20 × Forever Mine

204 10 6
                                    

Fail yang bertimbun tidak lagi menjadi minatnya. Fikiran Iqbal kini tertumpu pada hubungan isteri dan ayah mertuanya. Sungguh dia tidak menyangka Encik Aiman akan naik tangan terhadap Nabila, di hadapan dia, suami sah Nabila.

Rasa terkejut, keliru, marah dan sedih bercampur-baur sehinggakan dia tidak mampu bertindak secara rasional untuk melindungi wanita itu semalam.

Nabila pula sudah menjadi agak pendiam sejak kejadian itu. Mahu sahaja dia menganbil cuti kecemasan hari Ini namun Nabila melarang.

"Iqbal." Lamunan Iqbal terhenti apabila Alif mengetuk pintu. Sedar tak sedar sudah masuk waktu rehat tengahari.

"Masalah apa pula kali ini?" Seperti biasa, Alif lagi bijak menghidu belenggu yang ditanggung sahabatnya.

"Tak akan kau tak tahu kot?" Iqbal menjawab tenang membuatkan Alif ketawa kecil. Semestinya dia tahu.

"Apa bini kau cakap?" Iqbal mula menyoal. Mana lagi sumber maklumat Alif kalau bukan Damia yang memberitahu.

"Pandai kawan aku ni. Mia kata Nabila nak ajak pergi staycation. Baru nak rancang. Tapi tak bagitahu kau lagi." Iqbal tersenyum kelat. Kenal sangat Nabila tu. Dia tertekan tetapi tidak mahu membebankan Iqbal memandangkan Iqbal sememangnya sibuk sekarang.

"Nanti aku bincang dengan Nabila. Mia bawa perut, tak akan nak berjalan jauh?" Alif terdiam. Betul juga kata Iqbal. Dia pun lupa Hal itu kerana Mia tak serupa orang hamil. Ada sahaja rancangannya untuk merayap.

"Kalau dekat-dekat, okay kot? Aku rasa kau pun lagi kenal bini kau. Tak adanya dia nak heret Mia kalau kepala dia sakit dengan masalah." Iqbal kembali bersandar pada kerusi. Permandangan di luar tingkap menjadi perhatiannya.

"Aku tahu. Tapi... Akukan ada? Lagipun, tak akan aku nak biarkan dua ibu mengandung berjalan sendiri?" Mata Alif terbuntang.

"Kau memang suka tiru aku, kan?" Laju sahaja pen di atas meja terbang ke arah Alif. Mengekek lelaki itu apabila melihat wajah bengang Iqbal.

"Tahniah bro. Berapa bulan?"

"Baru lagi. Bella pergi klinik minggu lepas untuk sahkan." Alif mengangguk faham.

"Aku tahu kau orang ada masalah dengan ayah tapi jangan sampai benda ni mengganggu kandungan Bella."

"Itulah masalahnya. Semua benda berkait rapat sangat. Aku risau Bella terganggu. Kau tahukan dia sayang ayah sangat-sangat?"

"Aku tahu. Ayah dah tahu belum pasal cucu baru dia? Kalau dia tahu, mesti dia berlembut dengan Bella." Iqbal menggeleng. Tiada sesiapa yang tahu perihal kandungan ini melainkan mereka suami isteri.

"Nabila nak bagitahu semasa majlis hati itu. Tapi..." Iqbal terdiam. Begitu juga dengan Alif. Berapa kecewanya Nabila ketika itu sehinggakan dia tidak sanggup bertemu sesiapa selama berapa hari.

"Aku pun pening sekarang, Alif. Pada pandangan orang, Nabila takut kasih sayang ayah terhadap dia akan beralih. Aku ada tanya juga, dia buat semua ni sebab cemburu ke? Tapi dia kata tak. Rupanya dia ingat kejadian dulu."

"Kejadian dulu?"

"Dulu, ada kemalangan berlaku Dan dia ingat jelas macam mana kakak dia terkorban. Cuma dia tak pernah cerita pada sesiapa. Jadi, dia yakin Nadira bukan kakak dia."

"Saya memang kakak dia." Alif dan Iqbal tersentak. Tanpa diundang, Nadira neluru masuk.

"Saya minta-maaf sebab serbu masuk dan curi dengar perbualan Encik Iqbal dan Encik Alif. Tapi, ini melibatkan saya dan adik saya." Wajah Nadira sangat serius. Dia pun tak mahu perkata ini dipanjangkan.

"Saya tak tahu macam mana lagi nak buktikan tapi... Percayalah saya kakak dia." Iqbal pejam mata erat. Tak sangka pula perbincangan ini menjadi lebih serius.

