BAB 34

1.6K 100 2
                                    

"Aku suruh kau cari siapa yang culik adik aku bukannya pergi cari anak buah Haz. Kau tengok tak semena-mena polis bodoh tu sesenang je kena bantai dengan diorang." Ujar Gerald dengan tidak berpuas hati.

"Dah alang-alang tertangkap anak buah Haz. Senang je kita nak jejak Haz. Lagipun tu memang plan kau dari dulu ke?" Ujar Roy.

"Memanglah aku nak cari dia dari dulu lagi tapi masalahnya keselamatan adik aku lebih penting berbanding dengan si bangsat tu. Hidup aku tak tenang selagi adik aku takda kat depan mata aku." Ujar Gerald. Roy hanya menggelengkan kepalanya sahaja kerana rakannya itu langsung tidak terfikir berkenaan risikonya.

"Kau tak rasa adik kau tu dah mati ke? Kau ingat diorang sesenang macamtu je nak biarkan adik kau hidup dulu. Dah off courselah diorang dah bantai organ adik kau tu dulu." Ujar Roy. Gerald segera memandang tajam ke arah anak mata Roy. Dia paling benci sekiranya orang lain membuat andaian bahawa adiknya sudah mati.

"Kau siapa ha nak cakap adik aku dah mati bagai semua tu. Aku taulah adik aku masih hidup!!! Aku tetap akan cari adik aku sampai mati!!" Jerkah Gerald.

"Aku bukannya nak buat kau marah tapi ni memang realiti sebab kalau kita dah dapat mangsa pun, kita tetap juga bantai diorang tanpa lengahkan masa kan? Macamtu juga dengan diorang. Entah-entah bekalan organ yang kita dapat haritu mungkin salah satu dari adik kau kita tak tahu." Ujar Roy.

"Arghhhh!!! Aku malaslah nak bercakap dengan engkau ni!! Buat sakit hati je!!" Ujar Gerald lalu beredar dari situ. Roy hanya menghisap rokoknya dengan tenang.

"Elehhh...kalau dah susah nanti aku juga yang kau pergi cari.." Ujar Roy dengan nada menyindir.

****

Haz segera membungkus barangannya di dalam satu beg yang besar. Anak buahnya turut hadir membantu tuannya mengangkut barang yang penuh ke dalam satu jet peribadi. Jet peribadi yang telah dibawa tadi sudah selamat berada di landasan bahagian belakang rumahnya. Chearl juga hairan melihat banyak lelaki asing datang untuk mengangkut barang di dalam rumah tersebut. Elena juga pelik melihat suasana yang dipenuhi oleh orang tersebut.

Dalam kesibukkan Haz mengarah anak buahnya, dia melihat Chearl yang sedang duduk statik seolah-olah tidak tahu apa-apa.

"Kau tengok apa lagi? Cepat packing barang kau lepastu nanti ikut aku!!!" Arah Haz ke arah Chearl. Chearl segera berlari ke atas untuk mengemas baranganya. Elena yang mendengar kata-kata Haz itu turut membuat perkara yang sama.

"Ehhh...kau pergi nak pergi mana tu? Tak perlu nak kemas barang kau sebab kau takkan ikut aku nanti." Ujar Haz. Elena berasa sakit hati kerana mendengar kata-kata Haz itu.

"Haz!!! Saya ni isteri awak dah semestinya saya wajib ikut awak dan bukannya budak tu!!! Sampai hati awak tak bagi saya ikut!!!" Ujar Elena dengan tidak berpuas hati.

"Kalau aku kata tak payah ikut, tak ayah ikutlah!!! Kau duduk je kat rumah ni ikut suka hati kaulah nak buat apa!! Itu pun susah nak dengar ke?!!!" Marah Haz.

"Habistu macamana saya nak survive dengan anak awak nanti kalau awak dah takda dengan kami. Haz pleaseeeee...tolonglah bagi saya ikut awak. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan awak bagi saya ikut awak." Ujar Elena dengan merayu. Haz mula tersenyum sinis sambil memandang ke arah Hades yang berada di sebelahnya yang sedang berpeluk tubuh.

"Kau ni datang tak diundang lepastu suka hati jak nak anggap anak haram tu adalah anak aku. Kau yang menyundal dengan orang lain lepastu nak jadikan aku mangsa kau pula. Kau dengar sini, kau bukan isteri aku dan kau bukannya sapa-sapa dalam hidup aku. Ikut suka hati kaulah nak hidup macamana nanti sebab aku dah taknak ada kena mengena dengan kau. We will get divorce in this day as much as possible." Runtuh hati Elena mendengar kata-kata Haz yang semudah itu mahu bercerai dengannya pada hari ini juga.

"Awak tak boleh buat macamtu!!!! Ayah awak dah amanahkan awak untuk bertanggungjawab dengan saya!!! Saya report dekat ayah awak nanti baru padan muka awak!!!!" Ujar Elena dengan marah. Hades menahan gelak melihat drama di hadapannya. Dasar betina tak sedar diri.

