BAB 32

1.5K 96 3
                                    

Hampa....

Gadis yang berada di hadapannya tadi bukanlah adik perempuannya yang disangkakan. Dia telah membuat pemeriksaan DNA ke atas gadis tersebut dan sel tersebut didapati tidak serasi dengan sel miliknya. Dia juga sukar untuk mengecam wajah adik perempuannya kerana dia tidak pernah melihat wajah adik adiknya sejak adiknya dilahirkan.

Dia juga sudah membuat beberapa pemeriksaan ke sekeliling kawasan penempatan gelandangan tetapi gagal untuk menemui ibunya. Dia menuju ke arah kedai makan kerana kehausan disebabkan sepanjang hari menjalankan misi mencari ibunya.

Dia mengambil order daripada waiter untuk memesan air. Sewaktu waiter tersebut sedang mencatat pesanan daripada pelanggannya tersebut, dia ternampak gambar yang sedang dibelek oleh Gerald. Wanita tersebut amat familliar bagi pelanggan tersebut.

"Encik ada apa-apa kaitan dengan puan Aurora ke?" Soal pelanggan tersebut tanpa teragak-agak. Terkejut Gerald dibuatnya kerana pelayan lelaki tersebut dapat meneka nama ibunya.

"Kau kenal ibu aku?" Soal Gerald dengan perasaan gementar.

"Siapa yang tak kenal. Dia dulu pernah ambil kerja kat sini sekadar mencuci pinggan dan cawan. Boleh dikatakan dia ni rajin orangnya sebab selalu datang awal bekerja kat sini." Ujar pelayan lelaki tersebut. Gerald semakin tertanya-tanya kerana akhirnya dia berjaya menemui seseorang yang dapat membantunya menjejak ibunya kelak.

"Aku nak minta tolong dari kau. Aku akan bayar tinggi dekat kau kalau kau dapat tolong aku. Aku ada banyak sangat soalan yang nak ditanya dekat kau. Boleh kau ikut aku nanti?" Kata Gerald bersungguh-sungguh. Tersentak pelayan lelaki itu dibuatnya.

"Ta..tapi macamana dengan kerja saya encik?" Ujar pelayan lelaki itu teragak-agak.

"Yang tu aku boleh berurusan dengan bos kau nanti. Apa yang aku nak kau buat adalah ikut aku sekarang. Kau nak duit kan?" Ujar Gerald memancing lelaki tersebut.

Pelayan lelaki tersebut mahu tidak mahu menerimanya kerana dia sekarang sangat kesuntukkan wang lagi wang tersebut digunakan untuk membayar kos pembedahan ayahnya.

"Baiklah... saya akan ikut encik...

****

"Aku nak kau cerita dari A sampai Z dan jangan sesekali tinggalkan satu maklumat. Ingat tu?" Ujar Gerald ke arah lelaki itu yang sedang duduk di hadapannya.

"Baiklah. Puan Aurora bekerja dengan kami sejak 3 tahun yang lepas. Tetapi pada 5 bulan yang lepas dia dah mula menghilangkan diri kerana sejak dari itu dia tidak pernah datang ke kedai kami untuk mengambil job lagi. Kami berpendapat mungkin dia dah dapat pekerjaan yang lebih baik di tempat lain." Ujar lelaki itu.

"Dia tinggal kat mana?" Soal Gerald.

"Yang paling menyedihkan dia tidak mempunyai rumah sendiri dan hanya tinggal di tepi jalan serupa macam gelandangan yang lain. Kami tak kisah dia berstatus apa tapi kami sangat senang dengan layanan mesranya kerana dia seorang yang baik." Ujar lelaki itu. Betullah apa yang dikatakan anak buahnya kerana memang benar bahawa ibunya sekarang adalah seorang gelandangan.

"Dia ada keluarga yang lain tak?" Soal Gerald lagi dengan bersungguh-sungguh.

"Ada..dia ada anak perempuan dia tapi masih berstatus pelajar sekolah. Dia selalu bawa anak dia makan kat kedai kami dan nasib baik bos kami berhati mulia kerana selalu memberikan makanan percuma kepada anak puan Aurora." Ujar lelaki itu.

"Sapa nama anak perempuan dia?" Soal Gerald dengan penuh berdebar-debar.

"Chearl Lummy. Tulah nama anak perempuan dia." Ujar lelaki itu.

Gerald melepaskan perasaan lega kerana akhirnya dia berjaya mendapat maklumat mengenai adik perempuannya. Selepas ini tidak perlulah dia bersusah payah membuat ujian DNA terhadap mana-mana gadis lagi.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now