BAB 18

2.2K 114 0
                                    

Haz melihat Chearl dari arah luar tingkap kelas. Kelihatan Chearl sedang diajar oleh guru biologi iaitu Cikgu James di mejanya. Terbit rasa cemburu terhadap dirinya apabila melihat James berdiri berdekatan dengan Chearl yang sangat rapat. Tangannya juga leka menyelak buku latihan milik Chearl.

Ramai pelajar yang sedar akan kehadiran Cikgu Haz yang sedang merenung dengan wajah ketat ke arah Cikgu James. Dia tidak boleh menahan lagi setelah melihat Cikgu James yang sedang meletakkan tangannya di atas bahu milik Chearl.

"Ya betul tu Chearl. Baguslah kalau kamu dah faham sepenuhnya." Ujar Cikgu James sambil memuji anak muridnya itu.

"Apa yang betul Cikgu?" Soal Haz yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam kelas mereka. Terkejut Chearl dibuatnya. Bila masa cikgu ni ada dekat sini?

"Ehhh...bro? Bila kau datang sini? Tak perasan pun." Ujar James dengan hairan.

"Aku tengok kemain rapat lagi kau ajar dia. Kau tengah ajar dia ke ataupun nak ambil kesempatan untuk cabul dia?" Ujar Haz sambil menahan amarahnya.

"Sabarlah Haz. Boleh tak jangan fikir sampai ke situ lagi. Aku pegang bahu dia pun tanda untuk puji dia yang dah buktikan bahawa dia faham dengan apa yang aku ajar. Selama ni dia mana pernah faham apa yang aku ajar sebelum ni." Ujar James.

"Kalau ya kot tak payalah terhegeh-hegeh nak pegang bahu dia. Kau sebagai guru hanya perlu jalankan tanggungjawab sebagai pendidik je. Tak perlu nak buat lebih daripada tu." James semakin aneh dengan sikap cikgu tersebut. Apa yang nak dimarahkan sangat kalau setakat pegang sikit je.

"Kau ni dah kenapa Haz? Dahlah tiba-tiba masuk dalam kelas aku. Lepastu nak marah-marahkan aku pula pasal benda leceh macamni. Apa yang kau nak marahkan sangat pasal aku dengan Chearl ni? Aku peliklah dengan kau ni. Kat kelas lain takde pula kau macamni. Kau suka budak ni ke sebabtu kau cemburu dengan aku kan?" Soal James. Haz meraup wajahnya dengan kasar.

"Mengaku jelah kau suka budak ni takpayah nak buat muka 20 sen sangat." Ujar James lagi.

"Takdalah. Boleh pula kau nak fitnah aku. Aku sebagai guru yang mementingkan imej sekolah seharusnya aku kena jaga maruah sekolah. Aku taknak disebabkan perbuatan keji macam kau buat nanti dah mencemarkan nama baik sekolah kita." James semakin mengerutkan dahinya. Lawak apa kau ni bro?

"Masalahnya Haz. Aku sebagai guru pun ada hak juga nak puji anak murid aku macamni. Aku cuma setakat tepuk bahu dia dua kali je. Lepastu dah. Itupun bahu bukannya bahagian sensitif lain pun. Kau ni boleh tak berfikir dengan lebih matang lagi? Nama je guru." Sindir guru tersebut.

Murid yang lain pula hanya mendengar kosong sahaja apa yang dibicarakan oleh kedua-dua guru tersebut. Umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Langsung tak faham apa-apa.

"Sudah habis ke Cikgu Haz? Kalau dah habis dipersilakan keluar kerana saya ada masa yang lebih banyak untuk meneruskan pengajaran saya di sini." Ujar James.

"Malaslah aku nak keluar. Aku nak duduk je kat sini. Lagipun masa aku free dan aku tak mengajar lagi lepasni. Kau ajarlah mereka sambil aku perhatikan mereka. Anggap aku ni pembantu engkau." Ujar Haz lalu duduk di atas kerusi kosong tersebut. James hanya menggelengkan kepalanya. Dah kena sampuk ke apa cikgu ni?

"Suka hati kaulah. Aku pun dah tak tau nak fikir macamana lagi. Banyak-banyak cikgu yang aku jumpa, hanya kau je yang berperangai pelik sikit. Murid yang lain sekalian. Sila jangan tiru sikap dia kerana boleh menjahanamkan masa depan anda." Murid yang lain turut terketawa setelah mendengar seloroh Cikgu James itu. Haz hanya berpura-pura dengar sahaja. Tapi matanya tetap fokus ke arah Chearl yang sedang mentertawakan ke arahnya.

****

Sewaktu di rumah,

"Cikgu, yang soalan ni macamana?" Soal Chearl ke arah Haz yang sedang sibuk membuat panggilan seseorang.

"Kejap. Aku tengah sibuk call orang nanti aku ajar benda tu." Ujar Haz lalu menyambung panggilannya yang tergendala tadi.

"Lepastu aku nak kau hantar kotak tu dekat laut bahagian timur sana. Jalan tu dah clear dan aku dah ubah GPS satelit sana untuk gagalkan pengaksesan lokasi kita oleh pihak polis yang lain. Make sure kapal selam tu cukup bom untuk serang mana-mana pihak yang cuba sabotaj kerja kita." Kata Haz dalam panggilan tersebut. Chearl tidak faham apa yang diujarkan oleh gurunya itu.

"Nanti aku bagi cecair hitam yang boleh sembunyikan keberadaan kapal selam kita. Dekat sana nanti susah orang nak jejak kawasan kita. Esok aku bagi kau cecair hitam tu dan make sure kau guna benda tu sepenuh masa." Ujar Haz lagi. Chearl menggaru kepalanya kerana masih tidak berjaya menjawab latihannya itu.

"Cikgu...saya tak faham. Cikgu ajarlah saya ni." Ujar Chearl sambil menggerakkan lengan cikgunya itu. Haz memandang wajah Chearl dengan wajah bengis. Had kesabarannya sudah tidak dapat ditahan lagi.

"Hisshh!!! Tak habis-habis nak minta aku ajar benda ini!! Cuba jawab sendiri tak payah nak menyusahkan orang lain nak ajar budak bodoh macam engkau ni!!! Tu lah siapa suruh bengap sangat. Kan dah menyusahkan orang lain!!!" Tengking Haz ke arah Chearl dengan penuh amarahnya. Chearl menitiskan air matanya perlahan setelah dihina sebegitu. Dia mencapai alat tulis dan bukunya lalu berlari ke tingkat atas kerana merajuk dengan guru tersebut.

Haz meraup wajahnya dengan kasar kerana menyesal tindakannya yang melulu memarahi perempuan tersebut.

"Kau ni pun satu dua kali lima bodoh juga!!! Aku malas nak ulang benda ni banyak kali, kalau korang tak dapat siapkan kerja ni esok, Mampus aku kerjakan korang esok!!!" Haz memarahi ke arah pemanggil tersebut lalu mencampak telefonnya ke arah lantai akibat terlalu stress.

SIR OF DEVILWhere stories live. Discover now