"Assalamualaikum." Pintu dibuka menggunakan kunci pendua sedia ada. Mata Nabila melilau memandang sekeliling rumah yang tampak sunyi.
"Ayah?" Nabila melangkah masuk dengan Syazira yang terlena dalam dukungan.
"Waalaikumsalam. Eh?" Nadira keluar dengan lengkap berapron. Dia menunduk sedikit apabila terlibat wajah Nabila. Keadaan menjadi kekok.
"Ke–kejap. Saya panggilkan ayah." Laju Nadira melarikan diri. Takut rasanya mahu berdua di situ bersama adik yang tak menganggap dirinya kakak. Daripada Nabila tertekan melihatnya, baik dia menghilang dulu.
"Sayang, bagi Syazira pada abang. Abang letak dalam baby coat." Tak membantah, Nabila terus menghulurkan si kecil. Syazlin pula baru terjaga dari lenanya jadi dia tinggalkan dahulu bersama Nabila.
"Tunggu abang." Nabila mengangguk. Faham yang Iqbal tak mahu dia berbincang dengan Encik Aiman dalam keadaan beremosi. Lebih baik jika ada Iqbal bersama.
Lima minit menunggu di sofa, kelihatan kelibat ayah yang dirindui menuruni tangga bersama-sama Nadira. Iqbal juga turut mengiringi. Tanpa senyuman mahupun sapaan, Encik Aiman terus melabuhkan duduk. Keadaan menjadi sangat kekok. Tangan Nabila mula berpeluh-peluh.
"Ayah, Bella minta maaf." Nabila terus bersuara. Nampaknya Encik Aiman sangat marahkan dirinya. Lelaki itu tidak memberi sebarang riak. Hanya wajah beku yang ditayangkan.
Nabila sudah mula cuak. Air mata terasa mahu pecah dari empangannya apabila melihat layanan ayahnya. Nabila memandang Iqbal meminta kekuatan. Iqbal pula mengangguk tanda dia akan sentiasa menyokong isteriya.
Nabila bangun dari duduknya. Setapak dia kehadapan membuatkan Encik Aiman kehairanan. Setapak demi setapak dan Nabila terus menjatuhkan diri. Kalau dengan melutut dia mampu mendapatkan kemaafan ayahnya, dia sanggup.
"Ayah, Bella minta maaf. Bella tahu Bella dah melampau. Bella tak faham ayah. Bella gagal faham berapa gembiranya ayah lepas berjunpa dengan anak yang bertahun hilang sedangkan Bella pun ada anak. Bella sanggup tinggi suara dengan ayah. Bella minta ampun ayah. Bella minta ampun." Pohon Nabila teresak-esak. Dia tak sanggup lagi berbalah dengan Encik Aiman. Dia tak mahu egonya meruntuhkan segala kebahagiannya.
Semua yang berada di situ terkejut terutamanya Iqbal. Ini tiada dalam rancangan mereka.
"Sayang–" Iqbal cuba mengangkat Nabila bangun namun wanita itu segera menghalang.
"Jangan abang. Bella layak untuk semua ini. Bella cuma nak ayah maafkan Bella." Encik Aiman terkedu.
"Ayah..." Nadira pula memegang lengan Encik Aiman, mahu menyuruh Nabila menghentikan semua ini.
Bagai baru tersedar, Encik Aiman segera meraih tangan Nabila yang memeluk kakinya.
"Bangun Bella. Jangan macam ini. Ayah pun bersalah. Maafkan ayah sebab abaikan kamu." Senyapnya Encik Aiman selama ini sebenarnya kerana dia juga sibuk memikirkan apa punca Nabila bertindak sedemikian. Lama-kelamaan, barulah dia sedar dia juga bersalah dalam hal ini.
"Bella minta maaf, ayah."
"Ayah maafkan. Kita, mulakan hidup baru? Dengan kakak kamu." Nabila memandang Nadira yang setia memerhati. Nadira terkulat-kulat di situ tidak tahu mahu berkata apa.
"Nadira, selamat kembali." Nadira tersentak seketika.
Lama-kelamaan, dia tersenyum nak turut serta berpelukan.
"Terima kasih, adik."
"Amboi, gembira nampak?" Saif mengemas berapa peralatan yang dia gunakan tadi. Sekarang sudah waktu rehat tengah hari tetapi seperti biasa, Nabila mana boleh bertenang tengok dia berehat. Waktu beginilah dia meminta Saif memeriksa kesihatannya.
