ARASH berlari dari dua orang makhluk dari dunia dimensi lain itu. Makhluk yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Dia lari sepantas yang boleh. Sekali sekala Arash melihat ke belakang, bayangan mereka seperti binatang.
Sekali lagi Arash terjatuh kerana terlanggar seseorang. Arash melihat ke belakang semula. Mereka masih mengejarnya.
Orang yang dilanggar itu bertanya keadaan Arash yang jatuh.
"Eh dik ok ke?"
"Cik Cik.. tolong cik tu cik," kata Arash sambil menunjukkan di hadapannya.
Wanita yang dia langgar itu melihat arah yang remaja itu tunjuk tetapi tiada apa-apa.
"Dik, adik ok ke ni?"
Arash pelik wanita itu tidak melihat apa yang dia nampak. Dia pun terus bangun dan berlari semula. Lututnya yang sakit dia abaikan.
Sedang dia lari, otaknya ligat teringat akan kakaknya yang menipunya. Dia mengesat air mata yang jatuh ke pipi.
Oleh sebab, fikirannya melayang tanpa melihat ke hadapan, dirinya terjatuh pada satu gaung.
"Aargh!" Arash menjerit.
Dia tergolek di tangan sehingga kepala terhantuk pada suatu batu. Sungguh sakit dia rasakan. Pedih mula terasa. Dia yang terbaring berasa tidak dapat untuk berdiri.
Dia berusaha bangun.
Kaki kanannya seperti patah dan sedar kepalanya keluar cairan merah. Arash terduduk di situ lama. Dia masih menangis teresak-esak. Dia tahu tiada akan tahu di mana dirinya kerana mereka sibuk mencari kuasa itu. Arash terlelap kerana kepenatan dan menahan kesakitan.
------------------------
ARIANS yang tiada hal tuju mula resah.
"Yana.. sabar Yana. Nanti dia balik lah. Jom, kita settle kan dunia sana dulu. Kat sana dah mula riuh. Saya risau kampung saya kat sana."
Ariana memandang Andika dengan marah.
"Tak! Saya takkan tinggalkan adik saya! Walaupun dia tak sakit, saya masih sayangkan dia seperti dulu. Tak pernah berubah pun. Kalau awak nak pergi, awak pergi lah!"
Andika yang melihat Ariana seperti itu mula berasa sebersalah.
"Maaf, saya terikut perasaan tadi. Memang saya tak dapat kawal marah saya. Tapi, waktu itu saya terkejut dia bagi kuasa itu pada orang lain."
Ariana masih bersalah apa dia buat pada Arash. Dia teringat semula kejadian tadi.
"Sa-saya bersalah Andika, saya tampar Ash. Dia suka cakap lepas pula, itu saya marah. Sedang kan saya risau kan dia, dia tidak tahu apa-apa waktu dia tiada di sana." Ariana mula menangis .
Hati masih resah mana Arash pergi. Andika memujuk Ariana untuk berhenti bersedih.
"Jom kita cari Ash dulu," kata Andika.
Sedang Andika dan Ariana mencari Arash dengan menaiki kereta, Andika terlihat seorang lelaki remaja yang sedang terduduk merawat lukanya. Dia perasan pakaian remaja lelaki tersebut bukan dari dunia ini. Itu kah Aemi?
Andika memberhentikan keretanya dan keluar berjalan laju ke arah remaja lelaki itu.
"Kau Aemi ke?"
Aemi yang terduduk memandang ke atas. Dia mengerutkan dahinya melihat lelaki itu yang tua sedikit dari nya.
"Ye. Awak kenal saya ke?"
Andika menggenggam baju Aemi naik ke atas.
"Apa kau dah buat?!" Marah Andika
ANDA SEDANG MEMBACA
ARASH S1 [ C ]
Fantasi1st series of Imagination. Mengisahkan tentang seorang remaja bernama Khairul Arash Indera yang menghidap penyakit 'Dissociative Identity Disorder' atau dipanggil kecelaruan identiti. Hidup bersama kakaknya yang bernama Farah Ariana Nirmala. Seorang...
![ARASH S1 [ C ]](https://img.wattpad.com/cover/312894208-64-k516309.jpg)