BAB 29

1.5K 78 3
                                    

"Tuan, ada orang cuba ingin bertemu dengan tuan." Ujar anak buahnya. Gerald melepaskan sepuntung rokok di mulutnya.

"Siapa nak jumpa aku? Macam tiberr je orang tu tahu aku kat sini? Kau jangan nak sesuka hati bagi orang asing masuk kat sini boleh tak?. Kalau tak tembus peluru ni kat kepala kau." Ugut Gerald.

"Saya dah bertanya terlebih dahulu dengan orang tu. Dia mengaku bahawa dia adalah rakan tuan." Ujar anak buahnya.

"Kau merepek apa ni bodoh? Aku satu pun takda kawan kat sini kau ingat aku ni sembarang ke nak berkawan dengan orang!!" Ujar Gerald dengan bengang.

"Habistu aku ni bukan kawan kau ke?...

Gerald segera memandang ke arah empunya suara tersebut dan terkejut dibuatnya setelah dia menatap wajah tersebut.

"Roy?! Kau buat apa kat sini? Apa kerja kau kat sini?" Ujar Gerald dengan terkejut.

"Sebab aku ada misi dengan ketua polis kat negara ni dan nak taknak aku terpaksa berlakon untuk bekerjasama dengan dia. Kau kena hati-hati sebab diorang nak buat pemeriksaan ketat kat sempadan negara ni lagi-lagi di bahagian laut. Kau kena delay dulu untuk buat penghantaran barang kau menggunakan bahagian perkapalan sebab diorang akan tangkap kalau ada perkapalan yang mencurigakan. Alang-alang aku kat sini, baik aku melawat kau dulu" Ujar Roy sambil duduk di atas sofa dan menghidupkan rokoknya.

"Seriuslah!!! Nanti aku suruh anak buah aku untuk hentikan kerja ni dulu. Tapi sekarang ni aku ada misi penting untuk diselesaikan dulu." Ujar Gerald.

"Misi apa?" Soal Roy sambil mengerutkan dahi.

"Aku nak cari ibu aku dengan adik perempuan aku yang pernah hilang dulu. Aku dapati bahawa lokasi mereka sekarang adalah berada di tempat ni. Aku dah cuba suruh anak buah aku untuk jejak kedudukan mereka tapi langsung tak berjaya dikesan. Kau nak tahu tak apa yang paling menyakitkan hati aku bila aku dah dapat maklumat baru dari anak buah aku!!! Mereka rupanya adalah seorang gelandangan!!! Kalau tak disebabkan orang tua tu, mereka takkan mengemis sekarang ni!!!! Sial orang tua tu!!! Aku akan bunuh dia cukup-cukup!!!!" Ujar Gerald dengan bengang sekali.

"Kesian juga ya mereka sekarang ni. Kalau kau nak aku tolong kau, aku boleh suruh polis yang lain untuk jejak ahli keluarga kau. Kau tak payahlah pakai anak buah kau untuk sementara waktu ni, sebab terlalu bahaya kalau diketahui oleh pihak atasan yang lain. Lebih selamat pakai je sekumpulan polis yang aku akan hantarkan kat engkau. Lagipun mereka dipercayai seratus oleh pihak semua yang lain. Jadi identiti kau akan selamat." Ujar Roy.

"Seronok juga ya bila bekerjasama dengan orang yang ada kaitan dengan pekerjaan keselamatan negara macam kau ni, senang je nak tipu mereka. Kalau macamni memang goyang kaki jelah aku lepasni tak perlu nak takut dengan siapa-siapa lagi." Ujar Gerald sambil menghisap rokoknya.

"Sebab tulah aku boleh sesuka hati nak arah diorang buat itu ini. Kalau mereka ada misi untuk buat sekatan kat mana-mana jalan raya, aku akan arahkan mereka untuk buat sekatan di jalan tertentu sahaja untuk memudahkan aku buat jalan tikus dan senang anak buah aku untuk bergerak ke mana sahaja." Ujar Roy.

