BAB 19 - UNIVERSITY

84 18 30
                                    

USIA Arash sudah menginjak 18 tahun. Waktu sudah tiba iaitu keputusan permohonan universitinya.

Arash dan Zafran akhirnya dapat belajar di kampus yang sama. Mereka gembira mendapat keputusan yang tidak disangka. Mereka segera berkemas untuk masuk ke program kemasukan pelajar baharu di universiti pada minggu hadapan.

Mereka mendapat tempat di Universiti yang terbaik di Malaysia. Minggu hadapan mereka akan masuk ke universiti tersebut untuk mendaftar sebagai pelajar baharu. Arash juga bersyukur kerana dia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Zafran tidak mendapat biasiswa seperti Arash tetapi itu tidak menjadi masalah bagi nya. Masalahnya, mereka tidak sama course dan akan berpecah.

"Kau ok ke Ash kita tak sama course?"

"Aku ok."

"Aku risau kalau apa-apa jadi kat kau."

"Kau ni.. aku pun nak meningkat dewasa dah.." bebel Arash. Terlalu prihatin kawannya ini.

Zafran hanya tersenyum melihat Arash yang membebel seperti mak cik-mak cik.

"Tapi aku hairan, kenapa makin lama kau makin handsome? Kau dah macam kakak kau.. Ni mesti ramai peminat nanti, habis lah," ujar Zafran tidak habis-habis mengatakan wajah Arash yang terlalu sempurna seperti Ariana. Mungkin dia rindu Ariana juga.

Arash tidak melayan Zafran, dia terus mengemas untuk kemasukan tidak lama lagi.

"Ash." Zafran menegur Arash.

"Hm?"

"Kau warnakan rambut kau ke?"

Arash mengerutkan dahi lalu menyentuh rambutnya .

"Kenapa? Ada apa rambut aku?"

"Erm.. tak pe lah."

Zafran terus masuk ke biliknya.

Arash bergegas langkah ke cermin yang tergantung di dinding luar bilik nya. Dia melihat sedikit rambutnya sudah berwarna dark brown. Dia merenung lama dirinya. Kemudian, Arash terus sambung mengemas barang-barang nya.

Arash menggunakan duit dari akaun kakaknya bagi menampung perbelanjaan untuk makan minum nya. Dia berasa mungkin kakaknya menyimpan untuk dia sambung belajar akan datang. Dia percaya segala susah payah kakaknya yang menjaganya.

--------------------------------------------------------
Seminggu kemudian..

KEMASUKAN pelajar sudah tiba. Zafran dan Arash tidak dapat bilik asrama yang sama. Tetapi Arash tidak kesah kerana dia teruja untuk belajar berdikari sendiri. Bilik asrama tersebut luas dan ia berupa seperti rumah.

Di rumah asrama tersebut mempunyai 4 bilik. Dia duduk bilik hujung sekali paling gelap dan selesa baginya. Teman asramanya mungkin masuk lewat.

Seorang pemuda keluar dari biliknya selepas mendengar seseorang yang masuk di rumah asrama ini. Dia melihat seorang remaja yang sedang membawa masuk barang-barangnya. Dia memulakan perbualan pada remaja itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam." Arash yang sedang mengemas menjawab salam dan melihat susuk tubuh pemuda itu. Kulit nya yang sawo matang, tinggi, badan tegap dan rambut berwarna hitam.

Dia senyum ke Arash.

"Saya Isaac." Katanya senyum.

"Arash." Jawab Arash membalas senyuman pemuda itu.

"Selamat berkenalan, Arash."

"Selamat berkenalan."

Pemuda tersebut terus beredar dan masuk ke biliknya, tiba-tiba dia keluar semula.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now