48 x Forever Mine

193 17 4
                                    

"Ish mana ayah ni?" Sudah kali kelapan dia cuba menghubungi Encik Aiman namun tak berangkat.

Sakit kepalanya memikirkan apa yang bakal dilakukan oleh Nabila. Bukan boleh kira wanita itu. Mahunya tiba-tiba sampai surat saman di hadapan rumahnya.

"You kenapa nak pening-pening fikir pasal ni?" Soal lelaki di hadapannya. Wajahnya tenang seperti tiada masalah yang berlaku. Asap rokok dihembus keluar.

"I stress lah Bella asyik nak tuduh I. Kalau dia betul-betul hantar polis macam mana?"

"You tahu you tak buat, kenapa nak stress?" Lelaki tadi masih tenang. Tak terkesan langsung dengan kegelisahan Nadira.

"Kalau dia perangkap I macam mana?" Lelaki itu tergelak perlahan. Innocent betul wanita ini.

Sebab inilah dia suka.

"Eei you gelak kenapa? I tengah stress ni!" Makin kuat lelaki itu tertawa.

"Sayang, tak perlu risaulah. Dia tak boleh buat apa. Tak ada bukti pun. Selama ni you percayakan I. Tak akan harini you lagi percayakan kembar you dari I?" Nadira terdiam seketika. Lelaki merangkap teman lelakinya ini berkata benar. Selama ini, hanya dia yang menyokong dan hanya dia yang membimbing di kala orang lain membiarkan dia sendiri.

"Dahlah. Tak best topik ni."

"Izz!" Nadira mencebik geram namun reaksi lelaki itu masih sama. Dia tertawa lagi. Entah apa yang lucu.

"By the way, I dah jumpa ayah. So kita boleh nikahlah kan?" Izz kelihatan terkedu sebelum tersenyum.

"Of course! Itukan sebab utama you kembali pada ayah. So you can be mine." Barulah kali ini Nadira tersenyum.

Lama dia mencari keluarga sebenarnya. Takdirnya, dia ternampak Nabila sewaktu  festival sukan interuniversiti. Dari situ dia mula menyiasat dan mencari tahu siapa gerangan gadis yang mirip sekali dengannya itu. Segala petunjuk membawa dia ke arah Encik Aiman.

Awalnya dia segan mahu mendekati. Namun Izz menggalakkan kerana katanya Encik Aiman wali mujbir Nadira. Nadira hanya akur.

"Lepas habis semua masalah ni, kita jumpa ayah. Okay?"

"Boleh sayang."

BUKAN main terkejut Iqbal apabila Erina meminta dia ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar Nabila. Dia baru mahu buat kejutan kepada isterinya dengan muncul secara tiba-tiba namun dia pula yang dikejutkan. Tak sempat pun kakinya melangkah keluar dari hospital. Dah kena check in balik.

Sampai di hadapan wad kelihatan Encik Aiman sedang elok bersandar di situ. Iqbal hanya mampu tunduk sedikit tanda hormat sebelum memasuki was itu. Jujurnya dia masih terkilan dengan apa yang dilakukan Encik Aiman.

Kini tinggallah Puan Umaira serta Encik Usman di luar, bertemu empat mata dengan besan mereka yang satu ini.

"Awak melampau, Aiman!" Puan Umaira menggeleng kecewa. Dia sedar dia tak layak berkata begini setelah apa yang dia lakukan terhadap Nabila dahulu tetapi Encik Aiman betul-betul melampau kerana lelaki itu ialah ayah kandung Nabila sendiri.

"Kalau awak tak nak dia, tak apa. Biar saya jaga dia. Jangan sakitkan dia." Hampir menangis wanita itu dibuatnya. Encik Aiman hanya berdiam. Sedar akan kesalahannya yang hampir meragut nyawa anak juga cucunya.

"Awak nak Nadira? Terserah! Ambil dia. Jaga dia. Peluk dia. Dakap dia. Jangan lepaskan dia walau sesaat tanpa fikirkan Nabila kerana kami boleh berikan lebih lagi kepada dia."

"Saya tak tahu..." Encik Aiman kesal. Dia tak tahu anaknya sedang hamil.

"Macam mana nak tahu kalau dalam kepala awak hanya Nadira, Nadira, Nadira?!"

Forever MineWhere stories live. Discover now