BAB 1

5.4K 155 5
                                    

"Du..dua darab la..lapan..empat belas.."

Tash!!!....

"Hikk..Du..dua..darab lapan..dua belas"

Tash!!...

Chearl menahan sakit sambil menangis setelah dirotan oleh guru tersebut. Guru tersebut bengang kerana anak muridnya masih lemah dalam sifir.

"Chearl..Chearl..sudah berapa kali cikgu nak ajar kamu dan kamu masih lagi tak faham-faham lagi!! Macamni ke nak jadi murid cemerlang ha!!!" Guru tersebut menengking ke arah anak muridnya.

"Sa..saya minta maaf cikgu. Saya janji akan berusaha lagi.." Ujar Chearl dengan riak ketakutan.

"BERUSAHA..BERUSAHA..kata berjanji nak berusaha tapi masih lagi jadi bebal macamni!! Eh kau ni memang dari dulu lagi dilahirkan bodoh ke? Maka murid aku yang lain tak seteruk macam kau pun!!" Guru tersebut mula berkasar pada murid tersebut. Chearl tersentak setelah dihina sebegitu oleh gurunya.

Murid yang lain hanya duduk statik sahaja melihat Chearl yang teruk dikritik oleh guru tersebut. Guru yang memarahi murid tersebut bukan calang-calang orangnya. Seorang yang berpendidikan tinggi, berdisplin dan tegas.
Ramai murid yang tidak berani untuk berhadapan dengannya termasuk guru yang lain.

Chearl masih kaku setelah direnung tajam oleh guru tersebut. Umur 13 tahun pun takkanlah masih bebal dalam sifir lagi? Guru tersebut menghembuskan nafasnya perlahan.

"Memandangkan waktu rehat dah nak dekat. Cikgu benarkan kamu yang lain untuk keluar berehat. Kecuali pelajar yang ada dihadapan cikgu sekarang. Kamu jangan harap boleh keluar berehat!!!" Guru tersebut mengajukan denda tersebut kepada Chearl. Chearl menelan air liurnya perlahan. Jadi murid yang lain pun segera meninggalkan mereka berdua dan menikmati waktu rehat.

Guru tersebut memandang semula ke arah murid tersebut menyebabkan Chearl terkecut perut.

"Chearl..Chearl..apa nak jadi dengan kamu ni?"  Guru tersebut lalu menggelengkan kepala.

****

"Chearl kau ok tak tadi? Teruk ke cikgu tu marah kau tadi?" Ujar Nelly iaitu kawan rapat Chearl. Chearl hanya tertunduk malu sahaja.

"Ak..aku..tak tau kenapa aku bebal sangat dalam matematik. Aku malu tau hari-hari kena marah dengan cikgu tu. Dahlah kena tengking depan semua orang pula tu." Ujar Chearl dengan nada seperti hendak menangis.

"Sabarlah Chearl. Tak semestinya yang kau lemah dalam pelajaran selamanya. Nanti aku tolong ajar kau sampai pandai ok?" Ujar Nelly sambil memberi kata-kata semangat.

"Kau ajar aku macamana pun aku tetap bodoh Nell. Aku ni dahlah pelajar yang tercorot. Memang betul pun aku dari dulu lagi dilahirkan sebagai murid yang bodoh." Ujar Chearl dengan sayu.

"Kau jangan cakap macamtu Chearl. Semua orang kat dunia dilahirkan dengan adanya akal dan fikiran yang telah dianugerahkan oleh tuhan. Cuma kita sahaja yang harus bijak dalam mengawal IQ kita. Aku yakin yang kau akan berjaya kalau kau berusaha dengan lebih baik lagi." Ujar Nelly dengan memberi kata-kata semangat.

Chearl hanya tersenyum sahaja selepas dinasihati oleh rakan baiknya itu. Memang betul apa yang dikatakan oleh Nelly bahawa dia tidak boleh untuk mudah berputus asa.

"Ehh..Chearl. Kereta ayah aku dah sampai. Aku balik dulu ya. Bye." Ujar Nelly lalu menuju ke arah keretanya. Chearl hanya membalas sahaja lambaian daripada Nelly. Dan kali ini giliran dia berseorangan diri berjalan kaki menuju ke arah rumahnya.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now