BAB 31 - FEUD

77 19 49
                                    

ARASH terjaga dari mimpi buruknya. Jantung terasa berdegup kencang.  Nafas sudah tercungap-cungap. Peluh membasahi dahinya. Kelihatan tubir mata bergenang cairan jernih.

Dia melihat sekeliling. Dahi berkerut melihat tempat yang begitu asing. Dia bukan berada di bilik tidurnya. Dia berada di sebuah wad. Pandangan dialih pada tangan dan badannya. Dia menyelak kain yang menutupi, kelihatan kesan parut di kulitnya.

Dia mengeluh perlahan.

Ekor mata menangkap seseorang yang sedang terlelap di sebelah katil kirinya.

Seorang wanita. Berambut ponytail.

Wajahnya tidak kelihatan kerana terselindung di sebalik rambut.

'Mia?' Teka Arash dalam hati. Setahu dia rambut Mia tidak lah terlalu panjang. Sekadar aras bahu sahaja.

Arash menyelak rambut yang menutupi wajah wanita itu. Kedua mata terpaku lama. Wajah yang sudah lama dia cuba lupakan. Perasaan sakit hadir di hati. Betul ke ni kakak?

"K-kakak?" Dia bersuara perlahan tanpa sedar.

Ariana tersedar dari tidurnya kerana terdengar suara memanggilnya. Dia bangun dan memandang ke hadapan. Arash sudah terjaga sedang merenungnya lama.

Ariana gembira adiknya sudah sedar.

"Ash! Ash okay?" Soalnya seraya meraup lembut rambut hadapan adiknya yang hampir menutupi mata.

Arash diam merenungnya. Kedua matanya bertukar sayu. Tiada perkataan yang terpancul dari bibirnya.

Ariana hairan. Tiada mesra disambut oleh adiknya. Arash memandangnya seperti orang asing.

"Ni kakak. Dah lupa kakak ke?"

Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia baring mengiring membelakangi kakaknya.

"Ash? Kenapa Ash?"

Andika yang sudah masuk, sedari melihat perubahan Arash, terus mendapatkan Ariana.

"Yana.. sini jap," bisik Andika di telinga Ariana seraya menarik lembut lengan gadis itu keluar dari bilik wad.

"Kenapa Andika? Kenapa dengan Ash?"

"Yana, saya lupa nak bagitau awak. Ash dah lain. Lepas bertahun awak hilang macam tu dari dia, dia cuba lupakan awak supaya dia tidak terseksa. Dia anggap awak sudah tiada. Kalau dia asyik ingat je, akan ada personaliti lain keluar. Saya selalu ada dengan dia.."

Andika berhenti sebentar, dia menunduk kepalanya sebelum dia sambung semula .

"Dia anggap saya abang dia selepas ketiadaan awak. Dia happy bila dengan saya, seakan sudah lupakan awak. Dia tak macam dulu. Dia dah matang Ariana. Dia urus diri dia sendiri. Maaf Yana, saya ingat Ash gembira lihat awak, rupanya saya silap." Ucap Andika. Dia tidak sampai hati ingin beritahu, tetapi terpaksa jua untuk menghilangkan rasa hairan Ariana terhadap adiknya.

Ariana yang mendengar terus duduk di kerusi yang disediakan itu. Dia sedih. Ya, sedih kerana tiada di sisi Arash. Hati perit tidak dapat membayangkan adiknya sedih kerana kehilangannya bertahun-tahun.

Perit juga bila dapat tahu adiknya sudah lupakan dirinya. Tetapi, bukan salah Arash yang menjadi begitu. Kerana jika dia menjadi Arash pasti dia melakukan hal yang sama.

Ariana bersalah kerana dia tidak ada di sisi adiknya saat sakit. Dia menangis perlahan seraya menutup wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Sudah bertahun dia tidak dapat melihat adiknya yang sedang meningkat dewasa.

Andika duduk di sebelah Ariana, menenangkannya. Dia melentokkan kepala Ariana ke bahunya.

"Saya patut ada dengan dia. Saya patut ada Andika." Tangis Ariana.

ARASH S1 [ C ]Where stories live. Discover now