ARIANA membuat keputusan untuk balik ke rumah yang sudah lama dia tinggalkan. Dia terasa masa begitu pantas. Adiknya bukan remaja kecil seperti dulu. Dia sudah membesar tanpa Ariana melihat sendiri. Itu lah paling berharga untuk Ariana melihat tetapi sayang tidak sempat.
Urusan kerja di rumah yang tergendala dia perlu selesaikan.
Andika turut menemani Ariana sekali.
Sesampai sahaja di rumah Ariana, Ariana terus membuka kunci pagar dan masuk ke dalam rumahnya. Dia lihat semuanya masih lagi keadaan seperti dulu.
Bersih dan kemas. Sangkaannya rumahnya pasti berhabuk dan tidak mengemas. Tetapi, lain yang dia lihat.
"S-siapa jaga rumah ni?" Hairan Ariana.
"Ehem-ehem," Andika senyum sambil mendongak bangga dan pura-pura membetulkan bajunya.
Ariana menoleh ke arah Andika. Dia tersenyum.
"Terima kasih." Ucap Ariana sambil ketawa kecil melihat lelaki itu.
"Sama-sama kasih," usik Andika.
"Ish! Awak jangan ya."
"Hahaha! Okay-okay." Sengaja Andika memberi Ariana tersenyum semula.
"Erm.. Ariana."
"Hm?"
"Sesekali Ash ada datang, dia tidur sini."
Ariana yang sedang menepuk bantal sofa hanya mendengar sahaja. Dia terus masuk ke kamar tidur untuk membersihkan diri.
Andika duduk di luar rumah. Dia tahu batas pergaulan.
Ariana keluar semula dari bilik tidur nya, dia merenung lama bilik tidur adiknya yang berada di sebelah biliknya.
Dia masuk perlahan ke bilik tidur Arash. Dia memandang sekeliling, masih kemas seperti dulu. Dia tersenyum.
Ariana melangkah ke katil adiknya dan duduk di birai katil tersebut. Banyak memori indah dia bersama adik kecilnya dulu. Air mata Ariana menetes ke pipi.
ANDIKA duduk di luar seraya membaca majalah yang sudah ada di atas meja luar hadapan rumah.
Ariana membawa keluar sedulang berisi dua cawan teh panas. Dia letak ke atas meja di hadapan Andika.
Andika terus mengambil dan menyisip sedikit demi sedikit teh panas itu.
Ariana duduk bersebelah Andika yang masih ada sofa di sebelah. Dia menoleh lelaki itu.
"Andika, saya nak tanya."
"Hm.. apa?" Soalnya sambil membaca majalah itu.
"Jap.."
Ariana masuk semula ke rumah. Kemudian, dia keluar semula sambil memegang beberapa kertas di tangannya.
Dia menghulur kepada Andika.
"Tengok ni.. saya jumpa kat celah meja Ash.."
Andika menutup majalah lalu mengambil kertas itu. Ia sebuah lukisan. Lukisan Arash. Dia mengalihkan pandangan ke arah Ariana, tidak mengerti.
"Awak tak perasan ke lukisan ni sama kejadian hari itu?" Soal Ariana melihat Andika yang tidak faham maksudnya tadi.
Andika melihat semula.
YOU ARE READING
ARASH S1 [ C ]
Fantasy1st series of Imagination. Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Khairul Arash Indera yang menghidap penyakit 'Dissociative Identity Disorder' atau dipanggil kecelaruan identiti. Hidup bersama kakaknya yang bernama Farah Ariana Nirmala. Seorang...