BAB 16

2.3K 112 4
                                    

"Haz, dekat mana kamu petang tadi ayah tak nampak pun?" Soal ayah Haz.

"Haz ada urusan meeting dengan sekolah lain. Katanya diorang nak buat program untuk 3 buah sekolah yang terpilih. Sebab tu sekolah kita pun terpilih juga. Nanti Haz maklumkan dekat guru yang kain." Ujar Haz panjang lebar.

"Oh baguslah jugak tu. Dapat juga bawa murid yang lain kat sekolah tu untuk menimba pengalaman yang baru." Ujar ayahnya.

"Haz nak tanya ada apa ayah dengan Hesly datang kat sini? Tak bagitau pun?" Soal Haz.

"Takda apa-apa. Saja je nak suprisekan engkau. Maklumlah kau jarang tanya khabar dekat aku." Ujar kakaknya dengan sarkastik.

"Takda masa lah aku nak bertanya khabar dekat kau." Ujar Haz dengan nada menyindir.

Hesly pelik melihat adiknya yang mengambil makanan di atas meja tersebut dengan banyak.

"Kemain banyak makanan tu, kau tak makan je tadi?" Soal kakaknya.

"Salah ke aku nak ambil banyak ke sikit ke, bukannya urusan kau pun." Ujar Haz.

Haz segera membawa makanan yang telah diisi di dalam pinggan tersebut ke tingkat atas.

"Tengok ayah, minta puji perangai dia pulak tu. Makan pun nak kat atas bilik. Apa gunanya ada dapur besar macamni. Baik runtuhkan saja." Ujar Hesly yang sedang menyindir adiknya itu.

"Suka hati dialah nak makan apa. Lagipun ni kan rumah dia. Bukannya rumah kita pun." Ujar ayahnya.

Haz yang enggan mendengar leteran dari kakaknya itu terus sahaja menuju ke atas. Ada seseorang yang menunggunya dari atas.

****

Haz membuka pintu biliknya dengan perlahan dan kelihatan Chearl sedang baring di atas sofa miliknya sambil bercangkung. Suara tangisan kecil juga turut kedengaran.

"Kau kenapa menangis sorang-sorang kat situ? Cuba makan benda ni dulu untuk isi perut kau tu. Entah apa yang kau makan kat tepi jalan pun aku tak tahu." Ujar Haz. Chearl segera duduk dan memandang ke arahnya. Kelihatan wajahnya sangat sembam.

"Saya rindu ibu saya..tsk..tsk..Ibu saya mati kat tengah jalan sana. Siapa yang nak kuburkan dia nanti." Ujar Chearl dengan teresak-esak.

"Kau tak payahlah risau. Aku dah suruh beberapa orang untuk cari ibu kau. Nanti diorang tanam mayat ibu kau kat kubur. Sorry sebab aku, ibu kau mati." Ujar Haz sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Chearl.

"Kenapa cikgu sanggup bersikap kejam dengan orang lain sampai sanggup jual organ mereka yang tidak bersalah. Cikgu tak kesian ke dengan mereka. Mereka pun rindukan keluarga mereka juga. Dulu kan cikgu pernah cakap kat sekolah haritu yang membunuh tu adalah salah di sisi undang-undang?" Haz tersentak mendengar kata-kata Chearl.

"Kau kena ingat. Aku dari dulu lagi dah memang seorang pembunuh. Lagipun tu adalah hobi aku dan aku suka dengan kerja aku. Kau tak boleh sesuka hati nak halang aku. Lagipun aku cuma berlakon baik je kat sekolah sana untuk sorokkan identiti aku kat sana." Ujar Haz.

"Tapi hobi cikgu tu adalah salah dan boleh meragutkan nyawa orang lain." Ujar Chearl. Haz meraup wajahnya dengan kasar.

"Ehhh!! Kau boleh diam tak?! Suka hati akulah nak buat apapun. Kau bernasib baik yang engkau tu masih selamat kat tangan aku. Kalau aku tak kenal engkau dah lama aku potong badan kau. Kau nak macamtu?!" Kata Haz dengan bengang yang semakin rimas dengan kata-kata snak muridnya itu.

"Taknak cikgu!!" Ujar Chearl sambil menggelengkan kepalanya akibat terlalu takut.

"Ha, tau takpe. Nah kau makanlah benda ni dulu. Aku nak baring sekejap kat katil sana sebab terlalu penat. Kalau kau dah habis makan kau letak je atas meja tu nanti pandai aku simpan balik." Ujar Haz lalu menuju ke arah katilnya.

Chearl melihat makanannya di atas meja tersebut. Hmmm...nampak sedap. Chearl segera mengambil pinggan tersebut dan makan dengan lahapnya.

****

"Kau nak tidur mana? Atas sofa ke atas atas katil. Kalau kau nak tidur atas katil dengan aku, kau ambil bantal kat sana." Ujar Haz dengan melulu. Wajah Chearl semakin merah. Merepek apa cikgu ni sampai nak suruh anak murid dia tidur dengan dia sekali. Ihhh...taknaklah aku. Tak biasa dohh!!!

"Ehhh..saya ok je tidur atas sofa tu cikgu. Lagipun saya lebih suka tidur sorang-sorang. Cikgu tidurlah kat atas katil sana dan saya tak sanggup pula nak ganggu cikgu." Ujar Chearl.

"Suka hati kaulah. Jangan nak merungut kalau badan kau sakit tidur kat sofa tu. Aku tahu mesti kau tak pernah tidur atas katil kan selama ni sebab tu aku bagi kau peluang tidur kat sini." Ujar Haz.

"Cikgu, esokkan sekolah. Macamana saya nak sekolah nanti kalau pakaian saya semuanya ada kat rumah lama sana." Ujar Chearl sambil menukar topik.

"Ye tak ya juga. Awal pagi esok aku belikan engkau baju sekolah. Yang pasal buku teks engkau tu nanti pandai aku uruskan kat sekolah esok. Esok awal pagi ayah aku ngan kakak aku dah balik. Jadi kau dah boleh pergi sekolah dengan aku esok." Ujar Haz.

"Habistu homework matematik cikgu macamana? Kalau cikgu marah saya esok macamana pula?" Ujar Chearl dengan nada kelat.

"Ha..ha..ha..Chearl..Chearl..tak perlu kisah sangat pasal homework engkau tu lagipun aku dah boleh pantau kau kat rumah ni. Pandailah aku ajar kau macamana nanti. Tu pun kau nak ambil serius juga ke?" Soal Haz.

"Mestilah cikgu, demi masa depan saya juga. Lagipun saya dah berjanji dengan arwah ibu saya untuk berjaya di suatu hari nanti." Ujar Chearl dengan sayu.

"Yelah..yelah..kau jangan risau sebab aku akan tolong kau juga nanti. Aku pun boleh bayarlah universiti mana kau nak sambung belajar nanti." Ujar Haz.

"Cikgu nak bayarkan untuk saya. Baiknya hati cikgu!! Terima kasih cikgu!!" Ujar Chearl dengan penuh ceria. Tersentuh juga hatinya apabila gurunya sanggup membantunya. Haz tersenyum dalam diam. Entah kenapa hati dia tergerak untuk membantu seorang perempuan di hadapannya. Ataupun dah tersuka dengan anak murid sendiri? Barangkalilah...

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now