"Lagipun kita boleh je tangkap Frenn dengan mudah kalau kita buat plan untuk buat sekatan kat jalan raya dengan bantuan polis kau. Biar dia meringkup kat dalam penjara sana. Lagipun dah banyak jenayah dia buat." Ujar Gerald.

"Tapi kau ingat dapat tangkap dia dengan mudah macamtu je ke? Lagipun dia banyak mata-mata untuk buat sportcheck kat mana kawasan yang terancam bagi mereka. Lagipun kita bukannya ada bukti yang mencukupi untuk menyokong dengan apa yang dia dah buat selama ni?" Ujar Roy.

"Jangan risau, yang pasal bukti semua tu aku akan berusaha untuk cari sampai dapat. Waktu korang mesyuarat, takkanlah mereka tak sebut pasal apa-apa kes yang berkaitan dengan dia?" Soal Gerald.

"Ada tu memanglah ada. Tapi masalahnya diorang masih gagal untuk mencari siapa dalangnya. Lagipun Frenn takkan semudah tu nak dedahkan maklumat dia kat semua orang. Aku rasa mungkin dia dah tukar identiti dia untuk mengaburi pandangan orang lain." Ujar Roy.

Gerald hanya mendiamkan diri sahaja. Dia mahu melihat sejauh mana permainan Haz yang telah mempermainkan mereka. Dia sesekali takkan mengalah dengan mudah sekali.

****

Haz memandang ke arah ayahnya. Perempuan yang amat dibencinya turut berada di sebelah ayahnya. Sakit matanya melihat seperti ingin menikam wanita tersebut berkali-kali. Tapi dia harus bijak berlakon bagi mempermudahkan misinya.

"Jadi kamu dah sedar dengan apa yang kamu dah buat selama ni?" Soal ayahnya.

"Haz sedar ayah, Haz mengaku betapa teruknya Haz apabila sanggup menganiaya wanita ini. Haz sanggup buat apa sahaja untuk memperoleh kemaafan daripada ayah." Ujar Haz yang cuba berbuat berbuat-buat kecewa.

"Baguslah kalau kamu dah sedar. Ayah nak kamu bertanggungjawab dengan apa yang kamu dah buat dan diharapkan perkara ini dijadikan pengajaran buat kamu. Kamu kena sedar yang kamu sudah memiliki anak dan kamu kena jaga bakal isteri dan anak kamu sebaiknya. Ayah akan restui perkahwinan kamu berdua." Ujar ayahnya. Menyirap hati Haz mendengarnya dan hanya tersenyum sinis dalam dia. Lagipun anak itu bukan miliknya mungkin suatu hari nanti dia akan bunuh anak itu secepat mungkin. Perempuan di sebelah ayahnya tersenyum dan bersyukur kerana akhirnya perogol tersebut bertanggungjawab ke atasnya.

"Baiklah ayah, Haz janji yang Haz akan pegang kata-kata ayah. Lepasni Haz takkan ulangi lagi kesilapan Haz." Ujar Haz. Tajam matanya memandang ke arah betina jahanam tersebut.

"Kalau boleh ayah nak mempercepatkan perkahwinan kamu berdua bagi mengelakkan sebarang fitnah. Ayah nak perkahwinan kamu berdua disiapkan pada hari esok. Ayah tak sanggup lagi nak tengok perempuan ini menanggung anaknya berseorangan diri. Kalau boleh ayah nak kamu berdua sama-samalah bertanggungjawab ke atas anak kamu berdua." Ujar ayahnya. Haz seperti tersentak dengan kata-kata ayahnya. Kali ini dia akan beriak tenang dan tak akan sesekali menunjukkan taring sebenarnya di hadapan perempuan ini terlebih dahulu.

"Baiklah kalau itu yang ayah mahukan....

Wait for me bitch....

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now