BAB 5

2.2K 106 0
                                    

Chearl dan ibunya sedang duduk di sisi jalan sambil melihat orang yang sedang lalu lalang. Kini mereka berada di bazaar untuk meminta wang sedekah. Chearl menyuakan setin kecil kepada orang yang lalu lalang tersebut untuk menerima derma daripada mereka. Ada pun ada juga yang menderma itupun terima wang syiling sebanyak 50 sahaja. Yang paling teruk pun ada salah satu daripada mereka menerima derma sebanyak 10 sen sahaja.

"Chearl dah dapat berapa?" Soal ibunya

"Chearl baru dapat dalam RM 7 lebih. Tak ramai sangatlah orang yang nak derma mak." Ujar Chearl.

"Takpalah cukuplah RM 7 tu bolehlah buat beli makanan nanti." Ujar ibunya.

"Tapi ibu macamana Chearl nak beli buku kerja sains yang harga RM 10. Lagipun esok cikgu cakap wajib bayar. Chearl mana ada duit simpanan lagi." Chearl mengeluh panjang. Ibunya melihat anaknya dengan penuh sayu.

"Takpalah. Malam nanti ibu minta sedekah dekat pasar malam. Mana tau dapat duit lebih. Nanti dapatlah Chearl bayar buku tu." Ujar ibunya.

"Takpelah ibu rehatlah kat rumah nanti Chearl tolong dapatkan duit malam ni." Ujar Chearl.

"Takperlulah. Ibu ok je carikan duit untuk Chearl. Chearl buat je kerja rumah yang cikgu bagi tu takut tak sempat. Ibu risau kalau pelajaran Chearl terganggu akibat bersusah payah untuk mencari duit." Ujar Ibunya.

"Ibu, kenapa kita tak minta je kerja macam cuci pinggan ke kat mana-mana restoran. Nanti bolehlah dapat duit dengan mudah. Tak perlu bersusah payah nak minta sedekah dengan orang." Cadang Chearl.

"Ibu dah mintak Chearl. Tapi masalahnya takda kerja kosong. Semuanya penuh. Ibu dah mintak kerja dari kedai lain tapi masih takda job kosong." Ujar ibunya.

"Habistu kerja cleaner macamana takkanlah takde yang kosong?" Ujar Chearl.

"Kalau nak minta kerja cleaner kenalah ada pengalaman, lagipun ibu mana ada pengalaman. Mestilah orang nak yang berpengalaman punya." Ujar ibunya.

"Takkanlah kerja cleaner pun nak ada yang berpengalaman juga? Budak 5 tahun pun dah reti jugak menyapu. Bukannya susah pun nak buat kerja macamtu." Ujar Chearl.

"Zaman dulu dengan zaman sekarang dah tak sama Chearl sebab semua orang yang nak bekerja mesti ada pengalaman ataupun sijil. Sebab tu nak cari kerja sekarang memang susah lagi-lagi dunia kita sekarang sedang mencapai di arus kemodenan." Ujar ibunya. Chearl hanya mengeluh panjang. Jadi sampai bilakah mereka mahu mengemis?

****

"Ada tak bawa jangka lukis yang cikgu suruh bawa hari tu?" Soal Haz pada anak muridnya. Semua murid menjawab ya kecuali Chearl yang masih duduk terdiam.

"Ok kalau macamtu cikgu nak buat sport check satu persatu untuk memastikan yang kamu ada bawa harini. Ingat pesanan cikgu hari tu, jangka lukis wajib bawa sebab kita dah masuk bab poligan." Ujar Haz lalu mengelilingi meja satu persatu. Lagi bertambah takutlah Chearl sudahlah dia langsung tidak mempunyai jangka lukis tersebut. Habislah aku kena marah dengan cikgu lepasni!!

Haz meneliti jangka lukis yang sudah disediakan di atas meja mereka. Tetapi ada seorang murid yang ditangkap kosong di atas mejanya.

"Harry, mana jangka lukis kamu cikgu tak nampak pun?" Ujar Haz dengan nada tegang. Harry seperti gelisah dengan pertanyaan guru tersebut.

"Sa..saya lupa bawa cikgu." Ujar Harry dengan nada takut.

"Kan saya dah cakap haritu!!! Jangka lukis wajib bawa kenapa masih ada murid yang tak dengar arahan saya ha!!!" Marah Haz lalu menghentak meja murid tersebut menggunakan tangannya. Terkejut beruk murid lain yang dibuatnya. Habislah cikgu ni marah lagi!!

"Sa..saya minta maaf cikgu. Sa..saya betul-betul lupa." Ujar Harry.

"Lupa..lupa..itu je alasan kamu kan asyik-asyik nak lupa saja. Kalau kamu semua rasa kelas saya ni tak menarik baik kamu semua keluar sajalah dari kelas ni!!!" Ujar Haz lalu menunjal dahi murid tersebut. Sakit tu wehh!!Fuhh...seram gila cikgu ni bila dah marah.

"Kamu semua dengar sini. Kalau saya tangkap ada murid yang tak bawa jangka lukis lagi hari ni siap kamu!!" Tambah Cikgu Haz lagi. Chearl pula dari tadi menggeletar seolah-olah rohnya mahu tercabut dari tubuhnya. Takut ya amat!!!

Setelah giliran di meja milik Chearl pula, Haz mula berhenti dan merenungnya dengan tajam.

"Mana jangka lukis kamu Chearl!!! Takkanlah kamu pun lupa bawa juga?!!" Tengking Haz ke arah Chearl.

"Sa...saya takda jang...jangka lukis tu cikgu." Ujar Chearl dengan keadaan badannya menggeletar dengan teruk.

"Haishh...ada lagi budak yang tak bawa ni!!!! Cikgu bosan tau tak asyik-asyik nak menasihat kamu, Chearl. Asyik muka yang sama je. Banyak-banyak murid hanya kamu sahaja yang suka cari pasal dengan cikgu!!! Kamu keluar!!! Keluar sekarang!!!" Jerit Haz. Chearl menangis dengan teruk di tempat duduknya.

"Ehh..aku tak suruh kau nangis kan. Aku suruh kau keluar!! Tak payalah nak buat drama nangis dekat sini semua orang dah muak tau tak!!!" Jerit Haz lagi. Tanpa membuang masa Chearl terus melangkah keluar dari kelas dengan perlahan. Bukan sengaja dia tidak mahu membawa jangka lukis tersebut tetapi dia langsung tidak mempunyai wang untuk membeli jangka lukis. Sudahlah banyak buku kerja sekolah yang harus dibayar olehnya itupun tak terbayar.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now