41 x Forever Mine

150 14 4
                                    

"Termenung lagi, Encik Iqbal Asyraf." Terhenjut bahu Iqbal apabila fail setebak rim kertas A4 dihempas ke atas mejanya.

"Boleh sakit jantung aku kalau kena macam ni hari-hari." Iqbal kembali membetulkan postur badannya. Siap sedia untuk kembali meneruskan tugas.

"Tch... Tak SDG betul guna kertas banyak-banyak." Sempat juga dia mengomel.

"SDG tak SDG, branch ni tak cukup target lagi nak upgrade drive besar-besar. Maka keluarkanlah idea bijakmu wahai CEO agar keuntungan kita melimpah ruah." Iqbal mendengus. Kalau dia boleh buat, dah lama dia goyang kaki dekat rumah.

"Dah lah kau. Ni nak suruh tengok apa?" I

"Aku suruh share, kau kata boleh settle. Sekarang dah pening sorang-sorang. Padan muka." Alif menggeleng. Iqbal selalunya tidak merungut tentang kerjanya. Kalau dia merungut, pasti dia sedang serabut dengan masalah luar pejabat.

"Pandailah aku urus. Fail ni?" Iqbal menjeling fail yang hampir merosakkan irama jantungnya tadi.

"Berdasarkan soalan kau, nampaknya kau tak buka email lagi. Jadi silalah buka sekarang." Iqbal mengerutkan dahinya.

"Ada apa?"

"Buka sekarang, sahabatku Iqbal Asyraf." Alif mengarahkan mata ke arah komputer milik rakan merangkap atasannya itu. Iqbal hanya akur mencari email apa yang dimaksudkan oleh Alif. Matanya melilau sebelum satu email yang lain dari yang lain ditangkap anak matanya.

"Weh?"

"Okay sekarang, kau dah sakit jantung betul-betul tak?" Iqbal tersandar lesu.

Apa pula kali ini?




"AMBOI, banyaknya masak!" Hakim melihat banyak lauk di atas meja yang sudah siap berbungkus.

"Mestilah! Nak pikat hati mak mertua kita kot!" Ujar Erina lagak diva yang baru memperagakan pakaiannya.

"Mak tak makan lauk ni, Ina."

"Hah?! Tak makan? Kenapa tak cakap awal! Kitakan tengah sama-sama buat projek M⁴!" Hampir Hakim tergelak lagi apabila mendengar lagi nama projek Erina M⁴ – Memikat Mertua, Membuang Madu).

"Sorry lupa. Mak tak makan sebab Akim yang rasa nak habiskan semua ni. Sayang nak bagi mak."

"Ish dia ni! Buat cuak je. Dah-dah jangan nak curi eh. Kalau projek kita jadi, hari-hari Ina boleh masakkan untuk Akim."

"Hmm tapi lama lagilah..."

"Jadi usahalah lebih sikit! Jangan duk tengok Nisreen je."

"Janganlah tuduh Akim, Ina. Mana ada tengok si Reen tu. Rina adalaj hehe..."

"Tak payah nak hehe sangat. Tolong tutup bekas-bekas semua. Ina nak jemguk Tiara kejap."

"Baik, Ma'am." Baru sahaja Hakim mahu memcapai penutup plastik, telefonnya bergetar memandakan mesej baru yang masuk.

Lihat sahaja nama ibunya sebagai penghantar mesej, terus Hakim buka dan baca. Dia mengeluh sebaik selesai meneliti mesej yang dihantar.

Ibunya memberitahu Nisreen ada di rumah dan mereka sedang memasak bersama. Dan disuruhnya Hakim agar pulang segera untuk makan malam bersama.

"Lah dah masak rupanya."

"Oi opocot!" Hampir terjunam telefon Hakim akibat terperanjat dek sergahan Erina.

"Ina!" Erina mengekek bersama Tiara di dukungannya.

"Apa ni hendap-hendap mesej orang?" Hakim mencebik.

