BAB 2

2.7K 124 5
                                    

Chearl berjalan kaki menuju ke arah rumahnya. Dia berjalan di sepanjang sisi rumah yang berderet itu. Dia memasuki di celah antara dua rumah bersebelahan. Akhirnya dia menemui rumahnya itu. Opss..bukan rumah seperti rumah berbatu bata. Kali ini rumah yang ditujuinya adalah rumah yang diperbuat daripada kotak dan kayu yang disusun rapat.

Jadi kotak tersebut memainkan peranan penting sebagai dinding mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jadi kotak tersebut memainkan peranan penting sebagai dinding mereka. Chearl memasuki ke dalam rumah kotaknya yang bersederhana besar itu. Kelihatan ibunya sedang mengira duit.

"Ibu..dah berapa banyak duit yang ibu kumpul?" Soal Chearl.

"Ehh..anak ibu dah balik rupanya. Duit yang ibu kumpul setakat ni cuma RM 20 je. Itupun ibu minta sedekah dekat pasar raya tadi." Ujar ibunya.

"Bukan ke sebelum ni ibu selalu dapat RM 50 lebih? Kenapa tiba-tiba jadi sikit ni?" Soal Chearl dengan heran.

"Orang yang membeli dekat pasar raya sana tu taklah ramai sangt sebab tu lah dapat sikit je. Chearl macamana sekolah hari ni ok ke?" Soal ibunya. Lalu riak wajah Chearl berubah dengan mendadak.

"Chearl ok je sekolah tadi ibu jangan risaulah." Ujar Chearl berpura-pura ok sedangkan di sekolah tadi bukan main hebat dia dimarahi oleh guru.

"Baguslah jalau macamtu, Chearl mandilah dulu dekat paip seberang sana. Lagipun takda orang yang guna. Nak ambil kain sarung ni." Ujar ibunya lalu memberikan sehelai kain batik kepada anaknya. Chearl segera mengambil barang yang patut dan menuju ke arah paip tersebut untuk membersihkan diri.

****

Chearl mengutip tin di seberang jalan. Sudah seguni yang hampir penuh dikutip olehnya. Cukuplah untuk menambah pendapatan harian mereka. Jadi mudahlah dia untuk membelikan makanan di pasar malam nanti.

Chearl juga cemburu melihat orang lain yang sedang sakan mengambil memakan makanan mewah di restoran sana. Chearl hanya mampu melihat dari luar sahaja. Orang lain sedang gembira menikmati hidupnya sedangkan dia harus berhenpas pulas untuk menggumpul bebarapa tin demi kewangan mereka.

"Mungkin aku dari dulu ditakdirkan untuk hidup macamni ke?" Chearl bermonolog sendirian. Lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjual tin tersebut kepada tauke kilang alumunium.

****

"Cikgu paling pantang kalau ada murid yang langsung tak ambil serius dalam kerja yang cikgu dah bagi semalam. Kenapa masih ada pelajar yang masih main-main dengan cikgu ya?" Ujar Cikgu Haz sambil menunjal dahi milik Chearl di hadapan murid yang lain.

Nelly yang duduk di sana bersimpati melihat rakannya yang teruk diperlakukan sebegitu oleh guru tersebut.

"Semalam saya ada marah student ni sebab tak reti menghafal sifir. Dia kata dah janji nak berusaha dan sekarang ni kamu tengok apa yang dia dah buat. Dia langsung tak siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam. Dahlah bodoh dalam pelajaran!! Dengan sikap malas dajal macamni bertambahlah bodoh!! Betul tak student yang lain?"

"Betul cikgu..." Murid yang lain membalas kata-kata cikgu tersebut. Chearl menahan air matanya apabila dihina oleh guru sebegitu.

"Dan kamu kena ingat ya. Kalau kamu semua masih berperangai macamni, jangan sampai cikgu sampaikan pada pengetua dan hapuskan kamu dari sekolah ni. Jadi kamu jangan nak main-main dengan cikgu kalau tahap kesabaran cikgu berada di tahap maksimum." Ujar Cikgu Haz yang sedang memberi amaran pada anak muridnya.

Chearl menjadi ketakutan setelah mendengar amaran tersebut. Dia tidak boleh berhenti dan harus bersekolah demi mengubah nasib keluarganya. Dia cuba untuk menjadi pelajar yang pandai tetapi mengapa begitu susah baginya?

"Jadi apa yang cikgu nak sekarang ni adalah student ini harus berdiri di luar kelas sehinggalah sesi kelas ini tamat." Ujar Cikgu Haz sambil merenung tajam ke arah Chearl.

"Apa yang kamu tinggu lagi? Cepat!!!" Tanpa membuang masa Chearl terus bergerak dan berdiri di luar kelas. Tiada satu pun murid yang lain bercakap mahupun ketawa kerana terlalu takut akan Cikgu Haz yang terlalu menakutkan itu.

Sepanjang berdiri di luar kelas, Chearl berasa malu kerana dipandang rendah oleh guru lain yang lalu lalang di hadapannya. Ada juga yang menggelengkan kepala. Itulah momen yang paling memalukan dalam sejarah hidup Chearl.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now