BAB 15

2.3K 107 6
                                    

"Cikgu, kenapa cikgu tutup muka saya dengan topeng hitam ni? Cikgu nak suruh saya mencuri ke?" Soal Chearl ke arah Haz yang sedang membawanya ke Villa besar secara senyap-senyap. Nak ajar anak murid mencuri ke?

"Kau senyap boleh tak? Aku bukannya nak ajak engkau mencuri pun. Aku cuma nak bawa engkau masuk senyap-senyap kat sini je. Aku tak tau pula yang ayah aku dengan kakak aku tiba-tiba muncul kat rumah ni. Diorang tak cakap pun nak datang sini?" Ujar Haz yang sedang meneliti kereta milik ayahnya dan kakaknya juga. Buat masa ni juga diorang nak datang?!

"Ni rumah cikgu ke?" Soal Chearl.

"Ya rumah aku. Macamana aku nak bawa kau masuk dalam ehhh kalau diorang ada kat dalam tu?" Soal Haz.

"Takpelah Cikgu, saya ok je tidur kat tepi semak ni." Ujar Chearl.

"Kau jangan nak terbawa-bawa perangai pengemis engkau boleh tak? Aku yang tengah serabut pasal engkau ni sekarang. Ha..ya!! Aku bawa kau kat jalan belakang sana. Sebab jalan tu hanya jalan rahsia supaya mudah aku menyelinap masuk dalam rumah aku tu nanti. Jom ikut aku." Haz segera menarik tangan anak muridnya lalu dibawa ke jalan belakang. Setelah menemui pintu, Haz membukanya dengan perlahan. Terdapat tangga yang sedang menuju ke atas.

"Kau naik atas sana. Dekat sana nanti kau akan jumpa pintu lepastu kau buka je dan masuk dalam tu cepat-cepat. Gerak sekarang!!" Tanpa melengahkan masa, Chearl terus sahaja menaiki tangga tersebut. Haz turut mengikuti langkahnya dari belakang. Setelah menjumpai pintu lagi satu, Chearl membukanya dan ternampak sebuah bilik besar. Haz segera mengheret Chearl memasuki dalam bilik tersebut dan mengunci pintu tersebut dengan rapat.

 Haz segera mengheret Chearl memasuki dalam bilik tersebut dan mengunci pintu tersebut dengan rapat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah, kau buka je topeng kau takde siapa pun yang ada kat sini." Ujar Haz. Chearl segera membuka topengnya. Dia terpegun melihat bilik tersebut serta dihiasi dengan barangan mewah. Ini kali pertama dia melihat perabot yang cantik itu.

"Ni bilik siapa?" Soal Chearl.

"Bilik aku, kau stay je dekat sini sampai ayah aku dengan kakak aku berambus dari sini. Nanti kau bolehlah turun bawah sana." Ujar Haz.

Haz segera membuka rak dan mencapai beberapa pakaian. Lalu pakaian tersebut dihulurkan kepada Chearl.

"Kau pakai je baju t shirt aku ni dengan boxer aku. Aku takde baju khas untuk perempuan dekat sini. Nanti aku belikan untuk engkau kalau aku ada masa nak keluar nanti." Ujar Haz. Chearl semakin malu apabila disuruh memakai pakaian milik cikgunya itu. Baju t shirt milik gurunya itu sangat besar dan mungkin akan melepasi bahagian lutut sahaja.

"Ba..baik cikgu.." Ujar Chearl dengan nada malu.

"Kau mandilah kat sana. Aku ada berus gigi extra kat dalam tandas tu nanti kau pakailah benda tu. Aku nak keluar balik dari pintu rahsia ni dan masuk pintu utama sana. Aku takut kalau ayah aku syak apa-apa sekiranya aku keluar dari pintu bilik aku ni. Nanti aku bawa kau makanan. Kalau kau takde tuala, kau pakai je tuala aku. Nanti aku boleh beli baru. Ingat jangan sesekali cuba nak keluar dari bilik ni sebab aku takut kantoi kena ayah aku nanti. Mulut dia bukannya boleh bincang pun. Kau mandilah sana dulu." Ujar Haz. Chearl mengangguk kepalanya perlahan dan masih sangsi dengan cikgu tersebut mengapa dia prihatin semacam. Haz adalah gurunya dan Haz jugalah penculiknya.

Aku ingatkan orang kena culik ni hidup dia menderita, rupa-rupanya hidup dalam keadaan mewah. Siap diberi tempat tinggal dengan makanan lagi. Yang kali kalau orang culik aku lagi, aku taknak larilah lepasni. Hi..hi..hi..

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now