BAB 17

2.2K 111 2
                                    

"Chearl, bangun pergi sekolah lagi. Kakak dengan ayah aku dah balik tadi. Nanti kau mandi, lepastu kau pakai baju yang aku dah belikan untuk kau tadi. Beg sekolah dengan alat tulis sekali pun aku dah sediakan. Kau bersiap dulu lepastu turun makan kat dapur." Ujar Haz sambil mengejut anak muridnya. Chearl membuka matanya perlahan dan menguap sepuasnya. Selelas itu dia bertindak seperti yang diarahkan oleh gurunya.

Setelah beberapa minit bersiap, Chearl turun ke bawah dan melihat segala kemewahan yang ada. Dia baru sedar bahawa dia sekarang berada di tingkat tiga. Kaya betul Cikgu Haz ni.

Kemudian dia tertarik melihat barangan hiasan yang diperbuat daripada permata. Cantik sungguh!! Kemudian dia juga turut melihat beberapa gambar lukisan yang mahal dari luar negara.

"Kau tengok apa lagi? Turun dan makan lagi. Ni lauk yang bibik aku dah siapkan untuk kau tadi." Ujar Haz. Chearl tersengih lalu menuju ke arah meja makan yang besar itu. Biskut serta macaroni turut ada di situ. Bukan itu sahaja, aiskrim pelbagai perisa juga turut ada di sana. Belum sempat Chearl mencapai makanan tersebut, Haz pantas menepis tangannya.

"Jangan nak makan benda macamtu waktu pagi ni. Kau kena makan roti dan minum susu kat atas meja ni untuk alas perut engkau. Aku takut kalau kau mengatuk awal nanti." Ujar Haz yang sedang memberi amaran kepadanya.
Baru je nak makan benda tu last-last cikgu tak bagi!! Jahatlah cikgu ni!! Simpan jelah air liur kau tu...

"Waktu rehat kat sekolah nanti, kau pergi kat kereta aku. Aku bawa kau makan kat gerai makan luar sana." Ujar Haz sambil menikmati roti kejunya.

"Ehhh? Kantin kan ada? Kenapa nak makan jauh-jauh pula?" Soal Chearl dengan aneh. Tiberr nak ajak orang makan kat luar.

"Sebab aku tak yakin sangat dengan tahap kebersihan kat kantin sana. Maklumlah mereka tu hanya makan gaji saja. Kalau nak masak pun bukannya ada pakai sarung tangan pun. Kalau ada keracunan makanan kan susah. Sebab tu aku jarang makan kat kantin." Ujar Haz.

"Ohhh..macamtu rupanya..." Ujar Chearl sambil menganggukkan kepalanya.


****


"Ok. Kalini cikgu nak kamu cuba buat dekat muka surat 87. Make sure kami kena kira hasil tambah sudut dalam menggunakan formula yang cikgu dah ajar kamu tadi. Kalau nak kira hasil tambah sudut luar pula kamu kena tolakkan 360° dengan sudut dalaman tadi lepastu darab dengan bilangan sudut. Anda semua sudah faham?" Haz mahu memastikan bahawa anak muridnya memahami konsep yang diajarinya tadi.

"Faham cikgu." Ujar anak muridnya.

"Chearl. Faham tak apa yang cikgu terangkan tadi? Kalau tak faham, jangan malu dan kamu boleh je tanya semula dekat saya." Haz mengacukan kata-kata ke arah Chearl. Dan Chearl seolah-olah kelam kabut.

"Faham sikit je cikgu." Ujar Chearl dengan perlahan.

"Faham sikit? Cikgu taknak kamu faham sikit. Cikgu nak kamu faham banyak. Kamu ada fokus dengan cikgu tadi?" Soal Haz ke arah Chearl.

"Ada cikgu. Tapi saya akan cuba jawab latihan ni. Kalau saya tak faham soalan tu, saya tanya cikgulah nanti." Ujar Chearl.

"Hmm..bagus. Macamnilah yang cikgu nak takdelah kamu duduk diam je tak buat apa-apa dekat sana." Ujar Haz.

Tiba-tiba kedengaran pintu mereka diketuk dan ada seorang pengawas lelaki yang sedang berdiri di situ.

"Maafkan saya Cikgu Haz, boleh saya panggil seseorang?" Ujar pengawas lelaki tersebut. Haz menganggukkan kepalanya.

"Dipersilakan.." Ujar Cikgu Haz.

"Saya nak panggil Chearl Lummy. Dia ada dekat sini ke?" Soal pengawas tersebut.

"Oh ada. Tu dia " Ujar salah satu murid tersebut. Haz juga tertanya-tanya mengapa Chearl dipanggil oleh pengawas tersebut. Matanya merenung ke arah Chearl yang sedang menuju ke arah pengawas lelaki tersebut. Apa yang lelaki ni nak?

"Kamu Chearl ya? Ini adalah sijil penghargaan waktu kamu join pertandingan haritu. Lagipun Cikgu Hanna kata dia lupa bagi dekat kamu." Ujar pengawas lelaki tersebut sambil menyerahkan sijil tersebut kepada Chearl.

"Oh terima kasih." Ujar Chearl lalu mengambil sijil tersebut.

"Sijil apa tu? Nak tau juga." Ujar Cikgu Haz yang muncul entah dari mana sambil dirinya berpeluk tubuh di hadapan pengawas lelaki tersebut. Terkecut perut pengawas lelaki itu dibuatnya.

"Oh...takdalah cikgu. Lagipun Cikgu Hanna yang suruh saya berikan sijil ini kepada Chearl sebab dia lupa bagi haritu." Ujar pengawas tersebut.

Chearl merenung ke arah wajah tampan milik pengawas lelaki itu. Hensem siottt!!! Gugur iman aku!! Chearl tersenyum tersipu malu. Haz yang menyedari riak wajah Chearl tersebut terus sahaja mengerakkan rahangnya dengan cepat.

"Dah..dah..kau pergi balik sana tak payah nak menyibuk kat kelas ni. Chearl, aku nak kau masuk dalam sana dan siapkan latihan kau tu. Aku nak kau hantar latihan tu dengan segera. Cepat!!" Pengawas lelaki tersebut menelan air liur dengan kelat manakala Chearl segera duduk di mejanya semula akibat terlalu takut dengan cikgu tersebut.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now