Tangannya didepa untuk menghilangkan rasa lenguh di bahu.
"Sedapnya menggeliat." Usai itu, laju dia menoleh jam di tangan.
"Yes, lunch hour!" Laju meja yang digunakan sebagai kerani separuh masa dikemas. Langkah diatur ke pintu kecemasan, tempat biasa dia melepak sementara menantu waktu solat tiba. Di pantri selalu terlalu ramai yang berehat di sana.
Baru selangkah dia memasuki kawasan tangga, satu tangisan kedengaran. Ruang yang sepi dan besar itu pula menyebabkan tangisan itu bergema, sekaligus menaikkan lagi bulu romanya.
Rasa gerun menerpa namun rasa ingin tahu juga menebal. Perlahan, dia melangkah menuruni tangga mencari punca suaranya. Jantung berdegup kencang.
Tiba dia pertengahan tangga antara tingkat tujuh dan lapan, sesuatu menyapa pandangannya. Kelihatan seorang wanita berambut panjang sedang menekup muka. Melibatkan itu, barulah dia menghela nafas lega. Mujur makhluk berjisim.
Nafas ditarik dalam. Risau juga tiba-tiba wanita itu membuat sesuatu di luar jangkaan. Boleh rosak reputasi syarikat ini dan menjaga imej syarikat ini adalah sebahagian tanggungjawabnya secara tidak langsung.
"Cik?" Dia cuba menyapa namun tiada balasan. Wanita itu terus menangis.
"Cik!" Tersentak wanita itu apabila dia memanggil dengan lebih keras.
"You?" Buntang matanya melihat wanita yang dia kenali itu di situ. Wanita itu pula, apabila melihat sang jejaka di situ, laju dia mengusap air matanya.
"Kenapa nangis? Banyak kerja? Sakit? Tak larat?" Bertubi-tubi dia menyoal dan wanita itu menggeleng sebagai tanda tidak kepada semua soalan.
"Maafkan saya. You nak duduk sini? I keluar." Laju wanita itu melangkah naik namun terhenti apabila baju di bahagian bahunya ditarik.
"Answer me, Nadira." Tersentak Nadira apabila lelaki itu memanggilnya begitu.
"Nothing. I can handle this."
"No, you can't. Kalau tak awak tak menangis dekat tempat kerja sampai macam ni." Matanya merenung tajam ke dalam mata wanita itu. Nampak benar wanita itu berbohong kepadanya tadi.
"Semua orang benci saya." Senada, Nadira melepaskan apa yang terbuku.
"Huh?"
"Everyone hates me! Apa salah saya? Salah saya ke saya terpisah dengan ayah? Salah saya ke saya baru jumpa keluarga saya selepas dua dekad? Salah saya ke perompak tu pilih rumah kami untuk dia bakar? Salah saya ke, awak?" Si dia tergamam. Jujurnya, dia tak tahu wanita itu ada masalah dengan keluarga kandungnya. Dia tidak mendapat apa-apa makluman mengenainya menyebabkan dia sedikit terpinga-pinga.
"Cop! Siapa benci awak? Kita elok je selama ni. Mungkin itu hanya perasaan—"
"No! Semuanya jelas. I shouldn't come here at the first place. She hates me. The one that I rescued. I love her but I also burden her. She's everyone's happy pill. If she hates me, soon, everyone will start doing the same thing. I have no place. Not here, and not anywhere." Tersedu-sedan dia meluahkan membuatkan lelaki itu terkaku. Sukar untuk dia mempercayai yang Nabila membenci kakaknya sendiri sedangkan dia kenal baik wanita penyayang itu.
"I have nobody." Lantas itu, Nadira terduduk. Entah mengapa laju sahaja lidahnya meluahkan segala yang terbuku di hati kepada lelaki yang baru dia lakukan komunikasi beberapa kali.
Lelaki itu turut menunduk. Wanita yang sedang teresak itu dipandang dengan penuh simpati. Dahulu, dia pernah melihat situasi ini. Bezanya, wanita dahulu tidaklah kesepian. Wanita dihadapannya kini, sungguh rapuh dan kesunyian. Satu rasa yang sudah berputik sebelum ini mula bercambah apabila melihat situasi ini.