BAB 26 - WAR

88 16 54
                                    

Dunia Dimensi

Di hutan Zeph Fire.

[ Zeph fire tempat orang -orang Kas teleportasi ke bumi dan balik dari bumi ]

Kas menunggu orang-orangnya untuk mendapatkan info budak perempuan itu. Setelah hampir setengah jam, mereka pulang dan terus melaporkan pada Kas.

Kas yang mendengar sedikit hairan. Mereka menemukan jejak gadis itu tetapi hanya sebentar. Jejak itu terus hilang dari bumi ini. Dia berasa ada tidak kena.

Ada yang mengetahui pencarian nya terhadap gadis itu. Sudah lama dia berasakan ada yang aneh. Dia berasa ada yang cuba mensabotaj tugasnya.

Setiap langkah dia dan orang-orangnya temukan pasti ada yang tidak kena.

Kas yang curiga terus memeriksa semua pekerja bawahannya. Setiap nya diperiksa teliti hingga lah seorang makhluk bawahan nya tiada di tempatnya. Sang Putih. Seorang hamba yang ditawan dahulu.

Kas senyum sinis.

----------------

Tiba di Kerajaan Putih.

Kas dan tentera-tenteranya terus menyerang perkampungan negeri-negeri putih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kas dan tentera-tenteranya terus menyerang perkampungan negeri-negeri putih. Habis hancur, dan musnah perkampungan mereka. Tangisan anak-anak mahupun dewasa Kas tidak endah kan. Hingga lah muncul Raja Putih di situ.

"Hei, Kas! Kenapa kau membakar rumah-rumah kami?" Marah Raja Putih.

Kas turun dari kuda hitamnya, dia pergi ke hadapan Raja Putih dan terlihat di belakang Raja putih sudah ada tentera-tenteranya yang melibatkan orang-orang kampung. Ouh dah ada tentera sendiri ya?

Kas senyum sinis.

"Kau mahu tahu?"

Dia memusingkan badannya ke belakang dan berjalan ke arah tentera- tenteranya semula. Dia kembali menghadap Raja Putih dengan wajah berang.

"Kau telah mengambil hak Raja Kala!"

"Hak Raja Kala? Hak apa? Bila masa kami mengambilnya?" Soal Raja Putih.

"Di manakah putih? Bukankah patutnya dia berada di sini?" Soal Kas mencari-cari kelibat Sang Putih, pengkhianat itu.

Sang putih muncul ke hadapan dari celah-celah tentera Raja Putih itu dan berjalan menghadap pada Kas dengan riak mukanya yang menahan marah.

"Hm.. ada pun! Di mana budak perempuan manusia itu?"

"Budak? Manusia? Apa maksud kau Kas?" Soal Raja Putih pura-pura tidak mengerti. Bagaimana Kas boleh tahu secepat ini?

"Kau tidak mahu mengaku? Baik." Kas senyum sinis.

Dia menyuruh tentera-tenteranya membunuh penduduk-penduduk di situ termasuk anak-anak kecil. Raja putih yang melihat perkara itu menyuruh Kas berhenti.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now