Bab 6

139 14 4
                                    

Iruka terus menundukkan wajah sepanjang makan malam. Dia tidak terfikir Kakashi akan menanggalkan topeng di hadapannya. Walaupun Kakashi mengizinkan Iruka melihat wajahnya. Iruka hanya memandang sekilas sebelum menunduk semula.

"Awak sihat, Sensei? Wajah awak merah" Kakashi mengusik.

"Saya okey" jawab Iruka sekilas.

"Suka dengan apa yang awak lihat, Sensei" usik Kakashi lagi.

"Diam dan makan!" untuk sekian kalinya dia menggunakan suara gurunya kepada ninja elit itu. Iruka menggigit bibir, perlukah dia meminta maaf. Kemudian dia mendengar Kakashi ketawa. Maaf itu dia lempar ke jurang. Iruka mendengus kesal.

"Senpai berhenti mengusik dan makan. Maaf, Sensei, Senpai memang suka bergurau" kata Tenzou. Iruka menelan liur. Sejak bila copy ninja itu suka bergurau. Ia jauh berbeza dengan khabar angin yang didengari Iruka.

Selesai saja makan malam, Iruka menawarkan diri untuk mengemas. Tenzou dan Kakashi cuba menghalang dan berkata, mereka akan mengemas kemudian. Tetapi Iruka bertegas untuk membersihkan dapur itu kerana dia menggunakannya.

Apabila kerjanya selesai Iruka menuju ke ruang tamu untuk meminta izin pulang kepada tuan rumah. Saat dia tiba di ruang tamu. Tubuh Iruka kaku. Dia tahu dia tidak sepatutnya melihat. Dengan pantas Iruka berundur dan malang nasibnya, apabila dia terlanggar meja kecil di satu sudut. Pasu diatasnya telah jatuh.

Kakashi dan Tenzou segera mengangkat wajah, mereka perasan Iruka seketika sebelum guru itu hilang dalam sekelip mata. Tenzou mengeluh kesal.

"Adakah kita menakutkan dia?" Kakashi menyoal.

"Salah awak senpai! Saya sudah beritahu untuk bersabar!" Marah Tenzou lantas menolak tubuh Kakashi darinya.

Iruka memerah, dia telah melihat Kakashi dan Tenzou bermesra secara luar biasa tanpa berfikir terus menggunakan Shunshin no Jutsu, dia terus teleport ke ruang tamu rumahnya. Wajahnya panas kerana malu.

"Saya tak sepatutnya lihat itu!" Iruka memarahi dirinya sendiri. Merebah tubuh atas lantai sebelah kotatsu. Kemudian menekup kedua belah tangannya ke wajah.

"Maaf, Kakashi-san, Tenzou-san saya tak berniat untuk menceroboh. Tapi, salah awak juga! Jika mahu bercium tunggu saya pulang dahulu!" Iruka membentak sendirian. Kemudian dia perasan bahawa dia telah meninggalkan pengikat dahi, jaketnya dan keperluan sekolah di rumah Kakashi.

"Ah! Tidak, barang saya" Iruka mengeluh letih.

_____________

"Terima kasih atas kerja keras awak dan selamat berehat" Iruka berkata sopan kepada jounin yang menyerahkan laporan misinya kepada Iruka. Ruang itu kembali sunyi kerana waktu itu adalah rehat tengah hari. Izumo dan Kotetsu sudah pun keluar rehat. Tinggal Iruka sendirian.

Iruka mengeluh memikirkan bagaimana dia harus mendapatkan semula barangnya di rumah Kakashi tanpa bertemu dengan jounin itu atau ANBU yang tinggal bersamanya. Pipinya semakin merah apabila teringat kembali apa yang berlaku antara Kakashi dan Tenzou.

Iruka menghentak dahinya ke atas meja. Berharap kenangan itu terbang pergi dan lupa untuk selamanya. Lagi sekali Iruka mengeluh pasrah.

"Awak banyak mengeluh hari ini, Sensei!" Satu suara menegur. Hampir saja Iruka melompat. Segera dia mengangkat wajah untuk melihat siapa yang berani mengejutkannya dan matanya hampir melompat melihat siapakah dia.

milik kitaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang