"BARU nak tunjuk batang hidung?" Baru sahaja dia menolak pintu, sudah disindir. Nabila hela nafas berat. Dia hanya mengabaikan kata-kata ayahnya.
Dia mengaku salah cuma bukannya dia sengaja. Dua hari dia bertapa di pejabat bersama yang lain sehingga dia terlupa untuk ke mari. Sangkanya Iqbal hanya akan mendapat jahitan dan terus dibenarkan keluar. Lain pulak kesnya apabila suaminya itu terpaksa ditahan untuk beberapa hari kerana bacaan darah yang tak berapa stabil.
"Bella sibuk, ayah." Beg tangannya diketakkan di atas kerusi berhampiran. Nabila terus memeriksa segenap tubuh Iqbal yang terbaring sambil tersenyum nipis memandangnya. Lega akhirnya Nabila muncul di depan mata.
Tangan Iqbal dikucup. Rambut yang menutupi dahi suaminya diselak ke atas menampakkan balutan kain yang melindungi 8 jahitan yang diterima di dahi. Iqbal juga nampak lebih segar berbanding gambar yang dihantar Puan Umaira kelmarin.
"Busy sampai suami pun tak boleh jenguk?" Soal Encik Aiman bengang.
"Ayah, tak apa." Iqbal cuba bangun. Jelas pada anak matanya raut wajah Nabila yang kepenatan itu berubah mendung.
"Dekat rumah tak ada siapa, ayah. Twinnie siapa nak jaga? Ini pun Bella minta tolong Kak Hana. Bella tak nak gaduh, ayah. Please." Ujar Nabila lelah. Dengan mertuanya turut di sini, tidak mahulah dia membuat kecoh.
Encik Aiman mahu menjawab namun Encik Usman menarik lengannya menghalang. Tak habis-habis nak gaduh dengan anak sendiri. Sudahnya Encik Usman menarik Encik Aiman keluar mencari angin.
"Kenapa tak bawa twinnie? Abang rindu."
"Syazira demam. Tak elok bawa budak sakit datang hospital." Nabila menjawab ringkas.
"Demam? Lama ke? A-abang tak tau." Soal Iqbal risau. Sedih juga kerana tidak tahu akan hal ini. Syazira tanggungjawabnya.
Nabila menggeleng.
"Baru tadi. Rindu ayah dia kot." Nabila Nabila tersenyum nipis. Tangannya pula laju mencapai tuala kecil bersama sebuah mangkuk. Tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling, dia memasuki tandas dalam wad persendirian suaminya. Mangkuk yang sudah siap diisi dengan air paip itu dibawa ke katil sebelum dia mula mengelap lengan dan kaki Iqbal.
"Teruk ke? Biar ummi yang jaga." Puan Umaira menyelit.
"Tak apa, ummi. Dah kebah sikit tu. Nanti Bella bawa twinnie jumpa ummi." Nabila tersenyum namun tangannya masih tak berhenti mengelap.
Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Sayang okay?" Iqbal bertanya apabila melihat wajah Nabila yang muram tanpa seri itu. Tangannya naik mengusap pipi wanita kesayangannya.
"Okay. Jangan risaukan Bella. Risaukan diri abang dulu. Alif dah membebel tunggu abang masuk." Nabila cuba ketawa namun jelas kedengaran longlainya.
"Abang tahu sayang tak. Abang minta maaf sangat-sangat. I promise I'll fix this."
"Yeah you should. Ramai tunggu abang. Cepat sihat, please." Iqbal mengangguk faham. Kalau boleh sekarang juga dia mahu keluar. Cuma setiap kali dia mahu berjalan kepalanya terasa berpinar.
"Bibir sayang pucat."
"Kurang air je."
"Kita pergi klinik bawah jom?"
"Tak apa, abang. Bella okay. Jangan risau. Ummi, Bella balik dulu. Takut twinnie mencari." Segera Nabila menyalam tangan suami dan ibu mentuanya. Dia tiada masa untuk dibazirkan.
Hilang sahaja Nabila dari pandangan, Iqbal hela nafas berat. Dia baca perkembangan semasa yang dilalukam oleh mereka di pejabat termasuk Nabila. Cuma untuk membantu memberi pertolongan dia tidak mampu kerana kepalanya masih sakit. Setiap kali dia berfikir ianya menyakitkan. Maka doktor yang merawat membenarkan dia menyentuh hal kerja sekarang, bimbang tekanan darah tidak stabil yang menjadi punca.