BAB 24

1.6K 105 4
                                    

"Ehh kau dah jumpa ke perempuan tu?" Ujar Gerald ke arah anak buahnya itu.

"Belum tuan, kami dah geledah semua kawasan dan cuba korek sedikit maklumat dari mana-mana orang yang ada hubungan dengan perempuan. Tapi satu orang pun tak tau berkenaan dengan keberadaan mereka." Ujar anak buahnya itu.

"Kau ada maklumat pasal kedudukan rumah baru dia ke?" Soal Gerald.

"Kami ada mencari maklumat daripada mana-mana majikan pemilik rumah tapi satu pun tak kenal berkenaan wanita tersebut." Ujar anak buahnya.

"Aku nak kau cari dari mana-mana cawangan yang berdekatan dengan daerah tu. Sekarang ni kau kena sehabis baik soal mana-mana orang sampai dia dapat jumpa perempuan tu." Ujar Gerald dengan nada tegas.

"Baik tuan. Akan kami laksanakan segera." Anak buahnya menunduk tanda hormat dan meninggalkan kawasan tersebut untuk memulakan misi mereka segera.

"Ibu..ibu kat mana...Gerd rindu sangat dengan ibu.." Desis hati Gerald perlahan..

****

"Aaron Macron..."

Murid itu segera bergerak ke arah hadapan dan mengambil keputusan ujian peperiksaan matematiknya dari guru tersebut.

"67...banyakkan usaha lagi." Komen guru tersebut.

"Baik cikgu.." Murid itu hanya menunduk dan pulang semula ke arah mejanya setelah mendapatkan kertasnya.

"Nelly Atashia..."

Nelly dengan keadaan tergetar-getar bergerak ke hadapan dan bersedia untuk mengambil kertasnya. Nelly memandang ke arah Chearl dan Chearl membuat tanda good luck ke arah rakannya itu.

"79...hampir nak dapat Gred A. Usaha lagi.." Ujar guru tersebut. Nelly membuat wajah gembira dan teruja dengan markah yang diperolehnya. Dia segera pulang ke mejanya dengan nada ceria.

"Chearl!!! Aku dapat B doh!!!" Ujar Nelly.

"Congrat!!! Kau memang hebat sis!!!" Ujar Chearl sambil memuji rakannya yang sememangnya bijak dari dulu lagi.

"Henderson Steward..." Henderson segera bergerak ke hadapan untuk bersedia mengambil kertasnya. Guru tersebut mengerutkan dahi setelah bertentang mata dengannya.

"Ehh...kamu ni ada belajar ke tidak ha? Ke selama ni memang main-main waktu saya mengajar haritu? Apahal teruk sangat markah kamu ni? Ini membuktikan yang kamu langsung tak ambil serius dengan pembelajaran kamu!!!" Guru memberi kritikkan berdas-das ke arah anak muridnya itu.

"Ma..maafkan sa..saya cikgu..." Ujar murid itu dengan nada terketar-ketar. Guru tersebut memang pantang sekirannya terdapat murid yang memperoleh markah rendah.

"45!!!! Below 50!! Markah ni terlalu teruk tahu tak?!! Apa nak jadi dengan kamu ni?!!!" Ujar guru tersebut.

"Sa..saya janji akan berubah..." Ujar murid tersebut.

"Berubah...berubah...dari dulu lagi selalu je dapat markah teruk. Sini tangan kamu!!!" Guru tersebut mengangkat rotan dan bersedia untuk menghukum murid tersebut.

Pakkk...

Pukulan tersebut berjaya terkena pada telapak tangan murid tersebut. Murid tersebut menahan kesakitan pada telapak tangannya.

"Siapa dapat markah 50 saya akan beri hukuman sebab tak ambil serius dengan kata-kata saya haritu!!!" Ujar guru tersebut.

Chearl mula menelan perlahan air liurnya. Apahal garang sangat Cikgu Haz ni?

Setelah beberapa murid yang kebanyakannya menerima hukuman akibat memperoleh 50 ke bawah. Chearl mulai rasa risau kerana takut akan dirotan juga. Maklumlah dia murid paling lemah dalam kelas tersebut. Sudah semestinya rotan sudah sebati dalam kehidupan sehariannya.

"Chearl Lummy..."

Oh my god!!! Giliran aku pula!!!

Chearl mula menelan air liurnya dan mula bergerak perlahan ke arah guru tersebut. Nelly memberi semangat kepada Chearl dan berharap agar rakannya memperoleh markah lulus. Chearl mula bertentang mata dengan guru tersebut.

"Chearl..Chearl..apa nak jadi dengan kamu ni? Susah saya nak jangkakan masa depan kamu ni. Antara banyak-banyak markah, markah ini lah paling rendah dan paling saya benci lihat!!! 37 Chearl!!! Kenapa teruk sangat ni?!! Dulu kata kemain berjanji nak belajar last-last failed juga akhirnya. Kalau macamni jadinya baik kamu berhenti sajelah tak payah pergi sekolah lagi!!!!" Chearl hampir menitiskan air matanya akibat kritikkan padu dari guru tersebut.

"Kamu duduk kat luar!!! Jangan masuk kelas ni sehingga pengajaran saya tamat!!! Get out now!!!" Chearl dengan keadaan lemahnya terus sahaja berlalu keluar dari kelas tersebut. Ada antara rakannya simpati dengan nasib Chearl.

****

"Kau nak makan kat mana? Aku tak masak nanti..." Ujar Haz ke arah Chearl sambil memandu keretanya. Chearl hanya senyap sahaja tanpa membalas apa-apa dari gurunya itu.

"Ehh jawablah! Dah kenapa bisu ni?! Masih tak dapat move on pasal tadi ke? Aku malaslah nak komen apa-apa pasal tadi lagipun itu masa depan kau dan kau pandai-pandailah cari kerjaya kau sendiri. Tugas aku hanya memberi ilmu dan berjaya ke tak berjaya ke terpulanglah nasib kau." Ujar Haz.

"Sa..saya takde rasa lapar. Saya nak balik rumah." Ujar Chearl.

"Kau jangan nak mengada boleh tak kalau lapar nanti tak sah orang anggap aku ni macam mendera anak orang dan biarkan kelaparan macamtu je. Lepas ni aku bawa kau makan kat restoran dan pastikan makanan kau tu habis dimakan!" Ujar Haz dengan nada tegas.

Setelah tiba di restoran, mata Haz ternampak susuk tubuh dimana dia menganggap bahawa orang itu adalah sungguh curiga dan mungkin sedang menjalankan sesuatu misi. Dia terasa tidak sedap hati dan memulakan semula enjin keretanya.

"Kita makan kat rumah, tak payah makan kat luar..." Chearl terkejut dengan kata-kata gurunya itu. Tadi cakap lain sekarang cakap lain. Nanti kita pula yang tak pasal-pasal kena marah.












SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now