"Saya tak mampu nak beri komen. Di sebelah pihak, ya memang awak terbukti kembar isteri saya. Secara sains, ya memang tak dapat disangkal. Cuma buat masa sekarang, saya percayakan isteri saya. Lagi pula, saya tiada di tempat kejadian jadi tidak tahu yang mana yang benar, yang mana yang salah." Keadaan menjadi sepi seketika.

"Saya penat, encik. Saya penat sangat. Berpuluh tahun saya cuba cari keluarga saya dan apabila saya berjaya, saya ditolak begitu sahaja...." Jelas di mata Iqbal genangan air mata Nadira.

"...oleh adik yang saya selamatkan dari kebakaran." Mata Iqbal terbuka luas mencari anak mata Nadira. Dan apa yang dia temui hanyalah kejujuran.






"CIK Puan, okay tak?" Erina sedikit tersentak apabila Hakim tiba-tiba menegurnya. Dia tersenyum kecil.

"Awal awak datang hari ni." Hakim tersengih. Mana tak awal? Cinta itu buta. Subuh pun nampak macam dah tengahari terik.

"Ina okay?" Tanpa dapat dikawal, senyuman Erina semakin melebar.

"Dah berani eh sekarang?" Hakim tersengih. Selama ini, puas Erina menyuruh memanggilnya Ina sahaja tetapi Hakim tetap dengan pendiriannya sebagai orang bawahan.

"Mestilah berani. Nak one step closer tak boleh pengecut."

"Berani itu Ina puji. Tapi ikhtilat tetap kena jaga. Jangan one step closer ke neraka sudah."

"Ish nauzubillahiminzalik. Janganlah cakap yang pelik-pelik. Akim ikhlas ni." Hakim mencebik. Lama dia kumpul keberanian untuk bercakap santai dengan Erina. Lama dia berusaha Dan akhirnya dia sedar, dia perlu mengemudi hubungan mereka. Tak akanlah sudah meluah rasa tapi sampai bila-bila mahu kekal sebagai majikan dan pekerja?

"Iyalah saya tak cakap macam itu lagi. Saya berdoa semoga Hakim Rizuan mampu membawa hubungan ini ke syurga." Perut yang sudah sarat diusap. Seketika, dia mengeluh perlahan.

"Hakim, betul ke apa kita buat ni?" Sejak akhir-akhir ini, Erina semakin risau. Juga rasa tidak layak. Adakah layak untuk dia digandingkan dengan Hakim? Meskipun berulang-kali Hakim menegaskan dia ikhlas menerima Erina, tetapi perasaan itu tidak dapat dibuang. Rasa rendah diri itu sentiasa wujud dalam dirinya.

"Jom."

"Jom?"

"Akim bawa Ina jumpa keluarga Akim, tanda Akim tak main-main." Hakim bernada serius. Dia tidak mahu lagi Erina mengulang soalan yang sama berulang-kali.

Erina menunduk. Itu lagi satu perkata yang dia risaukan. Pandangan keluarga Hakim terhadap dirinya.

"Kalau keluarga Akim tak terima?"

"Kalau niat kita ikhlas, insyallah urusan kita akan dipermudahkan. Kalau dah jodoh, datang ribut sekuat mana pun, kita tak akan tergolek."

"Memandai je. Sekali ribut datang, Akim terbang melayang tau. Lainlah Ina yang dah berat macam gajah ni. Susah sikit nak terbang." Hakim membulatkan mata tanda geram dengan Erina. Kita bagi perumpamaan, dia buat lawak pula.

"Jangan risau. Akim tak akan mengalah untuk Ina kecuali..."

"Kecuali?"

"...kecuali kalau Ina sendiri yang mengalah dengan Akim, mungkin waktu itu Akim akan mengalah juga." Tutur Hakim ikhlas.

"Akim baik sangat. Terima kasih." Erina tersenyum nipis. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar wajah sedari tadi sungguh menenangkan hati Erina.

"Akim, Ina nak minta tolong sesuatu boleh?"

"Sejak bila pula majikan kena minta izin dengan pekerja ni?" Erina tersengih.

"Bawa Ina ke hospital. Dah dua hari sakit perut sebenarnya. Ina rasa dah sampai masa."

"Ina! Boleh pula dia tak bagitahu? Aish dah jom!" Erina tergelak kecil. Sudah dua hari dia tahan sakit sendiri. Hakim pula mengambil cuti untuk menemani ibunya. Mahu dihubungi, takut mengganggu.

Nabila juga dia tidak mahu susahkan memandangkan wanita itu juga mengandung. Keluarga pula sudah membuang dirinya. Jadi dia hanya menunggu Hakim untuk tiba.

Hari ini dia sudah tidak mampu lagi bertahan sendiri.









Siapa geng tengok badminton angkat tangan🫶
#PMO2023

Forever MineWhere stories live. Discover now