1st series of Imagination.
Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Khairul Arash Indera yang menghidap penyakit 'Dissociative Identity Disorder' atau dipanggil kecelaruan identiti.
Hidup bersama kakaknya yang bernama Farah Ariana Nirmala. Seorang...
ARASH balik lewat malam. Dia masuk ke dalam bilik dengan raut wajah tidak puas hati. Dia sedang marah. Lantas, dia menendang meja, kerusi dan sekelilingnya yang terdekat.
[ Sebenarnya, Ash dah lama selalu keluar lewat tanpa Isaac sedar. Ok teruskan membaca.]
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[Di atas hanya ilustrasi sahaja, hanya ingin menunjuk kan warna sinar mata dan amukan Arash] 😅.
"Bodoh! Bodoh! Bodoh!" Arash berteriak sambil memukul kepalanya sendiri. Iris mata yang bersinar merah kelihatan.
Dia membaling barang-barangnya dan memijak-mijak barangnya sendiri. Marah, geram, stress, semua dia rasa. Dia memukul meja belajarnya. Habis ada yang pecah barang-barangnya. Dia geram pada 'seseorang.' Marah juga pada 'seseorang.' Dia mengoyak semua lukisan dirinya sendiri.
Kepala tiba-tiba berpusing dan sakit teramat. Tetapi, dia tetap gagah membaling barang-barangnya lagi dan lagi. Amukan begitu buas.
Dia menghancurkan segala apa yang ada di sekelilingnya. Sungguh itu personaliti paling menakutkan dalam tubuh Arash, hinggakan barang personaliti lain dia koyakkan dan hancurkan.
[ Author tak boleh bagitau lagi dia pulang dari mana. Tapi boleh kata persecutor ini muncul dengan menampakkan dirinya.]
"Buk!Bung! Scratch!Scrash!Scrash! Ping! Bung!"
(Bunyi-bunyi dentuman jenis barang-barang rosak dan pecah dalam bilik Arash)
Isaac terkejut dari tidurnya mendengar bunyi bising di sebelah. Arash? Dia terus bangun dan bergegas keluar dari bilik.
"Aargghh!"Arash menjerit mengamuk, dapat didengar satu rumah.
Terlihat Raziq dan Hariz sudah pun berada di depan pintu bilik Arash yang bertutup.Mereka memandang ke arah Isaac yang baru keluar dari bilik.
"A-abang Isaac ke--kenapa tu?" Tanya Raziq ketakutan mendengar Arash yang sedang mengamuk.
"Biar abang uruskan, pergi tidur esok ada class." Kata Isaac tenang.
"Abang kata pergi tidur, jangan degil. Abang akan uruskan, pergi masuk bilik." Tegas Isaac.
Hariz dan Raziq masuk ke dalam biliknya. Isaac menunggu mereka masuk ke bilik kemudian dia mengetuk pintu Arash.
"Ash! Ash! Okey ke tu?"
Bunyi bising tiba-tiba senyap.
"Ash?"
Andika risau. Dia terus merempuh pintu bilik Arash yang berkunci. Dengan sekuat tenaga, pintu itu terbuka lalu dia melihat Arash yang terbaring di lantai. Kelihatan biliknya bersepah dan habis barang-barang rosak olehnya. Andika menghampiri Arash, kelihatan lengan dan kaki Arash kotor. Dia menyentuh dan menghidu. Lumpur? Terlihat warna merah yang bercampur pada lumpur itu. Dia mencuit dan menghidu sekali lagi.