BAB 12

2K 96 0
                                    

"Carl, sini jap." Carl segera mendekati ke arah tuannya.

"Ya ada apa tuan?" Soal pembantunya.

"Aku nak kau cari lagi sekor malamni sebab ginjal tu tak cukup. Besok nanti aku nak korang packing awal hantar kat China." Ujar Fren.

"Ok baik tuan. Saya akan laksanakan seperti tuan arahkan." Ujar Carl.

"Tapi sebelum tu make sure budak tu sihat dan aku taknak kalau dia dijangkiti apa-apa penyakit." Terang Fren.

"Baiklah tuan dan saya akan gerak sekarang." Ujar Carl lalu membawa pengawal yang lain untuk mendampinginya dalam menjayakan misi penculikkan budak. Mereka menaiki van hitam dan segera menuju ke arah lokasi seterusnya.

****

Chearl menghidupkan lilin kecil di atas sepotong kek. Mereka hanya mampu beli sepotong kerana harga kek terlalu mahal untuk membeli semua. Jadi kek ini sudah cukup untuk menyambut hari lahir ibunya. Lampu picit juga dipasangkan untuk menerangi rumah kotak mereka.

"Happy birthday, to you...happy birthday, to you. Happy birthday to my sweet mom. Happy birthday to you!!! Ibu tiup lilin!!" Chearl melagukan sempena hari lahir ibunya. Ibunya tersenyum lalu meniup lilin tersebut.

"Ibu buat hajat!!!" Pinta anaknya dengan penuh gembira. Ibunya tersenyum lalu memegang tangan anaknya dengan penuh erat. Chearl tersentak apabila ibunya memegang kedua-dua belah tangannya.

"Ibu tak minta lebih pun nak. Apa yang ibu nak adalah ibu nak anak ibu berjaya suatu hari nanti dan banggakan ibu. Ibu tak kisah kalau ibu hidup susah buat selama-lamanya. Apa yang ibu nak adalah ibu nak Chearl hidup senang di kemudian hari dan tak perlu hidup merempat macamni." Pinta ibunya. Chearl hampir menitiskan air matanya setelah mendengar permintaan ibunya. Sudah pasti dia akan bertekad untuk membanggakan satu-satunya ibunya.

"Baik ibu. Chearl janji yang Chearl akan berusaha untuk belajar sampai ke peringkat tinggi. Nanti kalau Chearl dah ada duit banyak, bolehlah Chearl belikan ibu rumah besar, kereta besar lepastu ajak ibu melancong kat luar negara. Tak sabarnya Chearl!!!" Ujar Chearl dengan penuh bertekad. Ibunya hanya tersenyum sahaja dan menggosok kepala anak manjanya. Chearl adalah satu-satunya nyawa yang dia ada.

"Ibu bersyukur sebab Chearl tak pernah melawan cakap ibu ataupun meminta barangan yang bukan-bukan. Anak ibu ni juga rajin betul cari wang. Walaupun kita hanya merempat di tepi jalan, tapi ibu bahagia sebab ibu berjaya didik anak ibu dengan baik sekali. Dan ibu seolah-olah bahagia dengan kehidupan kita sekarang." Ujar ibunya.

"Ibu, jom kita makan kek ni sama-sama. Chearl suap ibu dulu ya?" Ujar Chearl lalu menyuapkan satu sudu kek ke mulut ibunya.

"Hmmm..sedapnya. Dah lama kita tak makan kek. Chearl pun makanlah juga. Meh sini giliran ibu yang suapkan." Ibunya segera menyuapkan satu sudu kek ke mulut anaknya pula.

"Wah!!! Sedapnya!!" Ujar Chearl dengan penuh ceria.

Tiba-tiba sahaja mereka terdengar bunyi kenderaan yang berhenti di hadapan mereka. Beberapa orang yang bertopeng hitam merobohkan rumah buatan mereka.

"Ibu!!! Diorang buat apa ni?! Habis roboh rumah kita!!" Jerit Chearl dengan ketakutan.

"Chearl!! Mari kita lari dari sini!!!" Jerit ibunya. Belum sempat mereka mahu melarikan diri. Tiba-tiba tubuh mereka ditahan oleh pemuda yang bertubuh sasa.

"Jangan lari kalau korang taknak mati!!!" Ujar satu lelaki bertopeng yang mengacukan pisau di hadapan mereka. Mereka bertambah ketakutan setelah diugut menggunakan pisau.

"Lepaskan kami!!! Apa yang korang nak?!!!" Jerit ibunya.

"Wehh..yang orang tua ni nak disembelih juga ke?" Ujar seseorang kepada rakannya yang lain.

"Dah tua, tak payalah lagipun dia punya organ mana ada sihat lagi. Kau dah lupa ke yang Tuan Fren nak yang muda punya." Ujar rakannya itu. Berdegup kencang hati Chearl setelah mendengar perkataan organ. Diorang nak buat apa ni sebenarnya?

"Kalau macamtu kita bunuh jelah yang tua ni."

"No!!! Korang tak boleh bunuh ibu aku!! Aku tak benarkan!!!!" Jerit Chearl seperti orang yang sedang mengalami histeria. Tetapi pergerakkannya terbatas apabila ditahan oleh lelaki yang lain.

"Kau diam boleh tak?! Bising tau tak?!!" Ujar pemuda tersebut lalu menampar pipi Chearl. Chearl meringis kesakitan.

Tanpa membuang masa, lelaki bertopeng tersebut segera menikam perut ibunya berpuluh kali sehingga ususnya terburai. Ibunya kelihatan sangat tidak bermaya dan akhirnya tidak menyedarkan diri.

"Ibu!!! Ibu!!! Jangan tinggalkan Chearl!!! Huarghhh!!! Ibu!!! Huarghhh!!" Chearl menangis dengan lebih teruk apabila menyaksikan pembunuhan ibunya. Habis darah keluar melalui perutnya.

"Jom kita angkut budak ni."

"Ok..jom"

Chearl yang berasa terlalu penat akibat terlampau menangis dan akhirnya dia tidak menyedarkan diri. Sempat lagi matanya melihat susuk tubuh ibunya yang terkulai dalam keadaan yang menyedihkan.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now