua kekasihnya dan menerima kucupan di dahi dari mereka.
Tenzou kembali duduk di sisi Kakashi. Dia terus merenung Kakashi yang sibuk dengan novel sesatnya. "Ada apa, kohai manis kesayangan saya?" Kakashi menyoal tanpa memandang ANBU itu.
"Perhatikan Iruka untuk saya," kata Tenzou, kemudian bersandar lembut di bahu Kakashi.
"Saya akan lakukan tanpa awak memberitahu," balas Kakashi lalu mencium lembut rambut Tenzou sebelum berpaling kepada novelnya semula. Kemudian Kakashi perasan bahawa Tenzou menghela nafas panjang beberapa kali. Kakashi meletakkan bukunya.
"Apa yang mengganggu?" soal Kakashi. Tenzou mengangkat wajah.
"Saya mula terfikir apa yang Iruka katakan tentang pewaris," kata Tenzou.
"Awak mahukan anak, Tenzou?" soal Kakashi, ketakutan mula mencubit hati.
"Tidak, bukan saya. Saya tidak kisah sebenarnya, dan walaupun Hokage memaksa sekalipun, saya hanya mahukan awak dan Iruka. Saya tahu arahan Hokage adalah utama, tapi dia tidak berhak masuk campur dalam urusan peribadi kita, bukan?" balas Tenzou. Kakashi mengeluh lega.
"Kalau begitu, tak perlu difikirkan," bantah Kakashi.
"Saya hanya fikirkan Iruka. Awak tahu, walaupun dia membesar sendiri seperti kita, tetapi dia dikelilingi oleh banyak kasih sayang. Dia seseorang yang penuh dengan cinta yang melimpah. Dia sukakan kanak-kanak. Dia memiliki hati yang besar dalam mencintai, dia tidak pernah merungut. Apa yang dia cakapkan semalam buat saya terfikir. Adakah dia pernah berfikir apa yang dia inginkan? Adakah dia mahu memiliki anaknya sendiri, keluarga sendiri, dan seorang isteri?" Tenzou berbicara panjang.
Kakashi tersentak mengigil pada perkataan isteri dan mula berfikir. Sebelum mereka menariknya ke dalam hubungan mereka, dia tidak pernah terfikirkan perasaan Iruka, apa yang dia mahu hanyalah Iruka menjadi miliknya.
Iruka adalah seorang yang berfikiran ke depan.
Bagaimana jika dia berfikir hubungan ini tidak membawa apa-apa faedah kepadanya dan mula menarik diri? Malah sekarang dia diintai oleh seorang kunoichi jounin.
Kakashi panik. Dia tak mahu kehilangan Iruka. Tidak! Dia tidak peduli orang mengatakan dia seorang yang pentingkan diri, dia tidak kisah lagi.
Dia telah mencintai guru itu terlalu lama sebelum guru itu masuk ke dalam pelukan mereka. "Tidak! Tenzou, saya tak mahu kehilangan dia," Kakashi bersuara perlahan.
"Saya juga, senpai. Saya sangat takut untuk itu, tetapi... kita tak boleh pentingkan diri, bukan?" balas Tenzou. "Demi kebahagiaan Iruka juga," sambung Tenzou lagi, tetapi suaranya kali ini lebih rendah, seolah-olah dia juga terperangkap dalam ketakutannya sendiri.
Kakashi membisu, lalu menjatuhkan kepalanya di atas riba Tenzou. Tubuhnya lemah, terlalu banyak perasaan bercampur baur. Ketakutan yang selama ini terpendam kini membuatkan seluruh tubuhnya menggigil. Dia mahu rehat sekarang. Mungkin selepas Tenzou pergi, dia akan mencari siapa wanita itu dan menghadapinya. Namun di dalam hati, dia tahu dia tidak akan pernah benar-benar bersedia untuk itu.
Dia tidak pernah rasa takut kehilangan sejak Rin mati di tangannya. Ketika itu, dia rasa dunia seakan runtuh, tetapi dia tahu dia masih ada misi yang perlu diteruskan. Namun kali ini, perasaan itu lebih mendalam. Mungkin dia tidak mencintai Rin seperti mana dia mencintai Iruka, tetapi Rin juga penting untuknya. Mungkin Tenzou akan tetap ada untuknya, tetapi Iruka adalah sebahagian hidupnya yang tidak boleh dia hilangkan. Kehilangan Iruka adalah kehilangan sebahagian hidupnya yang paling berharga.
"Sayang, adakah saya seorang yang pentingkan diri?" tanya Kakashi dengan nada yang penuh keraguan.
Tenzou terdiam, memikirkan jawapan yang terbaik. Ketakutan yang sama juga meresap ke dalam dirinya. Dia terus bermain dengan surai Kakashi, namun tangan yang memegang rambut Kakashi itu sedikit menggigil.
Kesunyian mengelilingi mereka untuk seketika, ketakutan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
"Jika tidak mahu kehilangan Iruka adalah pentingkan diri, ini bermakna saya juga pentingkan diri," jawab Tenzou perlahan, suaranya penuh dengan ketakutan dan kejujuran. "Kita berdua... tidak mahu kehilangan dia, Sayang."
BERSAMBUNG...
KAMU SEDANG MEMBACA
milik kita
Fanfiction📑kakaTenzIru 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typo itu pasti.