BAB 11

1.9K 105 2
                                    

Chearl dan rakan sekelasnya sedang berada di perpustakaan. Sementara Chearl sedang menyiapkan kerja rumahnya iaitu sains yang telah diberi oleh guru. Mereka terpaksa berada di perpustakaan akibat guru sains mereka mempunyai hal yang penting.

Tiba-tiba sahaja Cikgu Haz melangkah masuk ke arah perpustakaan tersebut dan mengambil tempat duduk di sebelah Chearl. Kenapa banyak-banyak tempat sebelah dia juga yang nak dipilih? Murid yang sedang ralit bercakap tadi bertukar suram akibat takut dimarahi oleh guru tersebut. Haz mengeluarkan buku latihan murid dan diperiksa satu persatu. Chearl terkecut perut kerana takut apabila cikgu Haz berada di sebelahnya.

Kemudian Haz memandang wajah Chearl secara tiba-tiba. Terkejut Chearl dibuatnya.

"Se..selamat pagi cikgu.." Ehhh...kenapa aku teriba selamat pagi biasanya takda pun aku nak selamat pagi dengan cikgu lain. Tiberr pula.

"Kamu buat apa tu?" Soal Haz.

"Ohhh..saya tengah siapkan homework yang cikgu sains bagi lagipun dia tengah ada meeting sekarang. Sebab tu dia suruh kami duduk kat sini kat perpustakaan ni." Ujar Chearl.

"Kerja rumah sains nak pula kamu buat, kerja rumah saya dari haritu saya mintak tak dihantar-hantar." Ujar Haz dengan nada menyindir. Chearl mula tersentak.

"Ehh..cikgu maaflah sebab saya memang betul-betul lemah dalam matematik sebab tu ambil masa yang lama nak siapkan homework cikgu..he..he.." Ujar Chearl.

"Asyik complain benda yang sama je? Kalau tak faham, kamu tanyalah murid yang lain ataupun kalau saya ada masa boleh je kamu tanya saya. Saya bukannya makan orang pun." Ujar Haz.

"Ok cikgu .he..he.." Ujar Chearl.

"Semalam saya ada nampak kamu kutip botol dekat gerai makanan. Kamu nak buat apa dengan botol tu? Kamu ada projek sekolah ke?" Soal Haz ke arah anak muridnya itu. Chearl mula rasa risau setelah disoal sebegitu.

"Ya..ya..betul lah tu.." Nak taknak Chearl kena juga menipu kerana dia tidak mahu sesiapa yang mengetahui perihal hidupnya.

"Oh..macamtu rupanya.." Ujar Haz sambil menganggukkan kepalanya.

Chearl berasa serba salah kerana menipu gurunya itu. Maaf ibu..anakmu ini sudah pandai belajar menipu. Chearl janji takkan buat lagi.

****

Kini sudah tiba masanya hari guru diraikan. Ramai murid yang memakai pakaian bebas dan tidak terlalu menonjol. Banyak persembahan yang telah dibuat oleh beberapa kumpulan murid.

"Chearl..aku takutlah wei. Aku tak berapa nak ready lagi ni." Ujar Nelly yang masih berada di belakang pentas.

"Aku pun sama. Aku harap sangat hidup aku diberkati oleh tuhan. Aminnn " Ujar Chearl.

"Ehhh..kau ni kan Chearl. Apa kaitan doa kau dengan situasi kita sekarang ni? Kau sepatutnya berdoa agar ada budak kita yang pengsan last-last persembahan tak jadi..ha..ha.." Ujar Nelly yang merapu itu.

"Agak-agaklah nak doa macamtu, mana tau nanti budak yang kau harapkan pengsan tu adalah aku. Cikgu Hanna ni pun satu. Baju yang kita pakai ni pun dah entah apa-apa. Malulah kalau orang tengok ni wehhh. Aku rasa cam nak lari je dari sini." Ujar Flora iaitu salah satu dari rakan mereka. Mereka sangat malu apabila disuruh memakai pakaian teddy bear. Sudah pasti akan menjadi bahan lawak oleh murid yang lain.

"Ok..seterusnya dipersembahkan oleh persembahan seterusnya iaitu dari kumpulan Cikgu Hanna!! Dipersilakan!!" Jerit pengacara tersebut.

"Wohh!!!" Semua murid menjerit akibat tidak sabar untuk menunggu persembahan seterusnya.

"Wehhh!!! Lepas ni turn kitalah pula!!" Ujar Nelly dengan takut.

Akhirnya lagu gummy bear berkumandang di serata ruang dewan tersebut dengan kuat. Mereka keluar sebagai permulaan persembahan.

"Ha..ha..!!!!! Wohhhh.." Semua murid dan guru yang lain bersorak sambil menepukkan tangan mereka. Banyak-banyak persembahan, persembahan inilah yang paling lucu berbanding persembahan yang lain. Lagi-lagi mereka memakai costume kebudak-budakkan. Ni semua angkara idea mengarut Cikgu Hanna!!!

Haz yang melihat persembahan tersebut turut ketawa kerana terhibur dengan persembahan yang lucu itu. Banyak-banyak persembahan, persembahan inilah yang menarik perhatiannya. Mata Haz tidak lepas memandang ke arah Chearl yang sedang menari dengan gerakkan comel itu. Lagi-lagi costume tersebut menambahkan kecomelannya.

"Haish...kenapa banyak-banyak orang. Kau juga yang aku suka tengok, Chearl?" Ujar Haz sambil menggelengkan kepalanya.

Setelah persembahan itu tamat, Chearl, Nelly, Fiona segera meninggalkan pentas tersebut akibat terlalu malu. Akhirnya lepas juga dari persembahan yang mengarut ni!!! Chearl juga perasan akan tatapan wajah Haz yang sentiasa melekat ke arahnya. Lain macam je pandangan cikgu tu? Chearl takut sekiranya dia dikritik oleh cikgu tegas itu.

Habislah dia kali ni....

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now