BAB 10 - WHITE TIGER

109 20 19
                                    

Petang.

Di rumah Arash.

Zafran sedang menunggu Arash. Dia melihat jam tangan jenama Louis Moinet nya yang mahal itu.

"Haihh dia ni mengalahkan perempuan aku tengok," keluh Zafran yang menunggu lama di depan rumah Arash.

Arash terus keluar dari pintu rumah nya lalu mengunci rumah pagarnya tersebut. Dia melangkah ke arah Zafran.

"Jom!" Ajak Arash seraya pergi ke kereta BMW Zafran yang di pandu oleh pemandunya.

"Kakak kau takde kat rumah ke?" Tanya Zafran sambil mencari-cari kelibat Ariana.

"Tak de. Dia ada kerja nak kena buat kat kedai tu."

"Ouh." Zafran terus menuju ke kenderaan milik papanya.

-----------------------------------------------------------

ZOE melihat Ariana dari tadi tidak boleh fokus. Sudah banyak kali tertukar order pelanggan. Pelanggan mereka boleh dikatakan ramai.

Selepas semuanya selesai, Ariana berehat sebentar. Staf nya pula yang ambil alih. Zoe pergi ke arah Ariana yang sedang berehat.

"Hey, kau ni ok tak?" Tanya Zoe.

"Ok," jawab Ariana sepatah.

"Aku kenal kau Ariana. Tadi order kau silap. Kenapa ni?" Tanya Zoe ingin tahu.

"Tak de apa." Ariana cuba menyibukkan dirinya.

"Yana. Ariana. Pandang aku," panggil Zoe menghentikan tangan Ariana yang buat-buat sibuk.

Ariana memandang Zoe sekejap kemudian memandang ke arah lain.

"Cerita lah kat aku, apa jadi ni? Kau macam nampak hantu je ni."

"Aku.. kalau cerita kat kau, kau takkan percaya apa yang aku katakan," jelas Ariana gugup sambil memegang lehernya. Bulu romanya terasa naik semula.

"Tak pe cerita je. Mana tahu aku percaya. Mana tahu membantu kau tenang."

Ariana mula menceritakan dari awal kejadian ibu bapanya hingga lah sekarang. Zoe mengambil masa untuk memahami.

"O..o..okay.."

"Aku tahu kau rasa tak logik tapi itu yang aku rasa. Terpulang lah nak percaya ke tak."

"Tak. Bukan. Aku cuma nampak tu baru aku caye. Tapi, aku cuba percaya apa kau cakap."

"Aku faham. Kalau aku jadi kau, aku pun akan cakap macam tu," kata Ariana sedih, dia menyambung lagi.

"Sekarang ni aku rasa masa silam tu datang balik. Aku tak tahu nape aku rasa macam tu. Macam ada yang tak kena lepas berlaku kemalangan ibu ayah aku."

"Ariana, kau cuba tenang dulu, tarik nafas pastu lepas slow-slow." Zoe cuba menenangkan dulu kawan baiknya yang terlalu memikir perkara-perkara negatif.

Ariana mengikut apa Zoe suruh. Dia cuba mengawal kegugupannya.

"Ok. Aku rasa baik kau berehatlah. Kau banyak fikir ni. Mungkin, kebetulan sahaja. Cuba kau fikir positif. Then, kau perhatikan sekeliling kau dulu. Jangan fikir negatif sangat. Aku tahu kau risau adik kau. Tapi, dia dah besar Ariana. Dah boleh fikir sendiri dah pun. Apa yang kau nampak ke apa semua tu mungkin khayalan kau. Tenang dan relaks fikiran kau. Kalau betul kau nampak, kenapa orang lain tak nampak pulak. Pasal Ash tu, cuba kau beri dia bebas seperti orang lain juga. Dia akan okay. Percaya lah. Aku tahu kau tak nak hilang dia pula. Dia boleh jaga diri dia. Zach kan ada. Percaya Zach. "

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now