23 × Forever Mine

205 10 5
                                    

"Maaf susahkan you malam-malam macam ni. I tak tahu nak call siapa." Nabila terus menarik Erina masuk ke dalam pelukannya. Suara Erina yang bergetar hebat menandakan berapa takutnya wanita itu kini.

"Tak apa. Mana Tiara?" Jam sudah menunjukkan waktu 1 pagi. Terkejut dia  menerima panggilan dari Erina bertalu-talu jam 12.30 pagi tadi. Mujur dia masih belum melelapkan mata kerana baru selesai menguruskan hal anak-anak

"Ada dekat baby coat." Erina menjawab dengan linangan air mata yang kian lebat.

"Jangan risau. Kami ada." Iqbal yang nendapat isyarat mata isterinya terus berlaku masuk ke dalam. Dalam bab kesihatan, Nabila tak nafikan Iqbal lebih arif berbanding dirinya.

"Assalamualaikum. Ina!" Tiba-tiba kedengaran suara Hakim lantang memberi salam. Keduanya berpaling melihat ke luar pagar.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul tak dengar tadi." Semakin lebat air mata Erina mendengarnya. Tadi Tiara tiba-tiba tak memberi reaksi. Apabila dipegang, Erina terkejut dengan suhu Tiara yang luar biasa. Berkali-kali dia cuba menghubungi Hakim namun tak berjaya sampaikan dia terpaksa mendapatkan bantuan Iqbal dan Nabila. Dia betul-betul hilang arah tuju tadi. Tak dapat dia bayangkan jika sesuatu berlaku kepada Tiara akibat kelewatannya mendapatkan bantuan.

"Sudah. kita tak ada masa untuk ni. Kita kena bawa Tiara pergi klinik." Nabila mencelah apabila melihat riak wajah Iqbal yang tidak memberikan tanda yang baik.

"Tapi dah malam. Kalau ada yang buka pun, jauh. Tadi sementara tunggu you, bermacam klinik I try hubungi." Nabila terdiam. Lihat otaknya berfikir mencari jalan penyelesaian. Sungguh dia risau jika berlaku sesuatu kepada Tiara. Sedikit kesilapan boleh membawa padah. Bayi memang sangat sensitif.

Hakim dan Iqbal juga mula mencari bantuan terdekat dan terpantas. Masing-masing tekun dengan telefon.

"Bella, I takut. Anak I..." Tangisan Erina membuatkan Nabila juga turut berasa hiba. Bayangan Syakir Naufal tiba-tiba muncul.

Tak.

Dia tak boleh biarkan apa-apa terjadi kepada Tiara. Pisang tak akan berbuah dua kali.

"Puan, saya cuba hubungi klinik terdekat tapi tak ada yang sanggup terima."  Hakim bersuara dengan riak cemas.

Kalau mahu ke hospital, yang merunsingkan sekarang ialah masa perjalanan ke sana. Memandangkan esok dan lusa merupakan cuti umum, jalan begitu sesak.

"Bawa Tiara masuk kereta. Saya tahu nak ke mana. Sayang teman Erina dekat–"

"Tak! I nak ikut." Iqbal hela nafas panjang. Nak berdebat pun tiada guna. Nyawa Tiara lebih penting sekarang.

"Sayang tolong Erina masuk kereta. Hakim, saya rasa awak lagi tahu mana dokumen penting Tiara dengan Erina." Hakim mengangguk. Laju kakinya menerjah masuk ke bilik dan dalam sekelip mata semua yang diperlukan sudah berada di tangannya.

Pedal minyak ditekan laju memasuki celah lorong di perumahan rumah kedai itu. Memang agak berliku tetapi ini sahaja jalan untuk mereka cepat sampai ke destinasi. Nabila memerhati sahaja laluan yang diambil suaminya.

"Ini laluan ke..." Kereta berhenti betul-betul di hadapan sebuah klinik.

"Masuk. Abang dah bagitahu dia kita nak datang." Nabila mengangguk faham. Ini bukan masa untuk menjaga hati sesiapa.

Iqbal memandang sahaja tubuh isterinya menghilang bersama Hakim, Erina serta Tiara. Memang dia tahu hubungan Erina dan Saif sudah regang sejak kejadian tempoh hari tapi hanya ini yang mampu difikirkannya. Tadi semasa dia menghubungi Saif pun, lelaki itu berada di luar. Atas dasar kenalan, Saif terus ke kliniknya.

Forever MineWhere stories live. Discover now