BAB 20 - ORIENTATION

67 17 48
                                    

HARI orientasi telah tiba, semua pelajar berkumpul di satu dewan besar. Mereka mengadakan pelbagai aktiviti untuk semua berkenalan. Aktiviti itu dibahagikan satu kumpulan. Zafran ada juga di situ tidak jauh dari Arash. Dia lihat ada pelajar-pelajar perempuan memandang Arash sambil berbisik-bisik.

'Aku dah agak dah,' kata Zafran dalam hati melihat pelajar-pelajar perempuan yang sedang tersenyum pada kawannya di sana.

Arash sudah terbiasa dari sekolah lagi. Dia tidak mengendah pandangan pelajar-pelajar tersebut. Di sekolah sememangnya ada, tetapi disebabkan geng-geng Farhan cuba menyebar fitnah, semuanya tidak mahu dekat dengan Arash kecuali Zafran yang tetap setia dengan Arash. Zafran lebih kenal Arash dari yang lain. Kalau tiada Zafran mungkin Arash akan berpindah lagi.

Seusai orientasi, Arash terus balik ke asrama perumahan. Dia berasa letih. Badannya benar-benar letih setelah seharian melakukan aktiviti sehingga ke petang.

Isaac dari tadi berjalan di belakang Arash. Dia hanya memerhatikan Arash sehingga ke asrama.

Arash tidak sedar akan kelibat Isaac di belakangnya. Dia terus masuk rumah dan berjalan ke bilik tidur.

Isaac pula terus pergi ke dapur untuk memasak apa yang patut. Hariz dan Raziq hanya makan di luar. Jadi, Isaac masak sedikit sahaja untuk dirinya dan Arash.

Setelah selesai memasak, Isaac melihat jam sudah pukul 6.30 petang. Dia memandang pintu bilik Arash yang masih terkatup rapat. Isaac melangkah ke arah bilik Arash untuk memanggilnya makan. Dia mengetuk pintu Arash beberapa kali tetapi tidak dibalas lalu dia memulas tombol pintu tersebut yang tidak berkunci. Dia melihat Arash yang sedang tidur di atas katil. Pandangan Isaac beralih ke dinding yang dipenuhi pelbagai lukisan corak-corak yang berbeza.

'Pandai melukis dia ni..' kata hati Isaac seraya tersenyum.

Arash terjaga dan terkejut seseorang berada di dalam biliknya.

"Kau buat apa ni?" Dingin Arash.

Isaac yang terkesima dengan lukisan tadi langsung kaget. Dia memandang Arash sedang bangun dari katil.

"Ouh tak ni.. abang ada masak, abang nak panggil Ash makan, tapi Ash tak jawab tu yang abang masuk."

"Macam mana boleh masuk?" Dingin Arash.

Isaac hairan dengan pertanyaan Arash.

"Pintu tak berkunci. Abang masuk lah."

'Ash..' geram Zach dalam hati. Ini kerana Arash lupa mengunci pintu.

"Cantik lukisan kat dinding ni, Ash lukis ke? Kemas pula tu."

Zach memandang lama lukisan di dinding

"Ya."

Zach menarik tangan Isaac keluar dari biliknya. Dia tarik perlahan ya 😅

"Abang boleh tak lain kali beri saya privacy. Saya tak suka orang ganggu saya. Kalau saya tertidur ke apa, abang panggil je saya dari luar bilik." Kata Zach menyamar sebagai Arash.

"Kalau tak sedar macam mana?" Soal  Isaac.

Zach terdiam. Dia memandang lelaki itu lama seraya mengerutkan dahi.

"Maksud abang?"

"Ye lah, maksud abang, abang takut terjadi apa-apa kat adik-adik abang semua, jadi abang nak pastikan semua okay. Abang kan ketua kat sini. Ash lupa eh?"

"Ouh." Lega Zach mendengarnya. Disangkakan Zach, lelaki itu tahu sesuatu tentang dirinya. Arash tidak beritahu pula lelaki ini ketua di sini.

"Abang call je Zafran. Dia kawan saya satu sekolah dulu. Ni nombor phone dia. Dia lagi kenal saya." Kata Zach memberi nombor telefon Zafran pada lelaki itu.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now