13 × Forever Mine

148 11 1
                                    

"Sayang, dah siap belum?" Iqbal memasuki biliknya setelah dia melihat masih tiada bayang isterinya di ruang tamu. Tadi dia menghantar si kembar ke rumah Encik Usman dan Puan Umaira. Ada yang rindu cucu. Lagipula, Qaseh turut berada di sana. Riuhlah rumah itu dengan suara kanak-kanak bertiga itu.

"Sayang?" Berkerut dahi Iqbal melihat Nabila yang masih termenung di birai katil. Mereka sudah berpakat mahu menemui Encik Aiman hari ini untuk mendapatkan penjelasan penuh.

Iqbal mengambil tempat di tempat di sebalah Nabila. Dahi isterinya disentuh dengan belakang tapak tangan. Bagai baru tersedar, Nabila menggengam tangan Iqbal.

"Bella tak demam." Nabila tersenyum nipis untuk meyakinkan Iqbal.

"Sayang macam ni sejak semalam. Is Nadira bothering you?" Mulut Nabila sedikit terbuka mencari nafas. Mata dipejam seketika.

"Bella tak tahu. But I can't stop thinking about her. Kadang Bella teringat cerita All Alone."

"Sayang, dahsyat sangat tu. Dahlah cerita tu tragik."

"Kan! Cerita tu best tapi menyedihkan. Sampai sekarang Bella tak boleh terima hakikat Trish kena ganti. Abang, agak-agak ayah dia perasan tak yang itu bukan Trish? Huwa sedihnya kalau ayah dia tak perasan." Iqbal tergelak perlahan. Boleh pula tiba-tiba cerita Trish dan Clo yang dibangkitkan.

"Jangan risaulah sayang. Nadira baik, insyallah."

"Cara abang cakap macam abang pernah jumpa dia." Mata Nabila kini fokus memandang Iqbal.

"Memang pun. Dia pengurus kewangan baru abang." Nabila terlopong.

"Apa? Kenapa abang tak bagitahu Bella?!"

"Abang tak sangka dia kembar sayang. Mati-mati abang ingatkan pelanduk dua serupa." Teringat pula kejadian dia tertarik lengan Nadira kerana menyangka itu isterinya. Tak sangka itu iparnya.

"Dan dialah yang abang tumpangkan tempoh hari. Ingat tak?" Apabila teringatkan waktu itu, seingat Iqbal Nadira kata dia dibesarkan di rumah anak yatim Hazel. Maknanya, selama ini mereka hanya tinggal berdekatan?

"Apa? Dia yang abang tumpangkan?!Gosh, who is she?" Nabila garu kepala yang tidak gatal. Adakah ini semua kebetulan?

"Daripada sayang duk tergaru-garu sendiri, baik sayang bersiap sekarang. Kita dapatkan jawapan dari Nadira sendiri. Abang pun ada banyak benda nak tanya pada ayah." Inilah masanya untuk dia bertanya perihal jawatan yang diberikan kepada Nadira. Harapnya, Encik Aiman tidak melantik Nadira hanya disebabkan Nadira ialah anaknya. Iqbal tidak mahu syarikat itu dipanggil korup kerana menggunakan 'kabel' untuk mendapatkan pekerjaan.

"Okay jom!" Nabila berdiri dengan tangan ditumbuk ke udara. Dia perlu membuang semua persoalan dan keraguan yang membelenggu dirinya ini.

"Abang tunggu dekat bawah."

"Eh abang! Nak pergi terus ke?"

"Iyalah. Kita dah janji dari subuh tadi kan?"

"Err kalau minggu depan aci tak?" Nabila tersengih janggal. Tiba-tiba dia pula yang takut mahu berhadapan dengan kakaknya itu.

"Ya Allah budak ni..."

"WAKTU itu, ayahanda sakit. Jadi, Ira kena cari pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi. Gaji Ira sebelum ini tak mampu nak bantu anak-anak Hazel." Tekun seisi rumah mendengar cerita Nadira tentang bagaimana dia dan Encik Aiman bertemu.

"Ira cuba cari kerja pejabat. Dan masa itu, ayah tegur Ira." Nabila memamdang ayahnya meminta kepastian. Encik Aiman menganguk membenarkan.

"Ayah terkejut sangat tengok Ira. Ayah tahu itu bukan Bella dan tiba-tiba ayah teringatkan Nadira. Walaupum rasa mustahil, ayah tetap nak siasat. Nak siasat lebih-lebih, ayah risau ayah tersilap. Jadi, berdasarkan kelulusan Nadira, ayah tempatkan dia di bawah Iqbal." Iqbal mengangguk faham. Mujur Nadira mempunyai kelulusan yang betul. Tidaklah menjadi isu untuk dia bekerja di bahagian Jabatan Sumber Manusia sebelum ini. Tapi, untuk jawatan pengurus kewangan sekarang, Iqbal perlu dapatkan butiran lebih lanjut.

Forever MineWhere stories live. Discover now