BAB 9

2.1K 96 0
                                    

"Tuan Fren, agensi dari ZTE E.C.O ingin bertemu dengan tuan." Ujar salah satu pekerja peribadinya.

"Suruh dia masuk.."

"Baik tuan." Pekerjanya membuka pintu lalu membenarkan beberapa lelaki yang memakai suit hitam. Susuk tubuh lelaki tua tersebut memghulurkan tangan untuk berjabat tangan.
Fren hanya memandang tanpa memberikan apa-apa reaksi.

"Duduk je, tak perlu bersusah payah nak bagi salam pun." Ujar Fren. Mereka mengangguk lalu duduk di sofa yang sudah disediakan.

"Jadi bagaimana? Adakah tuan setuju dengan urusan perniagaan yang sudah kita bincangkan haritu. Kami juga sudah memberi saham seperti tuan mahukan." Ujar salah satu agensi ZTE E.C.O yang dikenali sebagai Mark.

"Lah..relaks Mark. Tak perlu takut sangat sebab aku akan laksanakan juga perjanjian tu. Korang bagitahu kat Gerrald yang aku akan suruh beberapa ahli aku untuk hantar barang tu kat kilang korang dengan segera." Ujar Fren dengan sinis.

"Kalau begitu sila tanda tangan perjanjian ini untuk memastikan perjanjian itu disahkan." Ujar Mark lalu menghulurkan fail perjanjian berserta pen.

Fren tanpa membuang masa segera menurunkan tanda tangan untuk membuang rasa ragu-ragu. Setelah itu, mereka berdiri menandakan mereka mahu meninggalkan tempat itu dengan segera.

"Terima kasih di atas kerjasama tuan dan kami sangat gembira apabila bekerjasama dengan syarikat tuan. Diharapkan perniangaan ini kita boleh memperoleh pendapatan yang lebih lumayan lagi." Ujar Mark. Mereka segera meninggalkan tempat itu. Fren tersenyum sinis.

"Lah...pasal benda ni laju ehhh korang. Nanti dah dapat duit nanti korang terus je hilangkan diri. Batang hidung pun dah tak nampak." Ujar Carl yang tiba-tiba sahaja mencelah setelah mereka pergi.

"Berapa semuanya kau sumbat dalam kotak tu?" Ujar Fren.

"Jantung, mata, ginjal dah aku asingkan dalam kotak yang berbeza. Satu kotak khas untuk jantung ada 20, manakala satu kotak untuk mata pula mengandungi 30. Satu kotak untuk ginjal lebih kurang 15 yang ada sebab kebanyakkannya ginjal budak tu ada yang tak boleh pakai sebab tu dapat sikit je." Ujar Carl sambil menerangkan maklumat kerjanya.

"Semua kotak yang mengandungi organ tu aku nak kau hantar dekat kapal dari Syarikat Howay sebab aku dah buat maklumkan kat diorang pagi tadi." Ujar Fren.

"Habistu, Syarikat ZTE E.C.O pula macamana? Bukan kau dah buat tanda tangan ke tadi?" Soal Carl dengan hairan.

"Kau ubah semua isi kotak tu dengan organ palsu. Tak perlu letak yang asli punya. Tapi kau kena ingat, hantar semua kotak tu guna kapal selam aku dan jangan pakai kapal mereka. Aku takut kalau mereka dapat syak apa-apa masa pelabuhan dekat sana nanti. Semua jalan kat laut sana tu clear takda tentera laut mahupun mata-mata dari syarikat mereka pun yang awasi kat sana. Jadi selamatlah nak pergi sana." Ujar Fren.

"Kau masih berdendam dengan Gerrald?" Ujar Carl.

"Dendam lama ni ibarat kaca yang pecah sukar untuk dicantumkan semula, dan takkan semudah itu aku akan maafkan dengan orang yang dah cipta sejarah hitam aku." Ujar Fren sambil bersandar pada kerusi hitamnya.

"Ok..aku akan laksanakan seperti engkau arahkan." Ujar Carl.

****

"Ok. Semua sila ikut step saya yang seterusnya. Yang paling penting pergerakan kaki tu wajib kamu atur betul-betul. Setiap tarian yang baik akan dimulakan dengan step kaki yang betul. Takdalah kamu nak terjengket sana sini nanti." Ujar Cikgu Hanna yang merupakan guru tarian. Semua murid perempuan yang terpilih sedang menjalani latihan tarian sempena hari guru nanti.

"Haissh...susahlah aku nak ikut step cikgu tu sebab susah sangat. Kau dapat ikut ke Chearl?" Soal Nelly ke arah Chearl.

"Aku salah step pun mana ada cikgu tu perasan. Aku bukannya reti menari sangat pun tiberrr je cikgu tu pilih aku. Kenapa bukan orang lain ehhh dipilih?" Ujar Chearl.

"Kau tau-taulah budak pelajar lain mana ada minat bab menari macamni. Dahlah tarian tu lawak semacam. Cikgu tu kan pernah cakap haritu, siapa yang taknak volunter, automatik dia akan cari pelajar tu sendiri. Tengok sekarang kan kita dah kena." Ujar Nelly.

"Tapi masalahnya, tarian apa yang terjengket sana sini macam tarian budak-budak? Yang paling memalukan kita kena menari pakai lagu Gummy Bear. Nanti buat malu je atas pentas." Ujar Chearl.

"Ikutkan hati nak je aku demam waktu pertandingan tu nanti. Malu dohhh..dahlah hari guru pun dah nak makin dekat. Kita escape nak?" Ujar Nelly.

"Ehhh..kau jangan ehh. Nanti tak pasal-pasal kena dimerit dengan cikgu nanti. Kita pasrahkan sajelah. Menari pun menarilah lagipun pertandingan tu cuma sehari je. Nanti lepas menari tu kita cepat-cepatlah blah dari situ." Ujar Chearl.

"Hoi!!! Pelajar dua orang kat sana tu ada dengar tak apa yang saya cakap tadi? Sembang je lebih." Ujar Cikgu Hanna sambil menyindir ke arah dua orang pelajar yang dikenali oleh Nelly dan Chearl.

"Wehhh...cepat weh!!! Cikgu tu dah marah!" Ujar Nelly dengan ketakutan. Mereka terpaksa ke fokus ke arah guru tersebut dalam keadaan terpaksa.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now