BAB 9 - MEET HER

112 19 22
                                    

Dunia dimensi lain. Masa berbeza.

"Kau sudah jumpa siapa hilangkan Raja Yan?" Tanya Raja Kala.

"Belum lagi, Tuan," jawab pembantu Raja Kala.

Raja Kala memandang tajam ke arah pembantunya itu.

Dia mulai ketakutan.

"Kau cari dan jangan balik! Kalau kau balik tanpa maklumat, aku bunuh keluarga kau dan kau sekali!" Marah Raja Kala.

Pembantu Raja Kala, Kas, terus keluar dari istana Raja Kala. Kas mengeluh berat. Dia memikirkan cara untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Dia menyuruh orang bawahannya untuk terus mencari sehingga jumpa. Kas boleh dikatakan jahat juga. Suka menzalimi orang bawahan. Jika orang bawahan mahu berehat sebentar, dia terus menghukum orang bawahannya kerana tidak bekerja sedang kan mereka bekerja sudah seharian tanpa rehat.

Raja Kala adalah seorang yang bertubuh sasa dan kuat. Wajahnya sangat menggerunkan. Rambutnya berwarna merah.

Salah seorang orang bawahannya yang baru sahaja baru balik dari dunia bumi sudah mendapat maklumat tentang hilangnya Raja Yan. Dia mengatakan ada seorang budak perempuan yang bersama Raja Yan sebelum dia hilang. Kas yang mendengarnya terus berfikir.

"Budak perempuan? Jangan-jangan.." Fikir Kas.

Kas terus menghadap Raja Kala dengan berita gembira.

"Tuan, patik sudah jumpa maklumat tentang hilangnya Raja Yan," beritahu Kas tunduk.

"Lanjut kan."

"Sebelum Raja Yan hilang, ada budak perempuan bersama dia Tuan. Mungkin dia saksi Raja Yan hilang atau mungkin.."

Raja Kala memandang Kas dengan tajam.

"Mungkin apa?!" Marah Raja Kala.

"Mungkin dia mempunyai Kuasa Sakti Tertinggi, Tuan."

Raja Kala terus bangun memandang Kas.

"Tidak mungkin. Kuasa Sakti Tertinggi sudah lama hilang dari nenek moyangku dulu! " Kata Raja Kala.

"Cuba tuan fikir semula siapa lagi yang menghapuskan Tuan Yan? Hanya ada budak perempuan bersama dia. Tidak mungkin Tuan Yan terhapus sendiri," kata Kas sambil tergelak kecil.

"Apa kau ingat ini lucu?!" Tengking Raja Kala.

"Maaf tuan. Saya hanya memberi fakta, Tuan."

"Bawa budak perempuan itu kepadaku!"

"Baik Tuan."

Kas segera berlalu dari situ. Raja Kala pula mula berfikir akan rancangan Raja Yan tanpa pengetahuannya.

"Apa yang kau rancang Raja Yan?"

----------------------------------------------------------
Di sisi lain.

Sang putih mendengar perbualan Raja Kala dan Kas dari celah-celah bangunan istana. Dia bersembunyi di dalam kegelapan. Dia terus pergi ke kampungnya untuk memberitahu berita itu. Sang putih adalah pengintip Raja Putih yang terbuang.

Raja Kala mengambilnya bekerja semasa dia ditawan. Raja Kala tidak tahu bahawa sang putih seorang pengintip di dalam istananya. Sang putih memiliki rambut yang putih kerana rakyat kepada Raja Putih dahulu.

Raja putih seorang baik. Dia dibuang kerana kuasanya semakin hilang. Dulu Raja Putih cuba menghalang Raja-raja lain dari terjadi pertumpahan darah. Tetapi dia tidak kuat melawannya seorang. Satu hari dia dapati kuasanya semakin hilang dek kerana umur nya yang sudah terlalu tua. Umurnya dalam 1000 tahun lebih. Kerana itu, raja-raja membuat keputusan untuk membuang Raja Putih.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now