Masa kini. Setahun sudah berlalu. Arash 15 tahun.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ariana 8 tahun yang lalu.
Ariana tidak pernah lupa apa yang terjadi sebelum ini. Dia termenung lama. Arash masuk ke dapur selepas pulang dari membeli."Apa yang hangit ni kak?" Soal Arash.
"Ya Allah! Hangit dah ikan!" Jerit kakaknya tersedar dari lamunan. Dia terus menutup api dapur.
Waktu itu mereka cuti hujung minggu. Jadi duduk di rumah sahaja.
"Itu lah nak cakap ade boyfriend macam tak de, tapi termenung pulak," kata Arash sambil duduk di kerusi dapur meja. Mata dan jari-jemari nya pula sibuk fokus pada skrin telefon bimbit dengan permainan games.
Ariana mengerling tajam adiknya.
"Amboi.. ni nape balik lambat?" Tanya Ariana kepada Arash.
"Iqbal nak macam-macam tu beli tu." Kata Arash sambil mata dan jarinya fokus bekerja dalam permainan mobile itu.
"Eh? Mana dapat duit nak beli?"
"Assalamualaikum." Seseorang memberi dan terus membawa masukbarang yang dibeli.
"Zafran? Zafran beli semua ni? Eh nape susah-susah jangan layan sangat adik akak ni,"kata Ariana.
Zafran malu berhadapan kakak Arash. Dia suka kakak Arash tetapi malu nak beritahu.
"Tak de lah An saja nak ajak keluar Arash ni kak.. ye lah cuti kan, spend time lah saja-saja." Zafran tersengih kerang busuk.
Arash hanya menggeleng kepala melihat Zafran yang malu-malu kucing itu. Mana tak nya bukan Zafran sahaja suka kakaknya tapi orang sekeliling pandang pun tak berkelip memandang kecantikan kakaknya ini. Yang dah berkahwin pula menggatal mengorat kakaknya. Apa lagi Zach pun keluar mahu taknya halau semua yang datang ke rumah.
Arash lantas bangun dari kerusi dan ingin berlalu dari situ. Ariana menahan Arash.
"Ash, nak gi mane tu?"
"Mandi," jawab Arash bernada dingin.
Ariana kenal siapa itu. Dia hanya melihat adiknya pergi. Ariana menjemput Zafran untuk makan petang nanti. Zafran mengangguk laju dengan teruja.
_____________________________________
Di bilik Arash.
Dia merenung lama dirinya di hadapan cermin setelah usai mandi. Usianya sudah masuk 15 tahun. Entah kenapa Arash tiba-tiba merasa sunyi sambil melihat dirinya sendiri di pantulan cermin hadapannya tersebut. Kepalanya mula rasa sakit dan dia menutup kedua-dua kelopak matanya menahan kesakitan itu. Arash melihat bayangan hitam pada satu sudut gelap.
Bayangan itu memalingkan wajahnya ke arah Arash dan berjalan ke arah Arash. Wajah nya tidak kelihatan.
Tok! Tok! Tok!
"Ash? Jom makan!"
"Ash?"
Ketika itu, Ariana mengetuk pintu bilik Arash namun tiada panggilan disahut. Jadi, dia memulas tombol pintu bilik Arash. Ariana masuk, dia melihat Arash mengerang kesakitan di atas lantai.
Ariana terus mengambil ubat suntikan (tahan sakit) di atas meja laci Arash dan menyuntik terus ke leher Arash. Arash terus lena kerana suntikan itu. Ini paling lama Ariana melihat Arash sakit kepala. Dia mula risau keadaan Arash.
Bukan tidak mahu di bawa ke psikiatri tapi dia tidak mampu, dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Jadi, Ariana sendiri yang jadi psikiatri bagi Arash. Tetapi, masih tiada perubahan. Ariana hanya berjaya mengawal personaliti Arash sahaja.
YOU ARE READING
ARASH S1 [ C ]
Fantasy1st series of Imagination. Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Khairul Arash Indera yang menghidap penyakit 'Dissociative Identity Disorder' atau dipanggil kecelaruan identiti. Hidup bersama kakaknya yang bernama Farah Ariana Nirmala. Seorang...