BAB 29 - KING FIGHT

76 17 140
                                    

Sambungan...

Raja Ru yang tahu sesuatu mula membisik ke telinga Raja Kala.

"Kala, aku tahu kau ada kuasa sakti tertinggi itu, beri aku kalau tidak mahu disebarkan."

Raja Kala yang mendengarnya marah dengan Raja Ru. Dia mengeluarkan kuasa apinya. Mencekik leher Raja Ru. Raja Ru meronta dilepaskan cengkaman tersebut. Kepanasan semakin terasa di setiap kulitnya.

"Kau ingat kau boleh ugut aku kah?! Siapa yang beritahu kau?!"
Marah Raja Kala.

"Kau ingat kau boleh ugut aku kah?! Siapa yang beritahu kau?!"Marah Raja Kala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua terkejut memandang Raja Kala yang sedang mencekik leher Raja Ru.

"Kala, sabar Kala. Lepaskan Ru itu!" Raja Jau cuba meredakan ketegangan antara mereka berdua. Dari dulu sampai sekarang mereka berdua sentiasa bermusuh. Tidak pernah berbaik.

Melihat Raja Kala yang masih mencekik Raja Ru. Raja Jau menggunakan kuasa batu zamrud nya ke arah Kala untuk menahan kepanasan yang semakin panas ke arah Ru. Raja Ga turut bantu sekali.

Cengkaman tersebut terlepas jua. Raja Ru menyembuhkan lehernya semula menggunakan api birunya.

"Ergh!" Rengus Raja Ru kesakitan.

"Kenapa ini?" Tanya Raja Jau kepada Raja Kala dan Raja Ru.

"Kau tidak tahu kah? Kala rahsiakan kuasa sakti pada kita semua!" Kata Raja Ru dengan nada tinggi sambil memandang Raja Kala.

"Apa?" Jerit Raja Jau dan Ga serentak.

"Bagaimana kuasa sakti boleh ada semula?" Hairan Raja Ga.

"Kau mahu tahu Kala? Bagaimana aku tahu tentang itu? Sudah lama aku menyiasat sendiri aktiviti kau! Kau tahu sebab Raja Yan hilang, oleh sebab itu, kau sembunyikan nya dari kami!" Teriak Ru.

Raja Kala memandang Raja Ru dengan menahan amarahnya. Raja Ru pula memandang wanita muda yang berada di sisi Raja Kala.

Ariana.

"Gadis itu bukan?" Tunjuk Raja Ru dengan senyuman sinis.

Badan Raja Kala mula semakin mengganas apinya, Raja Putih menarik cepat Ariana jauh dari Raja Kala yang semakin marah.

Raja Kala ingin menyerang Raja Ru. Tetapi, dengan pantas Raja Ga dahulu menyerang Raja Kala.

Dia dengan kuasa jingganya menahan api Raja Kala.

"Tidak adil kau dapat dahulu, Kala ! Kita tengok siapa menang!" Jerit Raja Ga sambil menahan api kepanasan Kala.

Terbit pertarungan Raja-raja merebut Kuasa Sakti Tertinggi itu untuk bergelar Sultan.

"Ariana.. beri kan kuasa itu kepada ku, biar aku melindungi dan menyelamatkan mu Ariana." Ucap Raja Putih sambil melihat bangunan semakin bergegar akibat perkelahian raja-raja tersebut.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now