"Assalamualaikum. Bella!" Mia menjenguk ke dalam rumah. Pintu yang tidak berkunci dibukanya.
"Waalaikumsalam. Eh Mia!" Muncul Nadira dari dapur bersama apronnya. Mia hanya tersenyum ringkas menyapa.
"Masuklah. Ada janji dengan Bella ke? Dia tak sampai lagi." Ringan sahaja mulut Nadira memberitahu.
"La tak sampai lagi? Nak kena budak ni." Mia mencebik. Mereka berjanji hari ini untuk keluar bersama memandangkan Nabila tiada kelas tambahan.
"Duduklah dulu. Saya buat air."
"Eh tak apalah."
"Ala air sikit je. Minum dulu sementara tunggu Bella." Nadira tersenyum lantas berlalu ke dapur. Beberapa minit kemudian, dia kembali menatang dulang berisi dia cawan air sirap.
"Terima kasih." Ujar Mia sambil mencicip sedikit air itu.
"Tak kerja ke hari ni?" Pelik juga dia melihat Nadira di sini. Patutlah pagar rumah Encik Aiman tak berkunci, ada pemghuni rupanya. Baru sahaja dia mahu gunakan kunci pendua yang diberikan oleh Nabila.
"Tak sedap badan sikit hari ini. Itu yang ambil cuti. Sekarang dah okay sikit." Mia hanya meng'o'kan sahaja.
"Awak isteri... Encik Alif kan?" Berkerut Nadira cuba mengingati fakta yang diberitahu Nabila.
"Betullah tu." Mia menjawab dengan senyuman ringkas.
"Patutlah tak pandang orang lain dah. Cantik sangat isterinya." Puji Nadira ikhlas namun Mia memandangnya curiga.
"Eh jangan salah faham. Saya tak pernah try dia pun. Maksud saya, patutlah asyik berkepit dengan Encik Iqbal, rupanya dah ada wanita cantik dalam hidup dia–" Nadira terjeda seketika.
"Aduh kenapa bunyi dia macam Encik Alif dah ada perempuan, jadi dia tengah cari lela–" Nadira menggumam perlahan sambil menepuk bibirnya lagi.
"Nadira." Mia memanggil gadis itu tegas. Matanya merenung tajam kembar sahabatnya itu.
"Tenang. Saya dapat A tau Bahasa Melayu SPM. Bukannya saya tak faham maksud awak." Mia tertawa kecil membuatkan Nadira tersengih sendiri.
"Saya takut awak salah faham. Saya tak nak tambah musuh lagi." Nadira tersenyum kelat. Nak dapatkan kepercayaan Nabila pun susah, dia tak mahu masalah lain pula timbul. Mia merenung ke dalam wajah itu.
Sungguh, kalau Nadira mengaku dirinya Nabila sekarang, memang Mia percaya. Wajah mereka seperti difotostat. Sukar untuk dibezakan.
"Nadira."
"Ya?" Mia kemam bibir sebelum meneruskan perbualan.
"Awak, betul-betul sayangkan kawan saya?" Nadira tersentak. Dia memandang wajah Mia yang begitu serius sebelum tersenyum nipis.
"Lebih dua puluh tahun saya ingat saya hidup sebarang kara. Awak rasa bagaimana perasaan saya sekarang?" Keadaan menjadi sepi seketika lagi-lagi apabila mata Nadira sudah mula bergenang.
"Maaf. Saya tak patut–"
"Tak apa. Saya faham. Saya orang baru jadi memang patut orang rasa ragu." Keadaan menjadi sepi lagi membuatkan Mia rasa serba-salah.
"Memandangkan sahabat baik saya pun dah terima awak dalam hidup dia, saya pun nak buat benda sama. Hai, saya Damia. Panggil Mia. Nice to meet you." Tangan dihulur tanda berkenalan. Nadira pandang Mia dengan riak tidak percaya dan terkejut sebelum senyum lebarnya terukir.
"I'm Nadira, call me Ira. Nice to meet you too." Huluran tangan disambut. Bermula dengan topik kecil, mereka semakin rancak berbual. Satu jalinan ukhuwah berjaya dijalin.
"Aduh mesti Mia bebel." Nabila memandu dengan berhati-hati. Sesekali, dia melihat keadaan si kembar yang leka bermain di dalam kerusi bayi kereta.
