BAB 13 - HIDDEN SECRETS

94 20 41
                                    

"Tolong lepaskan aku!" Jerit Ariana.

"Maaf Ariana, saya terpaksa kalau tidak Kas dan bawahannya akan menangkap kamu menghadap Raja Kala yang kejam itu." Ariana hanya mampu mengalirkan air mata. Dia risau keadaan adiknya Arash.

"Aku nak jumpa adik aku, dia sakit kau tahu?" Marah Ariana dalam tangisan.

"Adik? Kau ada adik?"

"Ya lah.. kau tak tahu kah? Culik aku lepastu tinggalkan adik aku sorang-sorang," marah Ariana lagi.

Sang putih menyuruh rakannya pergi ke rumah Ariana untuk mencari adiknya. Rakannya terus beredar dari situ.

"Aku sudah suruh rakan aku carikan. Jangan risau, yang penting kau. Kau yang diburu Raja Kala. Adik kau tak terlibat."

Ariana hanya diam tidak melayan dengan kata-kata Sang putih. Dia hanya risaukan Arash. Apa reaksi Arash jika dia tiada di rumah? Apa yang Arash sedang buat? Apa dia sudah makan? Banyak yang Ariana risaukan. Dia hanya mampu mengalirkan air mata.

'Akak rindu Ash,' kata hati Ariana.
----------------------------------------------------------

SUDAH tiga bulan selepas peperiksaan akhir, Arash tetap berkurung di dalam bilik. Zafran sedih melihat keadaan Arash. Kadang dia melihat Arash sedih, marah, gembira dan tak keruan dibuatnya. Dia tahu Arash tidak suka jumpa pakar psikiatri, bukan Arash tetapi Zach tidak suka. Dia siap ugut Zafran jika dia bawa Arash jumpa, dia akan keluar dari rumah Zafran. Zafran hanya bersetuju sahaja dengan permintaan Zach. Untuk pencarian kakaknya, Zach minta Zafran supaya tidak melaporkannya kepada polis dan jangan beritahu Arash. Zafran pelik dengan permintaan Zach. Dia hanya menuruti tanpa pertanyaan, takut Zach akan buat hal pula.

Tetapi malam itu, Zafran sedar setiap malam Arash keluar dan balik semula ke rumah dalam keadaan kotor. Zafran takut jika itu adalah Zach. Malam ini, dia akan beranikan diri untuk bertanya Zach yang keluar waktu malam.

Malam itu.

Arash keluar dari biliknya lalu keluar dari rumah Zafran. Zafran menunggu Arash pulang dahulu. Lama juga dia menunggu kepulangan Arash.

Pukul 8 Arash keluar, pukul 12 pagi dia balik.

12 pagi.

Arash masuk ke dalam rumah dengan tangan dan kaki luka. Zafran yang tertidur di sofa tadi terus terjaga mendengar bunyi pintu rumah di tutup. Zafran terus memanggil Arash.

"Ash? Arash?"

Zafran memanggilnya tapi tidak menyahut.

"Zach?"

Arash tetap tidak menoleh, dia terus masuk ke biliknya.

"Takkan V kot? V tak suka ganas-ganas. Jangan-jangan..." Kata Zafran perlahan.

"Personaliti baru ke?" Tanya hati Zafran.

Zafran pergi dekat ke bilik Arash. Dia menekap telinganya ke pintu Arash.

"Hahahah. Kau akan tahu nasib kau!! Hahahah!!" Ketawa Arash dalam kejahatannya.

Zafran yang mendengar mulai rasa bulu romanya naik. Baru sahaja dia ingin mengundur ke belakang. Pintu dibuka. Arash memandang Zafran dengan tajam. Zafran tidak pernah melihat reaksi seram Arash sebegitu.

"Kau buat apa?" Tanya Arash suara yang agak garau.

"A-aku panggil kau, kau tak dengar t-tadi," kendur suara Zafran melihat itu bukanlah Arash mahupun Zach.

Arash yang mendengarnya terus berpaling belakang.

"Dia panggil kau kah?" Soal Arash keseorangan.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now