Sama sahaja laki bini. Nasib baik keduanya dah dianggap seperti adik kandung sendiri.
"Mestilah. Nampak ni?" Nabila menujukkan hatinya yang tersarung sebentuk cincin belah rotan.
"Aik? Untung besar ke projek Calciyen tu sampai dapat barang kemas baru." Nampak tak betapa bangganya Nabila dengan nama Calciyen tu sehinggakan habis semua orang dia suruh ingat nama itu.
"Projek tu dalam proses lagilah. Ini ayah kita bagi. Cantik, kan?" Nabila tersengih sendiri. Sejak mereka berdamai kelmarin, wajah itu sentiasa ceria.
"Patutlah berseri muka. Ayah bagi hadiah. Suami tak bagi ke?" Saif layankan sahaja lagi-lagi setelah dia mengetahui apa yang berlaku daripada Iqbal. Tambahan pula, dia juga baru tahu wanita di hadapannya ini hamil.
"Yang itu bagi kasih sayang pun dah cukup."
"Poyo!" Serentak tawa mereka meletus. Tadi Nabila berasa agak pening jadi dia singgah ke klinik Saif untuk pemeriksaan ringkas.
"Eh tadi dekat kaunter I saw you all display this one product. Nampak sedap." Bungkusannya nampak menarik membuatkan Nabila agak tertarik.
"Memang sedap. Itu susu coklat. Khasiat dia pun mantap." Saif apa lagi, dah mula skill marketing dia.
"Kalau orang lepas bersalin, sesuai tak?"
"Sesuai sangat. Tapi nanti expired dulu lah. If you want, I'll order special for you. Kenapa nak tunggu bersalin? Minum je terus."
"Ish not for me lah! Erina. Nak beli satulah untuk dia."
"Erina?" Nabila menyumpah dirinya. Bagaimana dia boleh terlupa hubungan Saif dan Erina.
"Yela, dia kan baru bersalin minggu lepas." Saif diam seketika sebelum dia mengucapkan tahniah.
"Err Saif... You marahkan dia lagi ke?" Saif diam tak menjawab membuatkan Nabila hela nafas berat.
"Berbaiklah. Tak guna bermusuh macam ni. I tahu sakit tapi bila I tahu nikmatnya berdamai, I rasa I perlu bagitahu you."
"Tengoklah." Perbualan mereka terhenti setakat itu. Setelah mendapatkan rawatan ringkas, Nabila turut beredar.
Saif termenung sendiri. Kalau Erina bersalin minggu lepas, siapa yang menjaganya?
Memorinya berputar teringatkan kejadian dua minggu lalu.
"Aunty?" Tak salah lagi tekaanya. Memang itu keluarga Erina.
"Eh Saif! Buat apa dekat sini?" Sapa Puan Martini ceria kepada menantu tak jadinya.
"Saya hantar kawan, aunty. Aunty sekeluarga nak ke mana?" Soal Saif apabila melihat banyak juga barangan di atas troli barang itu.
"New Zealand. Aunty pindah sana." Saif terkedu.
"Pindah?!" Puan Martini mengangguk.
"Yes. Uncle dapat projek baru dekat sana jadi makan masa juga. So aunty suggest kami pindah sana terus. Maaflah tak bagitahu. Kami rushing sikit."
"Tak apa, aunty. Saya faham." Sejak bersama Erina, memang dia jarang bertemu keluarga bekas tunangnya itu kerana mereka terlalu sibuk. Sebab itulah Erina selalu berkepit dengannya.
"Maaf saya tanya, Erina tahu ke, aunty?" Soalan Saif membuatkan wajah ceria Puan Martini terus berubah.
"Tak perlu kamu sebut nama itu. Aunty tak pernah kenal siapa dia. Memalukan."
Saif hela nafas berat. Nampaknya keluarga Erina betul-betul membuang gadis itu. Rupanya apa yang dikatakan Erina benar dan bukan ulah semata. Maknanya, Erina betul-betul sebatang kara sekarang.
Baik-baik sahajakah gadis itu? Siapa yang merawatnya? Pandailah dia menjaga seorang bayi sendirian?
"Argh Saif! Lupakan. Dia sejarah kau sahaja. Tak penting." Mejanya dikemas sebelum dia terus beredar untuk menikmati makan tengah hari. Serabut dia memikirkan hal ini.
Masa bertenang dah tamat maksudnya kita masuk gua balik. Tahun depanlah sambung.
Korang pergilah layan Carnation🫠