"Reportlah ada aku kisah? Ehhh...kau kena ingat segala bukti kau kena rogol haritu aku dah siap ada cctv original. Orang yang dah rogol kau pun aku dah tangkap tinggal nak confess lagi depan ayah aku nanti. Dia pun sekarang ni tengah terdesak nak jumpa ayah aku sebab nak mengaku pasal kejadian sebenar. Lepasni kau kahwin jelah dengan dia sebab dia kan bapa kandung sebenar kat anak engkau tu." Ujar Haz.

"Saya taknak kahwin dengan dia!!!! Saya nak dengan awak!!! Awak please jangan ceraikan saya. Saya mohon pada awak. Saya cuma nak tinggal dengan awak je. Saya janji saya akan jaga Chearl sepenuh hati saya. Saya janji." Ujar Elena dengan merayu.

"Boleh percaya ke engkau ni yang kau boleh jaga Chearl dengan ikhlas. Kau ingat aku bodoh ke takda CCTV kat rumah ni? Aku dah nampak segala perbuatan kau dekat Chearl masa aku takda kat rumah. Kau siap suruh dia bersihkan itu ini sedangkan aku yang suruh kau bersihkan rumah ni dan bukannya sesuka hati nak suruh dia balik!!!!!! Bodoh punya betina!!! Aku dah lama sabar dengan sikap kau sebenarnya cuma tunggu masa je nak luahkan. Lepasni aku dah taknak lagi tengok muka kau berambus dari aku!!! Oh ye yang pasal rumah ni nanti mungkin aku dah tak jadi nak suruh kau tinggal kat sini. Lepasni aku akan suruh anak buah aku hantar kau dekat rumah ayah aku dan waktu tu juga kau berjumpa dengan bakal suami baru kau. Selamat pengantin baru.." Ujar Haz dengan nada menyindir. Elena mula menjerit histeria kerana tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya. Dia juga berang kerana Haz tekad mahu meninggalkannya.

"Arghhhhh!!! Jangan buat saya macamni!!! Saya sayang awak pleaseeeee!!!! Saya sayang awak sangat-sangat!!!" Ujar Elena. Haz hanya menghiraukan sahaja perempuan gila di hadapannya.

"Tuan, semua barang dah siap diangkut tinggal nak naik jet je lepasni." Ujar anak buahnya yang muncul secara tiba-tiba.

"Chearl turun cepat!!! Apasal lama sangat kat atas tu!!!" Jerit Haz memanggil anak muridnya itu.

Chearl segera turun dengan membawa tiga buah beg di tangannya.

"Tolong dia angkut barang tu." Arah Haz. Anak buah Haz segera membantu Chearl mengangkut barangnya.

"Jom kita pergi sekarang dah takda masa dah sekarang ni." Ujar Hades. Haz mengangguk. Dia memgheret tangan Chearl untuk mengikuti langkahnya dan Elena mula mengejar langkahnya kerana berkeras untuk mengikutinya.

Apabila mereka sudah tiba di hadapan jet tersebut, Elena masih berdegil mahu mengikut langkah mereka.

"Alahai wujud lagi betina ni. Tengok Haz dah tak habis-habis betina ni nak ikut kau." Ujar Hades yang semakin rimas dengan sikap perempuan itu. Haz melepaskan keluhan dengan geram.

"Halau betina ni dari jet ni." Arah Haz. Anak buah Haz segera mengheret Elena dari tempat itu dan menolaknya ke atas tanah.

"Haz!!! Saya nak ikut awak!!! Saya taknak ditinggalkan!!! Saya nak ikut awak juga!!! Saya mohon pada awak!!!" Ujar Elena sambil menangis histeria.

Chearl yang melihat ke arah luar tingkap amat mengasihani dengan rayuan kakak Elena yang enggan ditinggalkan oleh mereka.

Kesiannya kakak tu...

Jet peribadi dihidupkan dan mula berlepas dari tempat itu. Kelihatan Elena masih lagi menangis histeri di bawah itu dan tidak lama kemudian dia diheret oleh anak buah Haz untuk memasuki ke dalam kereta mereka untuk dihantar ke rumah ayah Haz kelak.

"Kau nak makan nasi?" Ujar Haz ke arah Chearl. Chearl yang melihat ke arah tingkal tadi segera memandang ke arah Haz.

"Nak.." Chearl menjawab.

Haz meletakkan nasi yang dibungkusnya ke hadapan meja milik Chearl.

"Makanlah..jauh perjalanan kita." Ujar Haz. Chearl segera membuka bungkusan makanan tersebut dan memakan dengan seleranya. Kasihan Haz melihat Chearl kerana baru dia tersedar bahawa Chearl belum makan apa-apa lagi sejak pulang dari sekolah.



SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now