"Kenapa awak larikan diri daripada kami?" Kakashi maju ke hadapan, dan Tenzou turut mendekat, menjadikan Iruka terpaku di tempatnya. Degup jantung Iruka semakin kencang. Dia tidak tahu kenapa kehilangannya seperti memberi tamparan hebat kepada mereka. Dia hanyalah seorang chunin yang sering merasakan dirinya gagal, satu kenyataan yang sangat menyakitkan.
"Adakah kami melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan hati awak?" Tenzou bertanya dengan suara yang lembut namun tegas. Iruka hanya menundukkan wajah, mengelak daripada menjawab. Suasana senyap itu seperti beban yang memberatkan dadanya. Selepas beberapa saat yang panjang, Iruka akhirnya menarik nafas dalam.
"Saya takut," bisik Iruka, suaranya hampir tidak didengari tetapi cukup jelas untuk Kakashi dan Tenzo yang berdiri dekat. Dia mendongak, matanya yang berkaca-kaca bertemu pandangan mereka, penuh kekhuatiran. "Awak berdua layan saya dengan baik, terlalu baik. Saya takut jika saya terus dekat, saya akan semakin menyayangi awak... dan akhirnya, saya akan terluka."
Iruka berpaling, tidak mampu menahan tatapan mereka. Perasaannya bagaikan angin kencang yang mengancam untuk menghancurkan benteng hatinya. "Sebab itu, saya cuba menjauhkan diri. Saya tak mahu rasa ini menguasai diri saya. Maafkan saya kerana membiarkan perasaan ini mengganggu. Saya tahu itu salah saya."
Setiap perkataan yang diucapkan membuat Iruka berasa semakin rapuh, seperti ranting yang hampir patah. Dia tidak berniat untuk meluahkan semuanya, tetapi kata-katanya keluar tanpa kawalan. mengalir keluar seperti air, tidak dapat dikawal, mendedahkan rahsia yang sekian lama dia pendam.. 'Umino, awak bodoh!' dia mengutuk dirinya sendiri. Dalam fikirannya, dia sudah bersedia untuk menghadapi penolakan.
Dia menyapu air mata yang mengalir, hatinya berasa berat.
Waktu seolah-olah berhenti. Tiada kata-kata, hanya bunyi desiran angin yang berbisik melalui pepohonan di sekeliling mereka. Iruka menahan nafas, berharap kedua-duanya akan pergi dan meninggalkannya dalam kesendirian. Tetapi dia dapat merasakan cakra mereka tetap di situ. Tanpa disedari, langkahnya mundur satu tapak, cuba menjauhkan diri.
Namun, sebelum sempat dia melarikan diri, Kakashi menariknya ke dalam pelukan hangat. Dunia Iruka tiba-tiba terhenti. Kehangatan itu membuatkan dirinya tergamam, kehilangan kata-kata. Degupan jantungnya bergema kuat dalam telinga.
"Kami tidak mungkin membenci awak, Iruka," bisik Kakashi lembut. Tenzou juga mendekat, menggenggam tangan Iruka sambil mencium jari-jemarinya dengan lembut, tidak melepaskannya.
"Awak penting bagi kami, sensei," tambah Tenzou.
Ketika Kakashi melepaskan pelukannya, Iruka tergamam. Dia memandang mereka silih berganti, hatinya berdebar dan akalnya keliru. "Sebentar, apa yang berlaku? Saya rasa saya telah mengaku tentang perasaan saya. Kenapa awak—saya... saya tak faham."
Kakashi tersenyum lembut, menarik tangan Iruka ke dalam genggamannya. "Kami mahu awak jadi sebahagian daripada hidup kami. Kami mahu awak menjadi milik kami, Iruka."
"Ya, kami sayang awak, Iruka sensei. Sudah lama kami memikirkan ini," tambah Tenzou, wajahnya sedikit tersipu tetapi matanya bersinar dengan ketulusan dan suaranya penuh keyakinan.
Iruka merasakan pipinya memerah, jantungnya berdegup seperti ingin pecah. "Ehh... saya... awak... kita...," suaranya hilang, dan tiba-tiba dunia terasa berpusing. Pemandangan di sekelilingnya kelam, dan tubuhnya rebah, tetapi pelukan kukuh menyambutnya sebelum dia sempat jatuh ke tanah.
Apabila Iruka sedar semula, dia berada di atas sofa yang selesa. Matahari senja sudah berganti malam. Dia mengeluh dan menutup mukanya dengan tangan. "Saya hanya bermimpi, bukan?" bisiknya.
"Mimpi apa, sensei?" suara Tenzou mengejutkannya. Iruka memandang, melihat Tenzou dan Kakashi sedang duduk berdekatan dengan buku di tangan mereka. Dia memerhati sekeliling dan menyedari mereka berada di rumah Kakashi dan Tenzou. Realitinya melanggar logik mimpinya. Ini bukan mimpi.
Iruka berkelip beberapa kali, mencerna kenyataan. Rumah ini milik Kakashi dan Tenzou. Segalanya pasti bukan mimpi.
"Jika awak bertanya tentang apa yang berlaku di monument Hokage, itu bukan mimpi," jelas Kakashi, senyumannya penuh ketenangan, kali ini tanpa topeng menutupi wajahnya. "Dan ya, walau awak suka atau tidak, sekarang awak milik kami."
"Tapi kenapa? Kenapa saya?" suara Iruka serak, nada suaranya sarat dengan kehairanan.
Tenzou meletakkan buku dan menghampiri Iruka, menyentuh pipinya dengan penuh kasih. "Kenapa tidak? Saya dan Kakashi sayangkan awak kerana siapa awak, bukan apa awak. Awak adalah sebahagian daripada hidup kami. Saya mahu awak seperti mana saya mahukan Kakashi. Awak penting bagi kami." Tenzou menjawab dengan nada yang tegas. "Awak tak tahu betapa lama kami berdua menanti masa ini."
Air mata yang cuba ditahan kembali mengalir, melukiskan garis-garis halus di pipinya. "Berhenti mempermainkan perasaan saya. Adakah ini semua satu jenaka?" Iruka dapat merasakan hatinya tercedera, seolah-olah dicucuk dengan seribu jarum.
"Berhenti menganggap kami mempermainkan awak, Iruka," kata Kakashi, nada suaranya lebih lembut. Dia memegang wajah Iruka dan menciumnya. "Kami mahukan awak dalam hidup kami. Sepenuh hati. Saya dan Tenzou tidak bergurau. Kami mahukan awak. Kami mahukan awak lebih daripada sekadar kawan. Awak berharga bagi kami, Tolong jangan lari dari kami" suara Kakashi penuh keyakinan.
Dengan bibir bergetar, Iruka akhirnya mengangguk, mengakui perasaan yang telah lama dia simpan dan yang kini terbalas. "Kalau begitu... saya tak akan lari lagi."
Tenzou berganti memeluk Iruka, membenamkan wajah guru itu ke dalam lekuk lehernya. "Jangan pernah ragu, sensei. Awak tidak pernah gagal di mata kami. Awak sempurna dengan segala kelebihan dan kekurangan awak."
Ketiga-tiga mereka duduk bersama di kotatsu, hati mereka terisi dengan janji dan harapan baru. Iruka akhirnya merasa selamat, diterima, dan yang paling penting, disayangi.
BERSAMBUNG...
KAMU SEDANG MEMBACA
milik kita
Fanfiction📑kakaTenzIru 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur ShonenAi boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typo itu pasti.