BAB 33 - "ONLY ARASH"

145 21 134
                                    

SESAMPAI Arash dan Mia di asrama. Mereka berdua keluar dari kenderaan.

Arash melihat kereta abang Isaac tiada di tempat parking di hadapan rumah asrama mereka. Dia mengalihkan pandangan pada Mia semula.

"Kita jumpa esok eh?" Arash senyum lalu berlari masuk ke rumah asrama sambil melambai ke arah gadis itu.

"Eh tak puas lagi ke jumpa?" Laung Mia.

"Tak . Heheh.. Bye!" Bagi Arash dia tidak puas kerana yang keluar adalah Zach, bukan dia.

"Bye!". Mia terus masuk ke keretanya semula dan meluncur laju balik ke asrama perempuan.

Arash tidak bersedia lagi punya kenderaan sendiri, jadi dia hanya menggunakan kenderaan abang Isaac sahaja jika ingin ke mana-mana.

Walau sekejap berjumpa Mia, Arash tetap senyum gembira.

Dia terus mengambil tuala di ampaian besi dalam biliknya dan pergi ke bilik air untuk mandi.

Kemudian, dia menyiapkan dirinya untuk menjemput Zafran di parking bas luar universiti. Zafran pulang dari lawatan kelab selama 3 hari di sana.

Selepas siap, dia mengunci rumah itu. Raziq dan Haziq pula pulang ke rumah keluarga mereka.

Arash terus berjalan pergi ke arah tempat parking bas di luar universiti. Walaupun agak jauh, tetapi dia lebih suka berjalan kaki.

Dia gemar berjalan berbanding menggunakan kenderaan. Jadi,  menyihatkan lagi tubuh badan dia. Sedang dia berjalan, entah mengapa jalan satu ini yang ingin dia lalu buat dia rasa tidak selamat.

Sebelum ni dia okay sahaja. Dia beranikan dirinya untuk berjalan. Dia tidak mahu dianggap lemah. Walaupun Zach selalu menganggapnya begitu.

BUZZ!

Getaran telefon pintar mengejutkan nya. Dia mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluar jeans. Dia melihat notifikasi yang masuk.

Mesej dari Zafran.

MESSAGE

Zafran
Aku nak sampai dah.

Arash pun membalas.

MESSAGE

Zafran
Aku nak sampai dah.

                                                  Ok. Otw.


Dia menyimpan semula telefon tersebut ke dalam kocek seluar jeans nya dan mempercepatkan langkah untuk sampai ke sana.

Sedang dia laju berjalan, dia merasa dirinya diperhatikan dari satu tempat. Arash memaling ke belakang, maklum lah sekitarnya dekat dengan hutan. Mana tahu binatang dari hutan yang muncul.

Dia menoleh ke hadapan semula lalu mengambil langkah besar beredar dari situ.

"Ash.. Ash.."

Satu suara memanggilnya. Bulu roma Arash menaik. Entah kenapa dia rasa hidupnya selalu sahaja diganggu dan tidak tenang. Arash melepaskan keluhan. Dia tidak takut. Dia tidak mahu Zach ambil alih. Kerana Zach pasti akan menggunakan badannya lama.

Arash menguatkan dirinya dan berlari selaju yang boleh. Entah mana silapnya, dia tersadung tidak melihat batu di bawah. Lututnya luka sedikit.

Arash teringat imbas kembali semasa dia kecil. Banyak kali dia keluar sendirian dan jatuh tanpa Ariana sedar. Balik sahaja sudah dimarahi kalanya. Dia menahan air mata untuk tidak beremosi.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now