BAB 25

1.5K 88 1
                                    

"Weh aku tak sedap hatilah sejak kebelakangan ni.." Ujar Haz dengan nada resah.

"Apa yang tak sedap hati sangat ni?" Ujar Hades dengan kehairanan.

"Kat mana-mana tempat mesti ada je orang yang mencurigakan kat beberapa tempat. Aku rasa aku dah terserempak dengan mereka banyak kali kot." Ujar Haz.

"Kau rasa diorang tu mata-mata polis ke. Mana tau mereka dah start nak buat siasatan. Maklumlah diorang dah terima banyak sangat kes kehilangan orang." Ujar Haz sambil menyandarkan kepalanya pada kerusinya.

"Polis ada ke cari kau?" Soal Haz.

"Ada. Beberapa hari yang lalu. Diorang cari mangsa hilang mana tau mangsa tu pernah ada rekod pesakit kat sini. Diorang syak kalau mana-mana penjahat tu cuba jual organ kat sini." Ujar Hades.

"Kau kantoi tak?  Sebab kau tu salah satu pembekal organ terbesar juga kat dunia ni." Soal Haz.

"Memang taklah aku nak semudah tu bagi diorang syak aku. Sape je yang tak kenal aku. Lagipun dari awal lagi aku dah buat plan macamana nak sabotaj siasatan diorang. Kau juga cakap yang kau selalu nampak diorang kat mana-mana saja, mungkin diorang dah detect kawasan ni active jenayah." Ujar Hades.

"Aku rasa macam nak tukar lokasi markas lah pula sebab takut diorang cari sampai jumpa tempat tu. Aku nak kena siasat juga anak buah aku mana tau ada salah seorang dari mereka bersetongkol dengan polis tu." Ujar Haz.

"Baik kau bertindak sekarang, sebab kita tak tahu siapa yang cuba berselindung dengan di sebalik topeng." Ujar Hades. Haz mengibas rambutnya ke belakang dan mencapai telefon pintarnya dari poketnya. Dia mula mendail nombor seseorang.

"Hello, Edwin..."

"Ya tuan, ada apa boleh saya bantu?"

"Suruh semua orang kat situ berkumpul dan jangan tinggal seorang sekalipun!" Ujar Haz dengan tegas.

"Baik tuan...

****

Haz yang sudah pulang dari tempat kerjanya terus melangkah masuk ke dalam rumahnya. Matanya tertumpu ke arah Chearl yang sedang lena ketiduran di atas sofa tersebut. Tangannya juga kelihatan sedang memegang buku latihan sekolah.

Haz menuju ke arahnya perlahan dan melabuhkan punggung di hujung kaki Chearl. Dia mula mengambil perlahan buku tersebut dari tangan milik Chearl. Dia mula melihat isi kandungannya dan memeriksanya satu persatu. Kelihatan Chearl sedang berusaha menyiapkan kerja rumahnya seorang diri tanpa bantuannya.

Haz hanya menggeleng sahaja melihat jawapan yang ditulisnya. Walaupun ada beberapa kesalahan, tetapi tidaklah terlalu teruk baginya. Masih boleh diperbaiki. Haz mula memandang wajah Chearl yang sedang lena ketiduran. Dia mengusap perlahan rambut milik Chearl. Dia tidak tahu mengapa semudah itu dia jatuh cinta pada anak muridnya sendiri. Sedangkan hati dia terlalu keras untuk jatuh cinta pada wanita lain.

Dia juga berusaha untuk menepis perasaan tersebut tapi gagal kerana semakin dia menepis semakin itulah dia menyayangi. Dia sengaja selalu menengking dan memarahi anak muridnya itu agar menghindarkan dirinya untuk jatuh cinta pada perempuan tersebut. Adakalanya dia merasa kasihan kerana selalu membuat anak muridnya itu menangis.

Chearl yang tersedar dirinya diusap oleh seseorang mula membuka matanya. Terkejut Haz dibuatnya dan cepat-cepat mengalihkan tangannya.

"Da...daddy?" Ujar Chearl dalam keadaan mamai.

"Daddy? Kau panggil aku apa tadi?" Soal Haz dengan hairan. Chearl membuntangkan matanya akibat tersilap cakap. Dia segera berdiri dalam posisi duduk.

"Ehhh?!! Cikgu maaf!!!! Chearl tak perasan yang cikgu ada kat sini..." Ujar Chearl sambil menahan malu.

"Kau mimipi apa tadi sampai kau tersasul cakap ni?" Soal Haz.

"Sebenarnya, Chearl mimpi pasal daddy Chearl. Chearl rindu sebenarnya dengan dady." Ujar Chearl dengan sayu.

"Daddy, selama ni aku tak pernah pun tahu pasal daddy kau. Eh daddy kau kat mana sekarang ni heh?" Ujar Haz yang seperti ingin tahu.

"Daddy yang halau Chearl dengan arwah Mummy keluar dari rumah. Sebab Daddy dah ada isteri baru dan isteri dia tak suka tengok kami berdua kat situ. Sebab tulah kami ambil keputusan untuk mengemis kat tepi jalan." Ujar Chearl dengan nada kecewa. Menyirap darah Haz setelah mendengar kekejamam ayahnya yang semudah itu sahaja menghalau mereka berdua.

Shit that man!!

"Dah tahu dia buat macamtu kat korang kenapa kau bodoh sangat nak rindukan orang tua tu ha?!! Dia tu tak tak layak digelar sebagai daddy kau. Dia tu adalah seorang bangsat dan pengecut!!" Ujar Haz dengan marah. Ikutkan hatinya mahu sahaja memotong daging orang tua itu secepat mungkin.

"Walaupun dia seorang yang kejam. Tapi dia tetap daddy Chearl. Chearl tak boleh membenci dengan ayah kandung sendiri." Ujar Chearl. Haz tersenyum sinis mendengar kata-kata Chearl.

"Kau ni bongoklah. Dia tu ayah kandung kau ke tak ke, dia tetap orang jahanam bagi kau. Sampai sanggup halau anak sendiri tu dikira ayah tercinta sangat ke?! Boleh tak buka mata tu luas-luas dan jangan polos sangat. Mana tak markah matematik pun teruk kalau hari-hari berfikiran macamni." Ujar Haz.

"Chearl...Chearl...taknak membenci siapapun sebab arwah ibu cakap tak baik simpan dendam dekat orang lain." Ujar Chearl dengan perlahan.

"Kalau aku jadi kau, aku akan belajar bersungguh-sungguh lepastu dapat kerja yang lumayan dan balas dendam dekat orang tua tu. Biar dia sedar sikit dengan apa dia dah buat selama ni." Ujar Haz dengan geram.

Chearl hanya mendengar sahaja kata-kata gurunya itu. Entah dia dapat tafsirkan atau tidak kerana dia seorang yang tidak pandai berdendam. Jadi dia tidak akan berdendam sampai bila-bila.



 



SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now