"Haihlah twinnie. Tak pasal-pasal Mommy Mia bebel mama nanti." Gara-gara merengek rebutkan mainan, lama juga dia mengambil masa untuk siapkan si kembar. Kesudahannya, dia sudah terlewat hampir setengah jam.
Memandangkan rumah Encik Aiman berada di tengah antara rumahnya dan Mia, mereka memutuskan untuk bertemu di sana.
Setibanya di rumah Encik Aiman, Nabila terus menghubungi Mia. Malas pulak dia mahu turun. Nanti kena dibawa si kembar lagi. Setelah beberapa kali percubaan gagal, nampaknya terpaksalah dia memasuki rumah. Kereta diparkir di dalam garaj. Tingkap dibuka sedikit untuk mematikan pengudaraan yang baik.
"Behave okay, twinnie. Mama masuk sekejap je panggil Mommy." Setelah memastikan si kembar dalam keadaan selamat, Nabila terus berlari ke pintu rumah.
Buka sahaja pintu, kedengaran hilai tawa Mia bersama Nadira. Rancak perbualan mereka sehinggakan tubuh Nabila yang tercongok di situ pun tidak disedari.
"Amboi? Rancak nampak."
"Eh Bella! Bila kau sampai?" Nabila mencebik. Bibir menjuih ke arah telefon Mia di atas sofa. Mia memeriksa notifikasi telefonnya. Terbuntang matanya melihat begitu banyak panggilan tak berjawab dari Nabila.
"Hehe... Maaf lagho sikit. Saya minta diri dulu, Ira." Mia bangun sambil membawa beg tangannya.
"Okay! Nanti kita borak lagi. Bella tak nak minum air dulu?" Nabila menggeleng.
"Twinnie dalam kereta. Risau tinggal lama-lama." Nabila tersenyum nipis.
"Laa twinnie ada? Tinggallah sini biar akak jaga. Korang nak have fun kan?" Nabila dan Mia saling berpandangan.
"Erk tapi kalau risau Ira tak boleh jaga, tak apalah." Nadira tersenyum nipis. Nabila masih berkira-kira. Logiknya, mestilah Nadira mahir mengendalikan kanak-kanak kerana kakaknya itu membesar di rumah anak yatim.
"Boleh juga. Twinnie anak saudara Ira juga. Tak akanlah Bella tak percaya." Mia mahu membantah tetapi risau pula Nadira terasa hati. Lagi pun, benar juga kata Nabila. Tak akanlah Nadira tak mampu menjaga anak saudara sendiri.
"Tapi tak menyusahkan ke? Awak kata sakit tadi?" Mia meminta kepastian.
"Dah okay. Jangan risau. Jadi, nak tinggal atau nak bawa?" Nabila diam sejenak.
"It's Twinnie and Nadira's Time!" Nabila bersorak riang.
"AKIM? Akim!" Hakim tersentak. Serta-merta lamunannya terhenti. Di hadapan matanya, kelihatan riak wajah Erina yang risau dengan melihat dirinya.
"Akim okay? Kalau tak, balik jelah. Rehat dekat rumah." Soal Erina prihatin namun Hakim hanya menggeleng.
"Inikan kerja saya. Maaf, saya termengelamun." Erina sedikit ragu namun dia cuma mengangguk perlahan.
"Akim, Ina nak mandi kejap. Tengokkan Tiara, boleh?" Hakim hanya mengangguk tanpa membalas membuatkan Erina agak berjauh hati. Kebelakangan ini, Hakim seolah-olah cuba mengelak dari berbual dengannya. Perbualan mereka memang tak lebih dari sekadar majikan dan pekerja.
"Ina naik tau. Akim tengoklah Tiara. Mungkin dapat tenangkan hati Akim." Hakim terkedu namun tetap membisu. Dia memerhati sahaja langkah Erina berlalu. Hilang sahaja tubuh itu dari pandangan matanya, dia mengeluh.
"Abang tipu lagi!"
"Abang minta-maaf. Abang kerja."
"Ah tipu! Abang pergi dating. Abang tipu adik. Penipu semua orang penipu! Baik adik mati!"
"Fatima Az-Zahra!"
Terpejam mata Hakim apabila mengenangkan hubungannya dengan Fatima sekarang. Ibunya juga seolah menyalahkan dirinya kerana membuatkan Fatima kembali tertekan.
"Maafkan papa, Tiara. Papa masih terlalu mentah untuk semua ini."