BAB 3 - FLASH BACK

156 24 23
                                    

SAMBUNGAN IMBAS KEMBALI.

Di rumah Dato' Hamid.

"Masuk Ariana," pelawa Dato' Hamid.

Ariana masuk ke sebuah apartment besar bapa saudaranya sambil mendukung adiknya yang sedang tidur. Ariana mula terfikir bagaimana bapa saudaranya boleh sebegitu kaya daripada ayahnya sendiri. Dato' Hamid abang kepada ayahnya Ariana dan Arash. Sama ada kandung atau tidak, ayahnya tidak menjelaskan apa-apa perkara itu.

"Meh sini, uncle bawa Arash ke bilik," ujar Dato' Hamid sambil mendukung Arash terus menuju ke bilik yang disediakan.

Ariana hanya mengikut dari belakang. Ariana berasa seperti tidak selesa duduk di dalam apartment mewah bapa saudaranya itu. Dia melangkah masuk bilik tersebut, Ariana melihat bilik tersebut terlalu mewah dan banyak yang dikelilingi emas. Dia melihat bapa saudaranya membaringkan adiknya di atas katil.

"Ariana, bilik kamu kat atas. Jom Uncle tunjukkan."

"Eh, takpe Dato' saya ok je duduk dengan adik saya."

"Apa Dato-Dato ni, panggil Uncle lah."

"Un-uncle ta-tak pe saya duduk dengan adik saya."

"Eh kejap je tinggalkan adik awak bukan lama pun."

"Erm..tapi.." Ariana melihat adiknya. Tangannya terus ditarik lembut oleh Dato' Hamid.

"Jom, dia okey lah," kata Dato' Hamid.

Dato' Hamid melayan Ariana seperti puteri kerana dia berasakan Ariana akan mendapat kedudukan tertinggi atas puaknya di dunia lain. Nak dikatakan Dato' Hamid lebih kepada tumpuan terhadap Ariana berbanding Arash.

Datin Salmah pula lebih memberi tumpuan kepada Arash daripada Ariana. Ini kerana Datin Salmah tiada anak dan terdetik ingin kan  seorang anak. Suaminya pula tidak bersedia lagi.

Hendak dijadikan cerita, Datin Salmah seorang manusia biasa.  Suaminya pula bukan lah seorang manusia dari dunia bumi ini. Dia dari dunia dimensi lain. Jadi, Datin Salmah tidak tahu akan siapa diri suaminya sendiri. Mungkin rasa seperti tidak logik dek akal tetapi itulah hakikatnya.

"Bukalah pintu tu," kata Dato' Hamid.

Dato' Hamid melihat dengan teruja apabila Ariana mahu menyentuh tombol pintu bilik untuk dibuka. Tombol pintu itu boleh scan ibu jari seseorang untuk mendapatkan sampel darah seseorang yang menyentuhnya.

Baru sahaja ingin Ariana menyentuhnya, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari bilik bawah.

Ariana bergegas ke bawah berlari anak menuju ke bilik Arash ditempatkan. Ariana melihat Arash sedang memegang gelas kaca yang pecah ditangannya berserta darah yang menitik dari tangannya. Darah itu milik Arash dari tangannya yang luka.

Arash sedang dalam keadaan marah terhadap wanita abad 30-an iaitu Datin Salmah dan dibelakang Datin adalah pembantunya yang membawa makanan. Ariana terus menghampiri Arash.

"Ash bagi kaca tu sayang, kat tangan Ash tu.. meh sini," kata Ariana dengan lembut terhadap adiknya.

Arash terus menjerit.

"Dia! Dia pukul Arash! Arash tak nak makan! Dia marah Arash!" Marah Zach yang muncul waktu itu. Ariana tidak mengetahuinya lagi.

"Ash! Tengok kakak sekarang. Tengok kakak ni.." menangis Ariana sambil memegang bahu adiknya.

Arash melihat kakaknya yang sedang menangis. Renungan lama bertukar sayu. Dia berasa bersalah terhadap kakaknya, terus dia melepaskan kaca tersebut. Arash terus memeluk kakaknya yang sedang menangis.

"Akak jangan nangis Ash pun nak nangis," kata Arash yang menangis.