"Kalau tak hendap, nanti ada orang tu sejam termenung fikir apa alasan nak bagi tak nak bagi itew terasa, kan?"

"Err.."

"Kan Ina dah cakap. Dalam projek M⁴ ni, tak boleh ada rahsia. Kalau Akim keep on keeping secret macam ni, tak smooth la kerjasama kita. Nak kahwin ke tak?"

"Err...."

"Err??!!!"

"Eh? Nak! Mestilah nak!"

"Okay sekarang kita teruskan je bungkus. Malam ni Akim letak je dekat bahagian peti beku."

"Pastu malam ni Akim nak makan apa?"

"Laaa kan dah ada si Nisreen tu masak. Makan yang tulah. Membazir nanti."

"Kalau dia letak guna-guna dalam tu macam mana?"

"Ish! Jangan duk fitnah oranglah. Tak baik. Awak tu bukan rebutan Malaya pun sampai nak dijampi bagai."

"Sampai hati Ina." Erina buat bolayan. Drama je lebih.

"ANAK ayah kenapa muram ni?" Encik Aiman menghampiri Nadira yang sedari tadi termenung di bangku taman. Matanya ralit memandang bulan penuh malam ini. Sungguh indah.

"Ayah..." Nadira tersenyum lalu mengensot sedikit ke tepi, memberi ruang untuk Encik Aiman melabuhkan duduknya.

"Ada masalah apa ni, hmm?" Sekali lagi Encik Aiman menyoal. Nadira hanya tersenyum nipis. Dia terus memeluk lengan Encik Aiman. Mata terpejam menikmati kehangatan tangan seorang ayah yang sudah lama didambakan.

"Kan best kalau ayah yang ada dengan Ira   masa kecil dulu. Mesti ada orang yang boleh angkat Ira time jatuh. Boleh usap tangan Ira yang luka. Boleh ubatkan demam Ira yang tak kebah." Encik Aiman terkedu. Memang dia lakukan semua itu sebagai seorang ayah. Tapi bukan rezeki Nadira untuk merasainya.

"Ayah tak boleh ulang masa lalu. Tapi kita boleh cipta pada masa yang baru." Nadira tersenyum lagi.

"Ira pun fikir benda sama. Cuma... Ira tak rasa Ira boleh cipta bersama dengan ayah." Dahi Encik Aiman mulai berkerut sebelum mula tersenyum.

"Ira nak kahwin ke?"

"Ish ayah ni. Mana ada! Ira cakap pasal lainlah. Kesitu pulak dia faham." Encik Aiman tergelak melihat wajah cemberut anaknya.

"Ira nak pindah."

"Pindah?"

"Ya. Ira rasa baik Ira duduk jauh dari sini."

"Kenapa pula? Ayah ada buat salah ke?" Nadira menggeleng.

"Kehadiran Ira yang salah, ayah. Kalau Ira terus di sini, Ira pentingkan diri. Ira dapat apa yang Ira impikan selama ini, tapi dalam masa yang sama Ira musnahkan kehidupan darah daging Ira sendiri."

"No, Ira. Ira tak musnahkan apa-apa. Ini hak Ira." Encik Aiman bertegas.

"Ayah... Semuanya jelas. Nabila makin sakit sejak Ira muncul. Mungkin ada silapnya yang kita tak sedar. Lagipun, kami berdua anak ayah. Tak akanlah ayah nak tinggalkan salah satu dari kami kan?" Encik Aiman terdiam.

"Ira tak nak nanti ayah menyesal bila Bella pun hilang. Baik Ira pergi sebelum terlambat." Kekura ayahnya diusap lembut.

"Jadi Ira nak tinggalkan ayah lagi?"

"Ira tak tinggalkan. Ira cuma jadi anak perantau. Sebulan sekali, Ira baliklah. Boleh ya, ayah?"

"Tapi sampai bila?"

"Sampai semuanya kembali normal untuk Ira mencelah masuk ke dalam keluarga ini."

Forever MineWhere stories live. Discover now