Ok lah author explain Naga muncul tanpa korang sedar.. korang ingat mesti Zach lah, V lah, lagi-lagi Chelsea No! Not them!
FLASHBACK KEMUNCULAN NAGA INDERA
1) He save Ariana. [BAB 7 - THE
TRUTH ]Why? Because Ariana jaga dan sayang dia baik. Tu yg Naga protect Ariana masa tu. Tak ingat? baca semula ya 🙈.
2) DI HOSPITAL. [ BAB 24 -STRANGE ]
Ingat lagi tak. Masa Arash masuk hospital? Zafran rasa curiga je perubahan Arash. Pastu luka tu sembuh cepat pulak tu. Jap kita flash back semula....
FLASHBACK
"Doktor cakap aku boleh balik dah." Kata Arash.
"Cepat nya. Luka kau dah sembuh ke?"
"Dia kata luka aku cepat sembuh. Ni pun tinggal luka kecil je. Pastu dia kata ini first time dia tengok luka aku cepat baik selain pesakit dia yang lain."
Zafran melihat Arash apabila mendengar hal itu. Dia berasa hairan juga sebenarnya. Zafran perasan kelainan cara Arash dari semalam lagi. Tetapi, dia mengabaikannya sahaja. Dia menganggap mungkin itu hanya fikirannya sahaja.
END FLASHBACK
Yup, yg bercakap dengan Zafran itu adalah Naga. Tapi, takkan nak mengaku kan? Dah tiba dia muncul jadi dia berlakon lah jadi Arash. Dia tak nak sesiapa tahu dia itu wujud. Belum masanya.
3) DI KELAS PULA. [ BAB 25 - NAGA ]
Kan rieyu dan Satoru ikut Arash masa Arash nak masuk kelas. Arash takut lah kan. Lepas habis kelas pula Zafran ajak makan. Zafran tengok Arash pelik lah perilaku Arash tu. Ye lah Zafran kan lebih kenal Arash mcm mana. Kita flashback please.. sampai dia jumpa Rieyu and Satoru. Panjang cikit..
FLASHBACK
Saat berjalan, Zafran hairan dari tadi Arash mendiamkan diri. Dia sedar juga riak Arash yang sedang cemas.
"Ash kenapa? Kau macam cemas je."
"Ha? Ye ke? Tak de lah." Ketawa Arash kecil.
Zafran pelik dengan sikap Arash.
'Ni Arash ke?' Tanya Zafran dalam hati. Dia cuba menggunakan taktiknya untuk mengetahui siapa di sebalik Arash ini. Tidak mungkin Zach atau.. Chelsea? No way! V? Rasa macam tak.
"Ash.."
Arash menoleh.
"Erm.. apa panggilan nama kau yang orang tak tahu?" Soal Zafran berteka-teki jika benar itu adalah Arash.
Arash tiba-tiba menoleh ke belakang sedar seakan diikuti oleh seseorang. Tidak melayan soalan Zafran.
"Ash.. Kau dengar tak?"
"Ha? A-apa tadi?"
"Aku tanya nama panggilan kau."
"Ash lah." Spontan dia menjawab.
Langkah Zafran terhenti. Itu bukan nama panggilan Arash. Panggilan di mana hanya dia, Mia dan Arash sendiri tahu. Nama unik Arash.
"Kau.. Arash ke?" Tanya Zafran.
Kedua kaki Arash berhenti. Riak wajah Arash berubah memandang Zafran yang tidak kenal dirinya.
"Kenapa kau tanya macam tu? Ini aku lah. Tak kenal aku dah ke?"
"Tak.. bu-bukan. Aku rasa kau macam orang lain." Gagap Zafran. Kenapa dia nak marah? Dia selalu cakap tenang dengan aku.
Arash diam memandang Zafran.
"Tak pe lah. Aku balik dulu." Kata Arash.
"Eh Ash.. Ash tunggu. Bukan macam tu maksud aku--" tidak sempat Zafran habis kan ayatnya , tiba-tiba langkah Arash berhenti. Zafran pula terlanggar belakang kawannya.
"Adoi Ash! Asal kau berhenti mengejut."
Arash tidak menjawab.
Zafran hairan. Dia memandang Arash yang berdiri kaku sedang memandang di hadapan. Lantas, dia pun memandang hadapan kawannya.
Kelihatan dua orang lelaki bermata separuh sepet sedang senyum pada mereka. Pelajar barukah?
"Hai, Arash." Salah seorang menegur.
Suasana senyap sebentar. Hanya bunyi pelajar bising riuh dengan suara mereka.
Krik.. krik..
Arash diam memandang mereka berdua.
Zafran yang melihat mereka dari tadi bertembung mata lama, terus dia memulakan perbualan.
"Err.. awak ni siapa?"
Seorang yang menegur dulu tadi melihat ke arah Zafran sebelah Arash.
"You.. Zafran right?"
Zafran terkejut tiba-tiba nama nya boleh tahu oleh lelaki asing itu. Dia pernah bertegur ke sebelum ini? Kat mana?
"Who--" Tidak sempat Zafran menghabiskan ayatnya, Arash sudah pun menarik tangan Zafran pergi dari situ.
"Eh Ash nape Ash?"
"Nanimo Nai (Nothing)," jawab Arash geram.
END FLASHBACK
Huhu.. author tukar language dia last tu. So, tahu kan siapa author nak bagitau? Yup! Zafran bercakap dengan Naga Indera. 😂 Korang ingat org lain ke tu? 😂
Ok done. So, di sini I want to said he is PERSECUTOR Arash selama ini.
BAB 15 | PERSECUTOR
Siapa tak baca bab 15 ni baca semula kalau tak tahu. Malas nk explain sini huhu 😂.
BAB 23 | A MONSTER & ARASH'S
FEAR.Tak tahu cerita atas tu? Haha baca semula. Kemunculan Naga ada dalam tu.
About he said marah dan benci pd "seseorang." Itu akan diexplain next chapter hehe 😂. Thanks sudi baca explaination author ni... 🥰
Ok author cau lu.. Bye! 😆
YOU ARE READING
ARASH S1 [ C ]
Fantasy1st series of Imagination. Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Khairul Arash Indera yang menghidap penyakit 'Dissociative Identity Disorder' atau dipanggil kecelaruan identiti. Hidup bersama kakaknya yang bernama Farah Ariana Nirmala. Seorang...