"Kenapa ni?". Dato' Hamid masuk.

"Bang, tolong saya bang, tadi saya nak bagi kat Arash ni pastu tiba-tiba dia marah," kata Datin Salmah.

"Awak jangan macam-macam, saya kenal awak tau, apa awak buat tadi?". Arash takkan marah kat awak kalau awak tak buat salah," terang Dato' Hamid yang kenal perangai isterinya.

"Tak de lah, saya nak bagi makan tu je, pastu dia tolak pula tak nak, entah nape tangan saya spontan nak pukul dia. Orang dah buat baik dia buat kita gitu pulak," sindir Datin Salmah.

Ariana yang dapat mendengar perbualan Dato' dan Datin di pintu bilik tersebut hanya diam. Dia melihat adiknya, Arash sedang memandang tajam ke arah wanita itu. Terasa ingin membahamnya.

"Ash? Arash?". Ariana memanggil adiknya dengan memegang bahu adiknya.

Arash melihat semula ke arah kakaknya. Diam tidak berkata apa. Hanya renungan marah.

"Ash nape ni? Ok ke? Arash tak pernah marah macam ni," kata Ariana lembut mengusap kepala adiknya. Dia berasa ada yang tidak kena dengan adiknya.

Ariana memeluk adiknya dan menepuk belakang adiknya perlahan beberapa kali dengan menenangkannya. Ariana menutup telinga Arash untuk tidak mendengar perkataan kesat Datin itu.

"Shh.. kakak ade ni sayang." Ariana menyanyikan lullaby di telinga Arash. Ariana terus menepuk lembut adiknya dalam pelukan hingga Arash tertidur kerana kepalanya masih pening.

Kemudian, Ariana dukung Arash dan terus pergi ke arah Dato' dan Datin yang masih bertengkar antara mereka.

"Ariana nak pergi mana?" Tanya Dato' Hamid melihat Ariana bergegas berlalu di sisi mereka.

"Saya nak pergi hospital. Saya pergi dulu."  Ariana memaling sebentar kepalanya ke belakang dan terus bergegas ke luar apartment Dato' Hamid.

"Ariana! Ariana!" Panggil Dato' Hamid.

"Awak diam eh, lagi awak bising saya tak akan bagi awak apa-apa yang awak nak dah!" tegas Dato' Hamid.

Datin Salmah hanya menjeling Dato' Hamid yang terus berlalu dari situ.

Dato' Hamid bergegas mendapatkan Ariana. Dia terus membantu membawa Ariana dan Arash ke hospital. Mereka menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu Dato' Hamid.
______________________________________

Di hospital.

Ariana jatuh terduduk menangis selepas selesai perbualan bersama doktor. Dato' Hamid membantu Ariana bangun dan duduk di kerusi berdekatan.

"Ariana.. Ariana sabar ye, uncle tak tahu pula Arash sakit. Ariana bawa bersabar okay?" Pujuk Dato' Hamid.

Ariana terus masuk ke bilik wad tanpa berkata. Datin Salmah pula sampai dan melihat suaminya di situ.

"Haa, nape bang? Apa masalah?kenapa sampai kena masuk wad ni? Dia luka je, emergency pun dah cukup," seloroh Datin Salmah.

"Arash sakit. Dia ada apa tu nama, erm.. kecelaruan identiti macam tu lah," terang Dato' Hamid sambil melihat Ariana di dalam bilik tersebut.

"Apa tu bang?"

"Awak google lah sendiri, saya malas nak terang kat awak, kalau terangkan ade je komen nanti."

"Eh pulak dah.."

Dalam hati Dato' Hamid berasa senang apabila dapat tahu diri Arash sakit kerana kemungkinan Arash tidak layak mendapat kuasa/pangkat tertinggi tersebut. Hanya Ariana seorang yang layak.

Hanya Ariana.

Kuasa sakti itu hanya dipegang oleh seorang yang sihat mental dan fizikal. Dia yakin Ariana sahaja yang tinggal kerana keturunan yang bersih dari pertumpahan darah raja-raja terdahulu.





p/s : Kisah silam sejarah dunia lain terdahulu akan diceritakan di bab lain.. Tunggu okay..guys..🦋.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now